Ibu Anak 10 Meninggal Selepas 11 Hari Melahirkan Bayi Perempuan Dinantikan

Seorang ibu dari Texas, Amerika Syarikat yang mempunyai 10 orang anak telah meninggal dunia selepas 11 hari melahirkan anak perempuan yang dinantikan sekian lama.

Menurut Spencer Harlow kepada The Bluebonnet News, selama bertahun lamanya isterinya Sonya Harlow berdoa agar dikurniakan bayi perempuan. Doanya itu telah terjawab namun Sonya tidak sempat melihat anaknya itu membesar di hadapan mata.

Spencer dan Sonya sebelum ini telah mempunyai anak sendiri sebelum kedua-duanya berkahwin. Pasangan ini telah berkongsi menjaga 10 anak dan sesetengahnya hasil perkahwinan masing-masing sebelum ini. Kelahiran bayi perempuan yang diberi nama Eliyanah ini amat dinanti-nantikan.

Ibu Anak 10 Meninggal Selepas 11 Hari Melahirkan Bayi Perempuan Dinantikan
Sonya dan Spencer gembira dengan kelahiran Eliyanah. (Kredit gambar: GoFundMe)

Namun tanpa disangka Sonya, 39, meninggal dunia secara tiba-tiba selepas 11 hari melahirkan anak perempuan pertama pasangan ini. Sonya dan Spencer telah berkahwin selama 8 tahun. Kini Spencer bersendirian menjaga kesemua anak mereka.

Jelas Spencer mengimbas semula kejadian yang tidak disangka itu, dia terjaga sekitar pukul 2 pagi Isnin setelah mendengar suara isterinya dalam kesakitan.

Ketika itu Sonya berbaring di sebelahnya dengan anak perempuan mereka yang baru lahir itu di dadanya.

IKLAN

Saya berpusing ke arah Sonya dan dapat melihat dia sedang nazak. Kami melakukan CPR padanya sehingga paramedik tiba, tetapi nafasnya telah terhenti pada masa itu. Semuanya sudah terlambat.”

Sentiasa Berdoa Untuk Dapat Anak Perempuan

Spencer mengesyaki isterinya itu mungkin ada kaitan dengan masalah perubatan selepas bersalin. Namun dia berharap semuanya itu dapat dipastikan dalam autopsi yang dilakukan.

Kehamilan Sonya disulitkan oleh tekanan darah tinggi dan masalah yang membuatnya tidak mungkin bekerja sebagai pengarah kemasukan dalam industri penjagaan kesihatan.

Spencer, seorang veteran kurang upaya yang berkhidmat di 10th Mountain Division US Army di Afghanistan mengatakan bahawa Sonya tidak dapat bekerja dan berharap dapat membesarkan anak perempuan mereka yang baru lahir, Eliyanah.

Sonya mempunyai semua anak lelaki sebelum ini dan dia berdoa untuk seorang anak perempuan. Kami menamakan anak perempuan kami Eliyanah dan dia adalah jawapan Tuhan atas doa kami. Eliyanah bermaksud ‘Tuhan telah menjawab,‘ “kata Spencer.

“Sonya adalah ibu dan isteri yang baik. Dia adalah wanita paling cantik yang pernah saya kenal. Dia begitu bersemangat dan penuh dengan kehidupan, penyayang, dan baik.”

Ibu Anak 10 Meninggal Selepas 11 Hari Melahirkan Bayi Perempuan Dinantikan
Saat-saat gembira Spencer dan Sonya bergambar bersama 8 orang anak mereka.
(Kredit gambar: GoFundMe)

Baca Sini Lagi:
Dalam 100 Hari Jadi Yatim Piatu, Ibu Bapa Meninggal Kerana Coronavirus
Konon Anggap ‘Spagheti’, 27 Magnet Tersekat Di Kerongkong Budak 4 Tahun

Kejadian Yang Tidak Disangkakan

Nancy Leger Davie, rakan baik Sonya telah membuka akaun GoFundMe untuk keluarga Harlow terutamanya dalam membantu keluarga ini dengan perbelanjaan pengkebumian.

Semenjak kejadian ini tidak disangkakan, mereka tidak ada simpanan atau insuran nyawa. Sebarang wang yang dikutip akan digunakan untuk perbelanjaan pengkebumian. Dan jika ada sebarang wang lebih, ia akan digunakan untuk penjagaan anak-anak mereka,”ujar Nancy.

Sumber/Foto: Bluebonnetnews / People / GoFundMe