Memang ada benarnya usia perkahwinan yang panjang bukanlah jaminan bahagia dalam perhubungan suami isteri. Seharusnya tempoh perkahwinan yang semakin panjang, menjadikan lebih mengenali pasangan, hubungan lebih erat, rapat dan mesra namun ia menjadi sebaliknya.
Ramai sebenarnya pasangan yang tawar hati dalam perkahwinan namun tetap meneruskan hidup sebagai suami isteri. Hubungan menjadi renggang sebab lebih banyak ‘makan hati’ malah terpaksa terus bertahan atas dasar tanggungjawab sahaja.
Sepatutnya lagi lama tempoh perkahwinan, lagi rapat kita dengan pasangan. Sebaliknya, lagi lama tempoh tu, lagi renggang kita dengan pasangan.
Tahu tak kenapa..
Ada perkahwinan yang masih bertahan sehingga ke hari ini hanya atas dasar tanggungjawab sahaja, bukan dasar rasa sayang, rasa cinta terhadap pasangan tapi semata-mata tanggungjawab untuk membesarkan anak dalam keadaan dia ada ibu bapa macam orang lain dan tak nak anak tu terjejas ataupun terkesan jika dia ambik keputusan untuk berpisah dengan pasangan.
Mereka yang berpegang kepada alasan ini, kebiasaannya dia hanya tumpu pada dirinya sendiri. Pasangan nak buat apa, jadi macam mana, terpulanglah pada dia. Dia bahagiakan perasaan sendiri, dia gembirakan hati sendiri.
Majoriti orang makin renggang dalam hubungan sebab banyak makan hati. Makan hati dengan sikap, perangai dan perbuatan pasangan sendiri.
Bukan baru sebulan dua pasangan jadi macam tu, tapi dah bertahun-tahun dan tak nampak perubahan langsung untuk berubah.
Perbuatan yang menyakitkan hati, kata-kata yang melukakan hati dan perangai yang membuatkan hati jadi tawar-setawarnya.
Dia fokus kepada amal ibadatnya, dia perbaiki hubungan dengan Allah, dia cari syurga dan jadi solehah dengan caranya sendiri dan bukan kerana pasangannya.
Sebab tu ada orang lama dah berkahwin, tapi tak rapat dan mesra pun dengan pasangan sendiri.Masing-masing bawa haluan sendiri walaupun tinggal dibawah satu bumbung.
Baca Lagi Di Sini:Isteri Bercakap Lebih Baik Daripada Senyap, Boleh Makan Diri, Rasa Tawar Hati!
Mesti Baca:Bahaya Bila Sampai Peringkat TAWAR HATI, Boleh Terputusnya Sebuah Hubungan!
Artikel Menarik:Bertahun-tahun Kahwin Tak Bahagia, Sampai Bila Nak BERTAHAN Sebab Anak!
Mingguan Wanita:Semoga sama-sama kita teruskan hubungan perkahwinan atas dasar cinta dan kasih sayang pada pasangan. Bukan semata-mata untuk menunaikan tanggungjawab sahaja.
Sumber: Firdaus Shakirin
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita