Dua tiga hari ini, kes positif Covid-19 di negara kita semakin meningkat dan cukup membimbangkan. Antara kawasan yang cukup terkesan merekodkan peningkatan kes, ialah di Negeri Sabah seperti di Semporna.Ketika ini,pastinya petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus melaksanakan tanggungjawab demi memastikan kesejateraan ramai meskipun berhadapan dengan risiko dan dalam keadaan kekurangan tenaga kerja.
Berikut catatan luahan yang sempat dikongsikan oleh Dr Atfina Ibrahim, barisan petugas hadapan di Hospital Semporna, yang berharap agar lebih ramai sukarelawan dalam bidang perubatan dapat membantu di sana ketika ini.
“Seminggu bertugas di Semporna, aku dapat rasa kan betapa beratnya tanggungjawab pegawai perubatan, staff hospital dan klinik kesihatan di sini. Di ibaratkan sebagai #thelittleWuhan seluruh komuniti berisiko besar dijangkiti Covid-19.
Setiap hari nombor positive kes bertambah.
Aku tidak suka bercerita tentang kerja. Aku bukan jenis sentiasa post di media social tentang kerjaya aku walau lebih 10 tahun service di hospital. Tapi kali ini berbeza. Sesuatu yang aku rasa aku harus kongsikan.
Ditugaskan di Jabatan Kecemasan aku kagum dengan semangat doktor muda dari Semporna. Berkerja dari pagi sampai ke malam. Bertungkus lumus merawat pesakit yang rata-rata RTK positive. Tidak mengenal warga negara atau bukan warganegara tanggungjawab tetap di pikul. Memakai full PPE lebih dari 9-10 jam. Tidak makan dan minum semata-mata mahukan yang terbaik untuk pesakit.
Masih ada system oncall >24 jam di waktu wabak ini kerana manpower tidak mencukupi.
Berhadapan pesakit yang positive mengundang risiko yang amat tinggi bagi kami. Prolonged stay with the patients kerana manpower tidak mencukupi untuk shift systems.
Mixed feelings. Betul. Mixed feelings.
Hampir setiap hari ada yang harus di ‘intubate’. Risau akan di jangkiti?? Harus lah!!!.
Tapi apa pilihan yang kami ada? Bertahan untuk yg terbaik buat pesakit dan komuniti.
Setiap hari sebelum masuk berkerja aku akan berdoa. ‘Ya Allah permudahkanlah urusan sepanjang kerja di sini. Jauhkan lah kami dari bala bencana dan wabak.Bantulah kami Ya Allah’
Rakan-rakan perubatan bantulah Semporna.Mari lah berjuang bersama-sama di sini. Pakar atau pegawai perubatan. Jururawat, MA, staff xray, staff makmal, driver, ppk. Kita harus bersama bantu mereka. Kembali kan senyuman dan semangat team Hospital Semporna. Berjuang!!
Sahabat di semenanjung buat lah sehabis baik. Jaga SOP, keluar jika perlu,kerap basuh tangan/ hand sanitiser.
Kita belum menang!!
MW: Buat petugas barisan hadapan, semoga diberi kekuatan dipermudahkan segala urusan dan dilindungi dari segala bahaya. Terima kasih tak terhingga, jasa yang tidak mampu terbalas oleh kami.
Sumber: Atfina Ibrahim