Peranan dan tanggungjawab mak ayah sangat besar dalam mendidik tingkah laku dan memantau pergaulan anak-anak. Terutamanya apabila anak-anak semakin meningkat remaja.
Sungguh mengejutkan apabila membaca berita sebegini.Tergamaknya perbuatan adik beradik yang masih diperingkat usia remaja melakukan perbuatan keji sumbang mahram di rumah sendiri sehingga melahirkan seorang bayi.
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan polis selepas mengaku mengadakan hubungan sumbang mahram dengan kakaknya sehingga melahirkan seorang bayi perempuan di dalam tandas rumah mereka di Taman Diawan malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, perbuatan sumbang mahram tersebut terbongkar apabila kakak yang berusia 15 tahun yang baru bersalin itu dibawa ke Hospital Kampar untuk mendapatkan rawatan pada pukul 10 malam semalam.
“Sebelum dibawa di hospital, remaja perempuan yang tidak bersekolah tersebut mengadu sakit perut kepada ibunya pada pukul 3.30 petang sebelum dia masuk ke tandas untuk membuang air besar.
“Remaja yang mengaku tidak mengetahui dia sedang mengandung itu terkejut apabila dia secara tiba-tiba melahirkan seorang bayi perempuan di dalam tandas berkenaan,” katanya.
Hasil Sumbang Mahram
Tambah Hasron Nazri, ibu remaja yang berada di dapur ketika itu terdengar jeritan mangsa sebelum masuk ke tandas dan mendapati dia berlumuran darah selain terdapat seorang bayi di dalam mangkuk tandas.
“Ibunya terus membawa remaja dan bayi tersebut ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Hasil soal siasat terhadap remaja perempuan itu mendapati dia mengaku telah beberapa kali melakukan hubungan sumbang mahram dengan adik lelakinya pada Mei lalu di bilik belakang rumah mereka,” katanya.
Bersalin Awal Usia 7 Bulan
Menurutnya, bayi berkenaan dipercayai dilahirkan awal iaitu kira-kira usia tujuh bulan kandungan dan dia kini berada di bawah pemerhatian doktor pakar manakala remaja perempuan tersebut kini dirawat di Wad Bersalin, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
“Polis telah menahan adiknya di rumah mereka dan dia kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya.
MW: Mengucap panjang baca berita sebegini. Mak ayah mohon pantau tingkah laku dan pergaulan anak-anak walaupun sesama adik beradik. Bataskan pergaulan, cara pemakaian serta asingkan bilik bila mereka mula mencapai usia baligh.
Sumber: Kosmo
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI