Seorang ibu dari Texas, Amerika Syarikat yang mempunyai 10 orang anak telah meninggal dunia selepas 11 hari melahirkan anak perempuan yang dinantikan sekian lama.
Menurut Spencer Harlow kepada The Bluebonnet News, selama bertahun lamanya isterinya Sonya Harlow berdoa agar dikurniakan bayi perempuan. Doanya itu telah terjawab namun Sonya tidak sempat melihat anaknya itu membesar di hadapan mata.
Spencer dan Sonya sebelum ini telah mempunyai anak sendiri sebelum kedua-duanya berkahwin. Pasangan ini telah berkongsi menjaga 10 anak dan sesetengahnya hasil perkahwinan masing-masing sebelum ini. Kelahiran bayi perempuan yang diberi nama Eliyanah ini amat dinanti-nantikan.
Sonya dan Spencer gembira dengan kelahiran Eliyanah. (Kredit gambar: GoFundMe)
Namun tanpa disangka Sonya, 39, meninggal dunia secara tiba-tiba selepas 11 hari melahirkan anak perempuan pertama pasangan ini. Sonya dan Spencer telah berkahwin selama 8 tahun. Kini Spencer bersendirian menjaga kesemua anak mereka.
Jelas Spencer mengimbas semula kejadian yang tidak disangka itu, dia terjaga sekitar pukul 2 pagi Isnin setelah mendengar suara isterinya dalam kesakitan.
Ads
Ketika itu Sonya berbaring di sebelahnya dengan anak perempuan mereka yang baru lahir itu di dadanya.
“Saya berpusing ke arah Sonya dan dapat melihat dia sedang nazak. Kami melakukan CPR padanya sehingga paramedik tiba, tetapi nafasnya telah terhenti pada masa itu. Semuanya sudah terlambat.”
Sentiasa Berdoa Untuk Dapat Anak Perempuan
Spencer mengesyaki isterinya itu mungkin ada kaitan dengan masalah perubatan selepas bersalin. Namun dia berharap semuanya itu dapat dipastikan dalam autopsi yang dilakukan.
Ads
Kehamilan Sonya disulitkan oleh tekanan darah tinggi dan masalah yang membuatnya tidak mungkin bekerja sebagai pengarah kemasukan dalam industri penjagaan kesihatan.
Spencer, seorang veteran kurang upaya yang berkhidmat di 10th Mountain Division US Army di Afghanistan mengatakan bahawa Sonya tidak dapat bekerja dan berharap dapat membesarkan anak perempuan mereka yang baru lahir, Eliyanah.
“Sonya mempunyai semua anak lelaki sebelum ini dan dia berdoa untuk seorang anak perempuan. Kami menamakan anak perempuan kami Eliyanah dan dia adalah jawapan Tuhan atas doa kami. Eliyanah bermaksud ‘Tuhan telah menjawab,‘ “kata Spencer.
Ads
“Sonya adalah ibu dan isteri yang baik. Dia adalah wanita paling cantik yang pernah saya kenal. Dia begitu bersemangat dan penuh dengan kehidupan, penyayang, dan baik.”
Saat-saat gembira Spencer dan Sonya bergambar bersama 8 orang anak mereka. (Kredit gambar: GoFundMe)
Nancy Leger Davie, rakan baik Sonya telah membuka akaun GoFundMe untuk keluarga Harlow terutamanya dalam membantu keluarga ini dengan perbelanjaan pengkebumian.
“Semenjak kejadian ini tidak disangkakan, mereka tidak ada simpanan atau insuran nyawa. Sebarang wang yang dikutip akan digunakan untuk perbelanjaan pengkebumian. Dan jika ada sebarang wang lebih, ia akan digunakan untuk penjagaan anak-anak mereka,”ujar Nancy.
Berita gembira buat mak ayah yang berada di negeri Sarawak, rebutlah peluang keemasan ini. Ada insentif baru diumumkan untuk anak-anak yang bakal lahir nanti di negeri tersebut.
Ini kerana Kerajaan Negeri Sarawak telah memperuntukkan RM40 juta bagi polisi terbaharu Sarawak iaitu setiap bayi yang dilahirkan bermula tahun hadapan akan diberikan simpanan sebanyak RM1,000.
Ianya diberi kepada anak-anak Sarawak tanpa mengira latarbelakang kaum, agama dan politik. Ianya hanya dapat dikeluarkan apabila mereka berusia 18-tahun dimana apabila mereka memerlukan wang tersebut khususnya bagi pembelajaran mereka.
“Bermula hari pertama tahun hadapan, semua kelahiran baharu rakyat Sarawak tanpa mengira kaum, agama dan status sosial akan mendapat intensif RM1,000 sekali.”
“Wang ini akan dilabur dan hanya boleh dikeluarkan apabila pemiliknya mencapai usia 18 tahun dengan tujuan utamanya ialah untuk melanjutkan pendidikan,” kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg pada Pembentangan Bajet Sarawak 2019 di Persidangan Dewan Undangan Negeri DUN Sarawak baru-baru ini.
Galak Lahirkan Anak
Menurut beliau yang juga Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi berkata, pemberian intensif itu selain menyediakan simpanan pendidikan masa depan anak Sarawak ia juga satu galakan rakyat melahirkan lebih ramai anak.
Pemberian insentif itu sebagai galakkan kepada warga Sarawak melahirkan anak, sama ada di negeri atau di luar, agar lebih ramai anak Sarawak yang bijak dan kuat mempertahankan negeri ini.
“Saya memperkenalkan idea ini untuk menggalak rakyat Sarawak mempunyai ramai anak supaya kita mempunyai ramai lagi anak Sarawak yang gagah serta bijak mempertahankan kepentingan Sarawak pada masa akan datang,”
“Kerajaan Negeri bersetuju membuat keputusan bagi memperkenalkan dasar baru itu bertujuan untuk memenuhi keperluan pendidikan atau dana untuk melanjutkan karier mereka,” katanya.
MW: Tahniah buat orang-orang negeri Sarawak atas insentif yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri ini. Mak ayah orang Sarawak jangan lepaskan peluang ini, semoga mendapat manfaat yang diharapkan serta lebih ramai bayi-bayi comel yang dilahirkan di negeri tersebut.
Harap Diana lembut hati. Pelakon dan pengarah filem Farid Kamil berusaha untuk menawan semula hati isterinya, Diana Danielle dan menawarkan perdamaian dengan jumlah wang melebihi RM300 ribu.
Farid juga menerangkan tawaran yang dibuat diharap dapat melembutkan hati isterinya yang membabitkan antaranya aset, barang kemas dan bayaran pendahuluan nafkah bernilai RM319,700.
Harap Diana Lembut Hati
Pada waktu yang sama Farid juga menerangkan dia berharap Diana akan menerima tawaran tersebut demi masa depan dan kebaikan dua anak mereka, iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Farid Kamil juga menawarkan sebuah kenderaan MPV, barang kemas, wang pendahuluan nafkah dan bayaran tiket umrah kepada Diana.
“Saya, Farid Kamil Zahari dengan setulus hati pada Ramadan penuh barakah ini ingin menawarkan isteri saya, Diana Danielle Danny Beeson tawaran seperti berikut sebagai usaha saya menyelamatkan keluarga yang amat saya sayangi.
“Sebuah kereta Toyota Vellfire bernilai RM225,000, barangan kemas bernilai RM10,700, wang pendahuluan nafkah dari Mac sehingga Jun 2023 bernilai RM40,000 dan bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya adalah hadiah sudah bertukar menjadi hutang yang bernilai RM44,000.
“Saya amat berharap dengan tawaran yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak RM319,700 ini mampu melembutkan hati isteri demi masa depan anak-anak kami,” kata Farid seperti mana dilaporkan Berita Harian.
Kenyataan yang diedarkan Pengurus Farid kepada media itu ketika prosiding sulh masih berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah tengahari tadi.
Bagaimanapun, Diana dan peguam, Datuk Akberdin Abdul Kadir tidak hadir ke prosiding itu.
Isteri hamil anak ketujuh, Datuk Jamal tak nak layan komen negatif netizen. Tahniah diucapkan buat penghibur tersohor dan juga lagenda dunia seni tanahair Datuk Jamal Abdillah yang bakal menimang zuriat ketujuh awal tahun hadapan.
Bapa penyayang ini juga seakan tidak sabar untuk menantikan kelahiran zuriat tersebut yang menjadi pelengkap bahagianya bersama isteri. Malah Datuk Jamal juga menganggap zuriat ketujuh yang bakal ditimang awal tahun hadapan adalah kurniaan rezeki.
Isteri Hamil Anak Ketujuh
Berita gembira yang dikongsi oleh Datuk Jamal itu sebenarnya ada yang mengkritik namun dirinya enggan melayani mahupun membaca komen negatif netizen yang seolah-olah tidak berpuas hati sebaik mengetahui isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin kembali hamil.
Seperti mana yang dilaporkan Berita Harian, Datuk Jamal akui kehamilan isteri kali ini tidak dirancang.
“Kadang-kadang kita tak boleh rancang perkara seperti ini kerana semuanya ketentuan Allah dan inilah dinamakan rezeki.
“Ada orang berusaha macam mana sekali pun, tapi kalau bukan rezeki takkan menjadi juga.
“Soal kata-kata negatif orang, saya ambil sikap tidak melayan mahupun membaca komen dalam media sosial,” ungkap Datuk Jamal yang baru saja menyambut kehadiran anak keenam tahun lalu.
Seronok Kehidupan Berkeluarga
Datuk Jamal turut berkongsi perasaan seronok dan gembira bila bersama isteri dan anak-anak.
“Kehidupan berkeluarga dengan anak sesuatu yang menyeronokkan.
“umpama satu terapi buat saya.
“Saya tak rasa letih, marah mahupun bosan kerana mereka inilah hiburan saya.
“Lagipun, saya bukan jenis suka keluar rumah, habis kerja terus pulang dan bila sehari tak jumpa anak-anak memang rindu.
“Jadi, sampai sahaja rumah, saya akan cium dan akan tidur bersama anak-anak,” ungkap Datuk Jamal lagi.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...