Keibubapaan

Ibu Bapa, Didiklah Anak Lelaki Jaga Kebersihan & Kekemasan Rumah, Ini Bukan Tanggungjawab Anak Perempuan Sahaja

Share

Menjaga kebersihan dan kekemasan rumah bukan hanya menjadi tanggungjawab ‘orang perempuan’ sahaja. Kaum lelaki juga patut dilatih sejak dari kecil tentang tugas ini. Di sinilah terletaknya peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Didikan tentang kebersihan, kekemasan rumah dan melakukan kerja-kerja rumah wajib diajar sejak anak-anak masih kecil lagi. Mulakan dengan tugas yang ringan. Berikan ‘task’ mengikut usia dan kemampuan si anak.

Ibu Bapa, Didiklah Anak Lelaki Jaga Kebersihan & Kekemasan Rumah

Ketahuilah bahawa kesilapan ibu bapa ‘merajakan’ anak lelaki

dan ‘menghambakan’ anak perempuan akan meninggalkan kesan sehingga mereka dewasa. Anak lelaki akan terus selesa ‘dirajakan’ sehinggalah mereka berkahwin sehingga menyusahkan isteri. Manakala bagi anak perempuan mereka akan rasa terus terbeban dengan tanggungjawab yang dipikul sejak dari kecil lagi.

Berikut perkongsian daripada Rusyainie Ramli 

Kita masih tebal sungguh budaya patriaki. Bukan wanita saja yang mesti belajar menjaga kebersihan. Lelaki juga wajib. Tanpa pengecualian. Menyampah betul, setakat nakkan secawan kopi pun, dipanggil isteri untuk membuatnya sedangkan isteri tu dah tak menang tangan dan tak cukup kaki terlalu sibuk dengan segala benda nak dibuat dalam rumah.

Kalau dah begitu malasnya, jangan mimpi lah nak dibasuh sendiri pinggan yang dia gunakan. Menyental sinki, jauh panggang dari api. Sebab tu, saya mendidik anak-anak saya, kedua-duanya untuk mengemas. Thorique tak terkecuali. Saya membebel kalau sinki dia tak bersihkan.

Ini Bukan Tanggungjawab Anak Perempuan Sahaja

Sekarang ni, dengan kakak dia dah menetap sementara di rumah adik saya, maka Thorique lah yang tak ada peluang pun nak mengelat, untuk pastikan rumah tak bersepah.

Saya ni penggeli kalau sinki berkeladak dan di paip air berdaki. Cecair sabun basuh pinggan pun saya letakkan dalam botol elok dan bukannya dalam mangkuk bercampur air. Sabun jenis keras dalam bekas memang saya takkan gunakan terutama kalau ada sisa dalamnya. Gelinya sampai ke tekak.

Lantai dapur pun saya pantang kalau berminyak. Tapak kaki saya ni sensitif betul dengan keadaan permukaan lantai. Benda yang sama saya ajarkan pada anak-anak. Tolong lah jangan jadi pemalas.

Tanggungjawab menjaga kebersihan dan kekemasan rumah dengan teratur bukan semata pada wanita. Budaya membibikkan isteri mesti dihentikan. Semua orang dalam rumah tu kena mengambil bahagian masing-masing. Kalau 4 orang yang menjadi penghuni rumah, mengapa kerjanya hanya pada seorang? Habis tu yang lain, menjadi bos?

Waima isteri tu suri rumah, tak hilang lah status suami kalau ringankan tulang membantu isteri dan anak-anak bila dah pulang ke rumah dari bekerja. Sebab perasan boslah, walaupun di tempat kerja hanya kuli, satu benda apa pun tak dibuat di rumah. Banyak cantik.

Kalau dua-dua mencari rezeki, maka sama-sama kena lakukan kerja rumah. Bahagikan. Dan tak payah dok berkira. Rumah sendiri kan? Kecuali lah kalau memang jenis tak kisah pun rumah macam tongkang pecah.

Pembantu rumah pun zaman sekarang bergaji paling kurang RM1500 kalau anak-anak kecil 3 orang. Tapi suami hampeh, dah lah poket tak berapa nak tebal, kepingin lagi nak berlagak seperti raja.

Kalau lelaki pun boleh memilih kriteria wanita yang dia mahukan, wanita pun sama. Kami pun tak teringin lelaki yang pengotor.

Kesimpulannya kita sebagai ibu bapa, didiklah anak-anak dengan sama rata. Anak lelaki tidak akan menjadi ‘pondan’ hanya kerana dilatih membuat kerja-kerja. Sebaliknya dia akan menjadi insan yang lebih bertanggungjawab.

Sumber: Rusyainie Ramli 

Baca artikel yang berkaitan di sini: Apa Perlu Ibu Bapa Buat Jika Anak Di Bawah Umur Terlanjur? Beri Kebenaran Kahwin Atau Bagaimana ?

Airmata Di Hari Konvokesyen, Ibu Bapa Sebak Terima Skrol Ijazah Anak Meninggal Digilis Lori

Restu Ibu Bapa Itu Penting, Ibu Seolah Beri Hint Kongsi Gambar Kahwin Shamsul & Puteri Sarah

Published by
Has