Ibu anak 5, Nora Syafiqah buktikan peranan isteri bukan hanya uruskan rumah tangga. Sebagai seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu bukanlah satu perkara mudah malah mereka yang bekerjaya perlu bijak uruskan masa. Begitu juga dengan usahawan wanita ini.

Nora Syafiqah Nabilah Binti Mohamad Shukri iaitu isteri kepada founder  Al Mizan Restoran Johor Bahru, akui sebagai seorang isteri peranannya bukan sekadar menguruskan rumah tangga. Walau sudah memiliki lima cahaya mata namun dia tetap membantu menguruskan perniagaan suami.

Ibu Anak 5, Nora Syafiqah Buktikan Peranan Isteri Sangat Penting

Nora Syafiqah juga berasa sangat bertanggungjawab dalam membantu suaminya, Mohd Syarifuddin Bin Misjan dalam mengukuhkan perniagaan, memberikan sokongan dan kepakaran dalam menguruskan kewangan syarikat milik suami.

Pemegang Diploma Pengurusan Perniagaan, Nora Syafiqah  menguruskan perbelanjaan, memantau aliran tunai, dan menganalisis laporan kewangan bagi membantu memastikan perniagaan suami terus berkembang walaupun menghadapi turun naik harga dan kos operasi.

Komunikasi & Kerjasama Eratkan Hubungan

Nora Syafiqah dan suaminya telah membuktikan bahawa kunci kejayaan terletak pada komunikasi dan kerjasama. Walaupun terdapat perbezaan pendapat, mereka sentiasa meluangkan masa untuk berbincang dan mencari penyelesaian terbaik demi kebaikan bersama. Sikap terbuka dan saling menghormati antara satu sama lain menjadikan perniagaan mereka lebih kukuh dan mampan.

“Alhamdulillah sudah 13 tahun kami mendirikan rumah tangga, sebagai isteri saya perlu sokong suami dan menjadi tulang belakang. Sememangnya banyak cabaran yang ditempuhi apatah lagi bekerja dengan suami sendiri.

“Di pejabat suami sebagai pengarah bila ada selisih pendapat saya lebih selesa duduk berbincang. Memang kena ada juga tempoh bertenang bila ada masalah atau selisih pendapat. Dan kemudiannya suaminya akan jadi okay bila dah ambil satu keputusan.

“Dari hari ke hari tempoh belajar satu sama lain. Tempoh berkahwin , setiap hari belajar mengenali dan memahami suami,” terang Nora Syafiqah.

Ibu Anak 5, Nora Syafiqah Buktikan Peranan Isteri Bukan Sekadar Uruskan Rumah Tangga, Tapi Rakan Kongsi Perniagaan Suami

Ads

Ibu Anak 5, Nora Syafiqah Buktikan Peranan Isteri Bukan Sekadar Uruskan Rumah Tangga, Tapi Rakan Kongsi Perniagaan Suami

Isteri Perlu Ada Pendapatan Sendiri

Malah wanita berbadan genit ini bersetuju dalam ekonomi sekarang isteri perlu ada pendapatan sendiri.

“Pada saya wanita perlu bekerja. Dalam komitmen sekarang ni memang perlu ada satu pendapatan sendiri. Walau anak ramai tapi bukan satu halangan sebabnya wanita hari ini sudah bijak membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga,” sambung Nora yang turut menasihati kaum isteri yang berniat membantu suami juga boleh bekerja dengan menggunakan platform online.

Bulan Ramadan Suami Jangan Kutip Pahala Seorang Diri Saja, Berilah Juga Peluang Pada Isteri

Istimewa Ramadan,  Sulaman Rasa Memori Bahagia

Sempena Ramadan bulan penuh barkah, Nora Syafiqah menjelaskan jenama Al Mizan menyediakan Grand Buffet Ramadan Almizan di Pusat Konvensyen Danga Bay, Johor Bahru.

“Bertemakan ‘Sulaman Rasa Memori Bahagia’ kami menyajikan lebih daripada 100 pilihan hidangan tradisional Nusantara, menjadikannya lokasi terbaik untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. Bufet ini bukan sahaja menampilkan masakan asli Johor tetapi juga menyediakan 16 gerai hidangan istimewa, termasuk sate dan kambing golek, untuk dinikmati sepanjang Ramadan,” kongsi Nora Syafiqah.

Ads

Sebagai jenama terkenal yang telah menyediakan sate berkualiti tinggi di Johor selama lebih 20 tahun, nama Al-Mizan sinonim dengan hidangan ini, menjadikan Grand Buffet Ramadan Almizan pilihan utama ramai pengunjung.

Antara juadah lain yang ditawarkan termasuklah laksa Johor, mi rebus, sup gearbox, udang telur masin, urat masak lemak, nasi goreng kambing, sambal goreng Jawa, ikan masam manis, asam pedas tetel, daun turi masak lemak labu, kupang sambal, rendang tok, dan pelbagai lagi lauk-pauk.

Bagi pencinta sayuran, pelbagai pilihan ulam-ulaman yang boleh dinikmati bersama sambal turut tersedia, menjadikan pengunjung sukar untuk tidak menambah nasi.

Di bahagian pencuci mulut, terdapat pelbagai jenis bubur, kek, serta kuih tradisional Melayu, melengkapkan pengalaman berbuka puasa. Seksyen minuman pula menawarkan lapan balang air sejuk, manakala aroma teh tarik panas pasti memikat deria rasa setiap pengunjung.

Ruang Untuk Infak

Selain berpeluang menikmati hidangan enak, sambil berbuka puasa pengunjung dapat melihat pemandangan indah matahati terbenam di Danga Bay.

Ads

Suasana menenangkan itu tambah bermakna apabila Almizan turut memberikan cabutan bertuah yang menawarkan ganjaran lumayan termasuk pakej umrah serta motosikal.

Pada masa sama, tidak ketinggalan membuka ruang untuk infak kepada mana-mana individu atau pihak.

Bertujuan berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan seperti anak yatim, ibu tunggal, fakir dan sebagainya, slot infak hanya RM50 dengan minimum 20 orang dibuka setiap hari namun menerusi tempahan awal.

Ibu Anak 5, Nora Syafiqah Buktikan Peranan Isteri Bukan Sekadar Uruskan Rumah Tangga, Tapi Rakan Kongsi Perniagaan Suami

Ibu Anak 5, Nora Syafiqah Buktikan Peranan Isteri Bukan Sekadar Uruskan Rumah Tangga, Tapi Rakan Kongsi Perniagaan Suami

Ibu Anak 5, Nora Syafiqah Buktikan Peranan Isteri Bukan Sekadar Uruskan Rumah Tangga, Tapi Rakan Kongsi Perniagaan Suami

Ibu Anak 5, Nora Syafiqah Buktikan Peranan Isteri Bukan Sekadar Uruskan Rumah Tangga, Tapi Rakan Kongsi Perniagaan Suami

Ibu Anak 5, Nora Syafiqah Buktikan Peranan Isteri Bukan Sekadar Uruskan Rumah Tangga, Tapi Rakan Kongsi Perniagaan Suami

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI