Cabaran dalam membesarkan anak-anak sekarang, mereka terdedah dengan pelbagai ancaman bahaya terutama dari segi keselamatan diri walau di mana sahaja berada. Sebagai mak ayah, selain cuba sehabis baik dalam menjaga dan memantau keselamatan mereka, kita juga disarankan untuk mengamalkan doa tertentu sebagai salah satu usaha bertawakal kepada Nya. Salah satunya dengan mengamalkan membaca doa perlindungan buat anak-anak sebagaimana yang diajar oleh Nabi sendiri.
Imam Muda Asyraf ada kongsikan doa ini didalam laman Instagramnya baru-baru ini.
Ada ketika kita bimbang anak-anak kita bila ditinggalkan. Bagaimana keadaan mereka sewaktu dihantar ke sekolah. Ada juga yang bimbang keadaan anak bila diberi kepada pengasuh. Ada pula yang risau gambar anak mereka dipaparkan di merata tempat dan sebagainya. Kita hanya mampu berusaha sehabis baik. Tetapi tawakkal kita pada Allah tak pernah luntur.
Ini antara doa sunnah yang diajar oleh Nabi SAW buat perlindungan anak-anak kita seperti mana yang di bacakan oleh Nabi Ibrahim AS pada anaknya Ismail dan Ishak.
إن أباكم كان يعود بها اسماعيل واسحاق
“Sesungguhnya bapa kamu (Nabi Ibrahim berdoa) minta perlidungan dari Allah Taala dengan doa ini kepada Ismail dan Ishak. Dengan doa:
أعود بكلمات الله التامة من كل شيطان وهامه ومن كل عين لامة
A’udzu bikalimatillahi at-tammati min kulli syaithan wa haamihi wa min kulli ‘ainin laamah
Ertinya: Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna (Alquran, Nama-NamaNya dan Sifat-SifatNya) dari segala ancaman Syaitan dan segala bahaya binatang berbisa serta segala kejahatan mata (penyakit ‘ain).
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi panduan buat mak ayah dalam mengamalkannya. Semoga anak-anak kita terlindung daripada sebarang malapetaka dan bahaya hendaknya.. Amin
Sumber:Imam Muda Asyraf