Housemate dari neraka. Baru duduk 2 minggu bilik penuh sampah tambah perangai pun buruk. Bila bercakap soal rumah sewa, ada berbagai ragam penyewa. Dapat penyewa yang baik, berbelas tahun tinggal di rumah yang sama. Dapat penyewa yang pengotor, habis rosak barang keperluan rumah.
Tidak hanya soal rumah sewa tapi bagi yang mencari rakan sebilik juga pasti pernah berhadapan dengan ragam manusia. Kalau dapat pembersih orangnya, selesalah tinggal bersama. Tapi kalau tidak, umpama duduk di dalam neraka.
Ingat lagi, suatu masa dahulu tentang sikap pengotor gadis-gadis yang tinggal menyewa.
Keadaan rumah umpama tongkang pecah, bekas makanan bersepah sana sini, sinki berkulat dan lain lagi. Tapi paling tak boleh diterima akal bila kelaur dating, masing-masing dress up mengalahkan supermodel.
Sebenarnya perangai pembersih atau tidak ini bergantung kepada individu itu sendiri. Ada sedari kecil dilatih mengemas bilik sendiri, gosok pakaian sendiri, basuh pinggan mangkuk sendiri, diajar memasak serta lain-lain lagi.
Bila keluar menyewa, sifat-sifat inilah dibawa bersama dan ia pasti memberi keselesaan kepada rakan sebilik.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Sudahlah Tidak Bayar Sewa Enam Bulan, Penyewa Dari Neraka Tinggalkan Lautan Sampah, Najis
‘Hauk’ Sangat Perangai, TRAUMA Pemilik Rumah SEWAKAN Premis Pada Pelajar!
Sengsara Cari Rumah Sewa Di Shah Alam, Bukan Semua Pelajar UiTM Mampu Bayar Deposit RM9000
Tapi bagaimana kalau dapat housemate pengotor? Dikongsi dari Tik Tok @fredauuuuusssssss dirinya berkongsi sikap pengotor housemate. Menjijikkan walau baru dua ke tiga minggu duduk menyewa, bekas makanan ditinggalkan begitu saja.
Bjlik pun penuh sampah sarap dan bilik pun bau macam tong sampah.
Lebih buruk makanan dalam peti ais dibuang macam makanan sendiri. Nak makan tak minta izin pun sebaliknya terus rembat. Paling geli dan tak boleh brain, housematenya suka kencing dalam sinki. Betul-betul pengotor sampai dia perlu menampal nota agar jangan kencing di dalam sinki.
Tak tahan dengan semua perangai itu, dirinya terus menghalau housematenya. Hatinya lebih senang duduk sendiri dari mempunyai rakan penyewa begini.
Beginilah ragam yang kadang kala buat ramai serik nak ada housemate kerana adakalanya menyewa seorang diri lebih selesa.