Ibu Anak Kecil Ini Kongsi Tip Selamat Kalau Nak Pergi Bercuti, Sila Buat!

Share

Mungkin ramai mak ayah dah merancang mahu bawa anak berjalan cuti sekolah akan datang, tetapi jangan sampai terlepas pandang baca bab tip selamat kalau nak pergi bercuti, ya!

Agak-agak kalau nak berjalan, eloklah ibu ayah cari beberapa tip untuk keselamatan anak-anak dan diri sendiri. Kadang bab barang tertinggal pun satu hal, jadi untuk peringatan sebelum terjadi kes kehilangan anda boleh guna tip yang dikongsi Puan Umey Firdausi

Tip Selamat Kalau Pergi Bercuti

Ini hanyalah sedikit tip, tak kira lah pergi seorang dengan anak atau pegi dengan family, safety anak kena letak no 1. Aku minta kawan ofis buatkan aku mende ni, pastu print atas kertas stiker. Aku print banyak-banyak, lekat kat baju anak sebab Umar suka lari-lari. So sepanjang kat sana aku lekat kat hp, kat beg, kat stroller, kat luggage aku liminate kat dan ikat. Dalam tu, kau letak nama hotel, no fon hotel, date kau pegi travel tu bila. Nak jadikan cerita, ada 1 ketika tu, aku tertinggal stroller dalam kereta uber. Aku betul-betul tak ingat pasal stroller.

Bila dah sejam aku jalan-jalan baru teringat pasal stroller. Dalam fikiran aku, kemungkinan besar tak akan dapat balik lah stroller aku ni. Sedih sangat masa tu tapi tak leh layan sangat. So aku pun teruskan jalan macam biasa dan tak harapkan dapat stroller tu balik. Bila dah malam, aku sampai hotel pastu orang hotel tu kata ada orang pulangkan stroller aku.

Alhamdulillah… ya Allah terima kasih. Padahal driver tu tak tahu pun aku stay mana sebab die pick up aku bukan kat hotel. Berkat aku tampal stiker ni la kot. Syukur sangat dapat balik stroller.

Elok Buat Tapi…

Ok, terpulanglah pada anda yang rasa nak guna cara ini atau sebaliknya. Bagi anda yang ada cara lain, boleh kongsi dengan pembaca lain di ruangan komen, siapa tahu tip anda boleh selamatkan seseorang yang dalam kesusahan. Itu pun cara mudah dapat pahala, selamat berkongsi!

Published by
Nadia