Hubungan baik walaupun berpisah, Shakilla Khoriri wanita kuat. Setiap perpisahan itu amatlah perit untuk dilalui. Namun itu semua bukanlah satu halangan buat pasangan selebriti Shakilla Khoriri dan bekas suaminya Fizi Ali.
Penyampai radio popular Suria FM, Fizi Ali dan Shakila telah mengambil keputusan untuk berpisah akhir tahun lalu walaupun usia perkahwinan mereka baru tiga tahun.
Hubungan Baik Walaupun Berpisah
Meskipun berpisah, sebelum ini Fizi dan Shakilla bersepakat untuk membesarkan anak mereka Nurul Ameena Sofia, 2, bersama-sama dan memastikan anak kesayangan mereka mendapat kasih sayang secukupnya daripada mereka berdua.
Bagi wanita ibu tunggal Shakilla pastinya berasa sangat sedih namun perkara itu ditolak ketepi dan dilihat begitu kuat meneruskan kehidupannya.
Bukan itu saja malah wanita ini juga turut tidak berbalah dengan bekas suami. Lebih selesa mengambil pendekatan menjalinkan hubungan baik walaupun sudah berpisah dengan bekas suami.
Doakan Yang Terbaik Buat Daddy Ameena Sofia
Malah perkongsian terbaru Shakilla di akan Instagramnya, Shakilla juga turut menitipkan doa yang terbaik sempena hari lahir Fizi Ali.
“Terima Kasih kerana jadi Daddy Ameena Sofia yang terbaik.
“Yang sayangkan Ameena tanpa ada batasan dan halangan (insyallah)
“Walau jauh dan tak hari-hari bersama Ameena tapi insyallah Daddy sentiasa ada tempat dalam hati Ameena.
Ads
“Doa Ameena akan sentiasa yang baik-baik untuk daddy dia. I tahu.
“Semoga segala perancangan Daddy dipermudahkan dan dilancarkan.
“Diberi kesihatan yang baik untuk terus kuat bekerja cari rezeki.
“Tahun ni mungkin sukar buat Daddy tapi insyallah mungkin tahun ni juga tahun yang terbaik buat daddy berbanding dengan tahun-tahun yang sebelum ni.
“Mungkin juga tahun yang special untuk daddy dengan orang-orang yang special. ☺️
“Semoga Allah kurniakan kebahagian yang terbaik untuk Daddy tahun ni dan selamanya. Semoga Allah pinjamkan sedikit kekuatan untuk terus bangun dan bina cerita baru untuk hidup daddy.
“Semoga Allah kurniakan seseorang yang mampu jaga dan membahagiakan daddy sampai hujung nyawa daddy.
“Semoga Allah campak sedikit hidayah buat daddy untuk terus jadi Daddy, Anak,Lelaki dan insyallah manusia yang lebih baik.
“Semoga dimurahkan rezeki dan diberikan rezeki yang tak disangka-sangka pada daddy supaya daddy dapat berkongsi rezeki dengan orang lain.
“Semoga yang baik-baik je untuk daddy.
“Walau bukan lagi jadi orang yang pertama tapi akan sentiasa ada NOTA kaki dalam Instagram ni yang akan jadi memori untuk masa tua dan untuk tatapan Our Ameena bila dia dah besar nanti.
Daddy lelaki dan Ayah yang terbaik.
“Pasti Allah akan jaga dan temukan Daddy yang baik-baik juga. Insyallah.
Ads
“Dont be sad but Enjoy your day with your loved one.
“H A P P Y B I R T H D A Y, DADDY AMEENA SOFIA @fiziali_” luah Shakilla.
“Shakilla Perempuan Yang Sangat Kuat” Warganet
Rata-rata menerusi perkongsian hantaran di Instagram ramai warganet yang begitu kagum dengan semangat yang ada pada Shakilla.
Jadi mak-mak memang risau bila anak tak nak makan nasi yang menjadi salah satu sumber karbohidrat ni. Walaupun macam-macam dah masak lauk untuk pancing selera anak makan, tetap tak nak juga. Macam mana badan nak naik dan membesar dengan sihat. Buat mak-mak yang hadapi masalah sama macam ni, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Ana Zana Anazana ini. Nasi diolah menjadi nugget, pasti anak suka dan tertarik untuk makan.Malah kalau nasi tak habis pun, selain buat nasi goreng boleh juga buat resipi ini.
Berikut antara perkongsian resipi oleh beliau;
Anak langsung tak nak makan nasi macam-macam dah mama ni masak tetap tak nak makan,hari ni buat macam ni Alhamdulillah selera makan.
Nugget Nasi
Bahan-Bahan:
200gram Isi ayam
1 biji telur
5 ulas bawang putih
1 mangkuk nasi
sedikit minyak masak
Kiub perasa ayam tanpa MSG (pilihan) boleh gantikan dengan serbuk ikan bilis yang dibuat sendiri.
Cara Membuat:
1. Kisar kesemua bahan-bahan tersebut dan masukkan sedikit minyak masak.
2.Setelah hancur, masukkan kedalam loyang dan kukus selama 30 minit.
3.Setelah sejuk, potongkan adunan tersebut berbentuk kiub/ ikut pilihan bentuk yang suka.
4.Celupkan dengan telur dan boleh digoreng sehingga warna keperangan.
Siap!
Selamat mencuba, semoga bermanfaat.Mak-mak tak perlu risau anak tak makan nasi lagi. Boleh cuba resipi ini.
Intan Najwa minta doakan jodoh yang baik buat dirinya. Pelakon berbadan kecil molek, Intan Najwa sewaktu ditemui ketika menghadiri Majlis Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 dan Raya 2023 baru-baru ini memohon agar mendoakan jodoh yang baik buat dirinya.
Jawapan tersebut diberikan oleh Najwa ketika ditanya tentang dakwaan kononnya pelakon tersebut sudah mengikat tali pertunangan dengan individu bergelar Datuk.
Intan Najwa Minta Doakan Jodoh Yang Baik Buat Dirinya
Dengan nada yang cukup tenang, Intan yang bijak berbicara akui belum bersedia untuk berkongsi hal peribadinya itu.
Namun dia tidak pula menyangkal tentang hal tersebut dan akui kini dalam fasa bahagia dan akan berkongsi dengan semua pihak sekiranya ada khabar gembira.
“Ya! Saya dalam fasa bahagia. Buat masa ini saya belum bersedia untuk bercerita mengenai hal peribadi, belum masanya.
“Nanti Insya Allah kalau sudah ada masa yang betul dan sudah bersedia saya akan kongsi.
“Minta maaf sangat, tolong doakan jodoh yang baik untuk saya. Sekarang ini saya tak mau berikan pengesahan atau pun apa-apa kenyataan.
“Tunggulah nanti. Bila sedia, saya sendiri yang akan kongsi,” ungkap Najwa.
Tidak Pernah Serik Mengejar Bahagia
Untuk rekod, sebelum ini Intan pernah mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli pada Ogos 2019 namun hubungan mereka tidak bertahan lama sebelum memutuskan hubungan ekoran sudah tiada persefahaman.
Walau pernah putus tunang, namun Intan anggap perkara itu sebagai satu pengajaran tidak terlalu terbuka dalam berkongsi hal peribadi kepada umum.
“Itu semua adalah pengalaman, disebabkan itu sekarang saya merasakan saya kena jaga privasi saya.
“Ia adalah salah satu cara saya untuk mengelak orang mengatakan perkara yang tidak baik mengenai saya, keluarga dan orang sekeliling.
“Jadi apa yang saya boleh kongsi sekarang ini adalah mengenai karier ataupun perniagaan. Kalau mengenai peribadi, saya minta maaf sangat.
“Orang nak bercakap apa pun terpulanglah, saya tak boleh nak sekat atau cakap apa-apa.
“Masing-masing ada cara dan pendapat sendiri, saya tak marah, yang positif saya terima.
“Sebab sebagai public figure, saya kena terima apa sahaja komen dari orang luar,” katanya yang mahu memberi fokus kepada lakonan dan perniagaan.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jangan pandang sebelah mata ya, nak buat sambal pun kena tahu rahsianya! Barulah rasa ‘ummpphh’ dan tak cepat basi. Dan lagi menarik, Puan Rahila Laila dedah tip macam mana nak pilih bawang tertentu buat sambal cili.
Nah, jemput godek resepi sambal daripada wanita yang pernah berniaga ini…
Sambal Cili Power
Muncul lagi sambal versi arwah mak saya, tak pernah tukar pada yang lain. Dulu buat berniaga, alhmdulillah tak pernah mengecewakan. Kalau nak cuba, silakan renyah tapi in sya Allah berbaloi. Nak hasil sedap memang kena susah dulu, halal dunia akhirat.
Bawang besar (lagi banyak lagi sedap)
Belacan
Kisar kasar dengan air mineral, tapis dan ketepikan air bawangnya. Boleh tengok hasil digambar.
Banyaknya air, sebab tu kita tapis. Air bawang ni guna sikit atau banyak terpulang pada citarasa yang nak bau bawang banyak mana. Akak guna bawang besar yang merah bukan bawang yang Oren tu ya sebab yang tu cepat basi. Memang manis tapi kalau nak masak kuantiti sikit boleh je guna bawang Oren tu.
Cili kering (gunting, rendam air panas, tos)
Ikan bilis
Kisar cili Kering sampai lumat dengan air mineral baru masukkan ikan bilis dan kisar kasar.
Kiub ikan bilis
Garam
Gula perang
Gula batu tumbuk (sambal berkilat)
Buah keras tumbuk jangan halus sangat
Daun pandan
Kismis
Panaskan minyak, mula-mula masukkan daun pandan dulu bagi harum dan baru masukkan bawang yang dah ditapis tadi. Tumis bawang sampai garing sikit baru masukkan cili, terpulang pada pedas yang kita nak. Macam akak 10 biji bawang besar, akak guna cili 3 senduk. Kalau tak nak pedas, akak blend cili dengan lada basah merah ini semua ikut selera masing-masing. No problem.
Masukkn kiub ikan bilis dan buah keras, tuang air bawang sikit. Kacau smpai cili masak baru masukkan kismis (akak letak 1/4 cawan) guna api kecik sepanjang masa yea. Memang lambat, jadi kena sabar.
Biar sambal sampai kering, tambah garam dan gula perang dan gula batu, sebatikan. Biar lagi sampai sambal kering macam yang kita suka, sesuaikan rasa.
Boleh padam api, biar sebentar sampai terpisah minyak dan sambal asingkan minyaknya dan siap!
Lagi sedap makan esok hari, lagi lama lagi yummy! Akak masak sambal ni dengan api kecik selalunya dalam sejam ke atas tengok pada kuantiti sambal. Api memang kecil, nak cepat?
Boleh je, nanti rasa smokey tak sedap bagi tekak akak yang tua ni.
Renyah kan? Ini versi ku, try dulu baru komen ya.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!