Pejam celik, sedar-sedar anak sudah membesar. Sampaikan kita sebagai mak ayah tidak sedar, cepatnya masa berlaku dan anak sudah membesar. Namun, sedar tak hutang mak ayah sangat banyak pada anak-anak. Bukan berhutang duit tapi hutang masa yang kita tinggalkan pada mereka.
Hutang mak ayah inilah membuatkan kita mula tersentak dan tersedar. Barulah kita tahu, emosi dan perasan marah kita apabila penat, dia tetap datang pada kita. Tangisan yang kita anggap seperti mengada-ngada sampaikan mak ayah tidak hiraukan.
Ini belum lagi dengan keadaan sekarang yang banyak masa dihabiskan dengan gajet. Kononnya, inilah masa untuk memberi segala apa yang anak-anak mahukan.
Jangan begitu, kita kena ingat kembali hutang mak ayah yang perlu dibayar adalah masa bersama mereka. Perkongsian ini, cukup menjentik jiwa dan perasaan buat mak ayah di luar sana. Ketahuilah, masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Jangan sia-siakan waktu bersama anak-anak.
Jarang sekali, tiap kali kita penat, kita tidak memarahi anak-anak. Kadang-kadang kita membentak mereka padahal mereka belum benar-benar faham kesalahan yang mereka lakukan.
Kita membuat mereka menangis kerana kita ingin lebih dimengerti dan didengarkan.
Tetapi, seburuk apa pun kita memperlakukan mereka, segalak apa pun kita kepada mereka, semarah apapun kita pernah membentak mereka, anak-anak akan tetap mendatangi kita dengan senyum kecilnya.
Ads
Menghibur kita dengan tawa kecilnya, menggenggam tangan kita dengan tangan kecilnya, seolah semuanya baik-baik saja dan tak pernah terjadi apa-apa sebelumnya.
Mereka selalu punya banyak cinta untuk kita, meski seringkali kita tak membalas cinta mereka dengan cukup.
Kita bilang kita bekerja keras demi kebahagiaan mereka, tetapi kenyataannya merekalah yang membahagiakan kita dalam lelah di sisa waktu dan tenaga kita.
Malah, kita merasakan bahawa kita mampu menghibur kesedihan mereka atau menghapus air mata dari pipi-pipi kecil mereka. Tetapi, sebenarnya kitalah yang selalu mereka bahagiakan.
Penawar Suka Duka
Merekalah yang selalu berhasil membuang kesedihan kita, melapangkan kepenatan dan menghapus air mata kita.
Kita berhutang banyak pada anak-anak kita.
Ads
Dalam 24 jam, berapa lama waktu yang kita miliki untuk berbicara, mendengarkan, memeluk, mendakap dan bermain dengan mereka?
Dari waktu hidup kita bersama mereka, seberapa keras kita bekerja untuk menghadirkan kebahagiaan sesungguhnya di hari-hari mereka, melukis senyum sejati di wajah mungil mereka?
Tentang anak-anak,
Sesungguhnya merekalah yang selalu “lebih dewasa” dan “bijaksana” daripada kita.
Merekalah yang selalu mengajari dan membimbing kita menjadi manusia yang lebih baik setiap harinya.
Seburuk apapun kita sebagai orang tua, mereka ingin menjadi anak-anak terbaik yang pernah kita punya.
Kita selalu berhutang kepada anak-anak kita.
Ads
a) Anak-anak yang setiap hari menjadi korban dari betapa buruknya cara kita mengelola emosi. b) Mereka menanggung konsekuensi dari nasib buruk yang setiap hari kita buat sendiri. c) Anak-anak yang barangkali masa depannya terkorbankan gara-gara kita tak mampu merancang masa depan kita sendiri.
Tetapi mereka tetap tersenyum, memberi kita banyak cinta dan mencuba buat kita bahagia.
Peluk Dan Beri Kasih Sayang
Maka dakaplah anak-anakmu, tataplah mata mereka dengan kasih sayang & penyesalan, katakan kepada mereka:
“Maafkan untuk hutang-hutang yang belum terbayar”
Maaf jika semua hutang ini telah membuat Allah tak berkenan.
Maafkan kerana hanya pemaafan dan kebahagiaan kalianlah yang mampu membuat hidup ayah dan ibu lebih baik dari sebelumnya.
Betul, lebih baik dari sebelumnya.
MW: Sedihnya..kita banyak berhutang pada anak-anak.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di : Facebook Mingguan Wanita Instagram Mingguan Wanita Twitter Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, banyak norma baharu yang perlu rakyat Malaysia tempuh. Termasuklah rutin harian kerja yang tak sama macam dulu. Ada hari bekerja, ada hari kena duduk rumah tanpa gaji. Mujurlah bank berikan moratorium.
Kelonggaran tak bayar hutang dengan bank ini sepatutnya beri lebihan wang pada mereka yang ambil moratorium ini. Tapi ada segelintirnya dah lepas 3 bulan, duit simpanan pun tak nampak bayangan.
Bila masa tiba-tiba, perlukan duit kecemasan. Tiada pula bayangan simpanan moratorium yang sepatutnya jadi bekalan saat kecemasan. Ini yang dihadapi sendiri oleh Abdul Muiez Ruslee, langsung memberikan pesanan penting untuk anda yang mungkin berdepan masalah yang sama.
Kena Bayar RM4000, Tapi Tak Cukup Duit
Minggu lepas mak saya masuk hospital.
Setelah beberapa hari, doktor wajibkan kami beli mesin CPAP dan Oxygen Concentrator.
Selepas berbincang, mahu tak mahu, kami perlu beli untuk kegunaan mak. Harga kedua-dua mesin ini lebih RM10 ribu.
Kami minta mereka hantarkan hari ini juga. Sebab, kalau tidak mak tak boleh keluar hospital.
“Kena bayar deposit RM4 ribu. Siapa boleh bayarkan. Aku tak cukup duit.” Kata adik saya.
Saya pun semak akaun bank.
“Aku pun tak cukup. Dekat Tabung Haji ada.”
Setelah berbincang, adik saya seorang lagi yang bayarkan deposit RM4 ribu tu.
Selepas itu saya termenung panjang.
Moratorium Dah 3 Bulan, Tapi Ke Mana Duitnya?
Moratorium dah 3 bulan. Bermaksud, dah 3 bulan duit pinjaman tak potong. Sepatutnya, paling tidak sudah ada RM10 ribu dalam bank. Tapi ke mana duitnya?
Terduduk sekejap saya memikirkan perkara itu.
Ya betul. Saya sudah beli itu ini. Tetapi, di mana simpanan saya?
Bila muncul hal kecemasan macam ni, mana saya nak korek?
Emas? Tak sempat nak gadai.
Tabung Haji? Tak boleh nak tunggu esok.
Aset? Bukan mudah nak dicairkan.
Saya terfikir, setidak-tidaknya perlu juga ada simpanan tunai untuk digunakan ketika saat terdesak. Kalau moratorium seribu, sepatutnya kita sudah ada tiga ribu. Katakan kalau moratorium dua ribu, kita sepatutnya sudah ada simpanan enam ribu. Kalau potongan tiga ribu, senang-senang kita boleh simpan sembilan ribu.
Berapa baki moratorium kita?
Ada baki 3 bulan lagi. Sempat rasanya untuk kita buat simpanan.
Perkara lepas jadikan sempadan. Jangan diulangi lagi kesilapan semalam.
Gittew.
MW : Penting sebenarnya simpan duit moratorium ini, nanti lepas 6 bulan mudah nak bayar faedah selambak dekat bank. Takdelah hutang tu makin berganda-ganda banyaknya. Jadi, marilah tekadkan semangat untuk gigih menyimpan.
Sumber/Foto : Abdul Muiez Ruslee*Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nurul Syuhada timang anak keempat, tahniah diucapkan buat pemilik nama sebenar Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin yang telah selamat melahirkan anak keempatnya.
Bekas Pengacara Mingguan Wanita Talkshow dan Personaliti televisyen ini memaklumkan menerusi hantaran di Instagram dirinya berasa bersyukur selamat melalui proses bersalin.
Nurul Syuhada Timang Anak Keempat
Isteri kepada Raja Amir Shah Raja Azwa ini memaklumkan perkembangan terkininya di mana anaknya dilahirkan normal ketika usia kandungannya hampir mencecah 41 minggu.
“Terima kasih semua untuk bunga dan buah-buahan. Selepas 41 minggu di dalam perut ibu, segala pujian bagi Allah saya dilahirkan,” kongsinya.
Kegembiraan ibu kepada empat cahaya mata ini terserlah apabila menunjukkan hadiah yang diterima daripada ahli keluarga dan rakan terdekat sempena kelahiran anaknya.
Namun pada perkongsian tersebut Nurul Syuhada tidak memaklumkan jantina anak mereka.
Paling istimewa dalam masa yang sama Nurul Syuhada juga memberitahu suaminya ada bersama ketika bertarung nyawa melahirkan anak mereka.
“Tahnia ibu saya yang lalukan terbaik untuk keluarkan saya dan sudah tentu ayah saya juga ada bersama menyambut kehadiran saya dan memotong tali pusat,” tulisnya.
Celik saja mata waktu pagi, kepala mak-mak terus berkira-kira apa yang patut dilakukan untuk hari ini. Inilah kerja hari-hari yang mak ayah buat. Memikirkan dan mencari rezeki demi membesarkan anak-anak.
Apabila anak sudah berjaya, giliran anak-anak untuk membantu dan membalas jasa mak ayah. Namun, berapa ramai yang mampu berbuat demikian. Kononnya, anak-anak sudah mempunyai keluarga sendiri pula.
Akhirnya, ada mak ayah yang kerja sehinggalah usia lanjut. Sedihnya. Sebagai anak, jangan abaikan tanggungjawab dan ingat apa yang telah mak ayah korbankan semasa kita kecil.
Malah, mak ayah sebenarnya tahu apa yang ada pada anaknya. Perasan tak, mak ayah tidak pernah sekali meminta duit belanja daripada anak-anak. Dia tidak mengharapkan, cuma sebagai anak kenalah fikir tanggungjawab dan balas jasa mereka.
Daripada perkongsian Dr Ahmad Samhan, cukup menyentuh perasaan tatkala berbual bersama pesakitnya yang agak berusia. Bersyukur kerana anak-anaknya mampu membalas jasa mak ayah.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.