Ibarat ibu, shiha respek sikap Arwah Sharifah Aini tidak suka meuar-uarkan setiap kebaikan dilakukan. Seperti yang kita ketahui hubungan penyanyi Shiha Zikir dan Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah begitu akrab.
Walaupun Arwah Kak Pah sudah tiada namun Shiha sentiasa mengingati setiap detik indah bersama. Perkenalan Shiha bersama ‘sifu’ dalam program realiti, Mentor musim kelima pada 2011 menjadikan Shiha ‘protégé’ kesayangan Kak Pah.
Berkongsi kisah tentang wanita hebat itu, Shiha menyatakan arwah banyak berkongsi pengalaman dan tip kejayaan yang sehingga kini dipraktikkan oleh Shiha.
Paling dikagumi sikap arwah yang menyembunyikan kebaikan dilakukan.
“Saya respek dengan sikap arwah yang tidak suka meuar-uarkan setiap kebaikan dilakukan. Malah, banyak rakan seperjuangannya dibantu tanpa mendedahkannya.
“Perkara ini saya ingat sampai hari ini dan menjadi panduan saya,” ungkap Shiha seperti mana dikongsi menerusi Berita Harian.
Malah arwah Kak Pah juga sentiasa mengingatkan Shiha agar setiap kali menerima undangan pentas pastikan disimpan separuh.
“Arwah selalu ingatkan saya, setiap bayaran undangan nyanyian perlu disimpan 50 peratus, manakala bakinya barulah dibelanjakan.
“Memang kata arwah mulanya pahit, tetapi akan menjadi manis akhirnya.
“Lagipun, sebagai artis, kita tidak tahu sampai bila mampu bertahan.
“Apabila berdepan dengan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) barulah saya sedar kebenaran pesanan arwah.
“Saya ikut pesanannya, jadi, dapat juga saya membantu mereka yang berdepan kesempitan hidup dengan wang simpanan sebelum ini,” kongsi Shiha lagi.
Baca Disini : Dulu Ikut Abah Niaga Pasar Malam, Kini Tersenarai Antara 10 Wanita Hebat ASEAN
‘Tetamu VIP’ Datang Beraya, Majlis Rumah Terbuka Indahnya Syawal Terasa Lebih Bermakna!
Mingguan Wanita : Shiha memang seorang selebriti yang peramah dan baik. Semoga aktiviti seni Shiha akan lebih maju.
Sumber : Berita Harian
Sumber Foto : Instagram Shiha Zikir
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
“Kita ada hak untuk bergerak, tak perlu kasihan dan merasakan saya perlu duduk di rumah saja. Apa yang penting, saya seronok dan bahagia dengan apa yang saya buat,” – Ikuti perkongsiannya dalam Kisah Inspirasi Sukses MW.