Makan

Hotel Royale Chulan Seremban Tawar Masakan Cina Serendah RM10, Berbaloi Makan Tanpa Perlu Menginap

Share

Hotel Royale Chulan Seremban tawar masakan Cina rendah RM10, berbaloi makan tanpa perlu menginap. Ramai yang suka dengan hidangan masakan Cina. Tak menggunakan terlalu banyak rempah ratus seperti masakan Melayu, masakan simple tapi sedap mampu mengecurkan air liur.

Terkini, bagi peminat masakan Cina, Han Pi Yuen Chinese Restaurant di Royale Chulan  Seremban memperkenalkan hidangan  Cina asli dengan sentuhan tempatan pada harga serendah RM10 membawa ke RM150 bagi satu hidangan.

Suasana damai dan rilek bila makan-makan di sini. Harga pun munasabah sangat.

Royale Chulan Hotel Seremban Tawar Makanan Chinese Food Serendah RM10

Memang tak masuk akal nak jumpa semurah tu tambah makan di hotel. Tapi inilah keistimewaan yang tak ramai tahu. Mana nak dapat makanan semurah RM10, makan pula di hotel dengan suasana yang tidak membingitkan seperti di jalanan.

Dikelilingi  keindahan alam semula jadi, Han Pi Yuen menjanjikan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan dalam suasana yang damai.

Boleh ke nak pergi terus ke Chinese restaurant ni atau perlu book dulu? Kena menginap di hotel ke bagaimana?

Korang boleh saja walk in, tak perlu menginap pun. Tapi kalau nak menginap pun, harga bilik di Royal Chulan Seremban ini mampu milik.

Mulai sekarang sehingga 30 Ogos 2024, Royale Chulan Seremban menawarkan pakej “Mid Year Stay Deals’ di mana setiap bilik ditempah, set lunch atau set dinner makan di Han Pi Yuen termasuk sekali untuk 2 orang, Bilik sah untuk 2 orang termasuk makan pagi di Asiatique dan kesemua ini adalah RM330 bersih sahaja. Wow, sangat menarik tawarannya.

Boleh makan malam atau tengahari di sini. Walk in saja, mudah sangat. Tak bermalam pun tak apa tapi kalau nak menginap ada diskaun kaw-kaw sekarang di hotel

Nikmati Hidangan Cina Asli Di Royale Chulan Seremban

Berbalik ke Han Pi Yuen restaurant ini, sampai saja di hotel boleh naik ke tingkat Mezanin hotel. Dah jumpa dah. Mudah sangat. Kalau datang ramai-ramai bolehlah hubungi dulu tapi boleh juga walk in.

Restoran ini dibuka setiap hari (kecuali hari Isnin) untuk makan tengah hari dari 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang dan makan malam dari 6.30 petang hingga 10.00 malam.

Setiap hari Ahad, restoran ini dibuka seawal 10.30 pagi hingga 2.30 petang dan waktu makan malam tetap sama. Senangkan. Waktu pun fleksibel.

Apa yang boleh dimakan di sini :-

Pilihan A La Carte: Menu terpilih yang menampilkan spektrum hidangan Cina asli, kena dengan selera ramai. Antara hidangan yang mesti cuba termasuk Chicken Chop dengan Sos Mangga, Itik Salai dengan Cili Kering dan Bawang, Daging Lembu Goreng dengan Halia dan Bawang, Asparagus dengan Sambal.

Kailan Goreng dengan Ikan Bilis, Udang dengan Telur Masin dan Nestum, Ikan Kod dengan Kari Nyonya, Sotong Goreng dengan Kacang Hitam dan banyak lagi.

Akhiri pengalaman makan korang dengan pencuci mulut yang lazat seperti Aloe Vera dengan Gula Kwai Fa, Sago Pomelo dengan Ais Krim, Sago Mangga dengan Ais Krim, Wafel Pisang yang dihidangkan dengan Kacang Hitam dan Pancake Gaya Cina. Harga bermula dari RM10.00 hingga RM150.00 sepinggan.

Set Menu Bento Dim Sum:

Pilihan dim sum yang lazat didatangkan dalam 3 set berbeza.

 Set Bento Bambu berharga RM38.00 nett per set untuk 1 orang. Set ini termasuk Wanton Goreng, Gulungan Tauhu, Dumpling Keladi, Chee Cheong Fun Ayam, Dumpling Gaya Hong Kong, Dumpling Otak-otak, Dumpling Abalone dan Dumpling Telur Pitan.

Set Bento Zen berharga RM48.00 nett per set untuk 1 orang. Set ini termasuk Pau Ayam Bakar, Sup Dumpling, Wanton Goreng, Gulungan Tahu, Dumpling Keladi, Dumpling Gaya Hong Kong, Dumpling Otak-otak, Dumpling Abalone dan Dumpling Telur Pitan.

 Set Bento Phoenix berharga RM68.00 nett per set untuk 2 orang. Set ini termasuk Sup Dumpling, Chee Cheong Fun Udang, Wanton Goreng, Gulungan Tauhu, Dumpling Telur Masin, Salad Udang, Chee Cheong Fun Ayam, Dumpling Phoenix, Dumpling Otak-otak, Dumpling Abalone, Dumpling Ketam Salji, Dumpling Kucai, Pau Ayam Bakar, Pau Lava, Sayap Ayam Kukus dan Kaki Ayam Gaya Dim Sum.

Set Makan Tengah Hari dan Malam: Pengalaman gastronomi dengan set makan tengah hari dan malam yang disediakan untuk pengunjung biasa dan pencinta makanan. Setiap set berharga RM30 nett per set untuk satu orang dan RM60 nett per set untuk 2 orang. Dengan pilihan 6 hidangan dan 3 menu set, pengunjung boleh memilih menu set mana yang mereka sukai:

Set A: Dihidangkan dengan Ayam Masam Manis, Tauhu Atas Hot Plate, Telur Dadar Gaya Cina, Sayur Goreng, Nasi Putih, buah tempatan dan Teh Cina.

Inilah set lunch atau makan malam bermula pada set RM30 bagi seorang dan RM60 bersih bagi dua orang. Bolehlah makan-makan sambil bercerita macam-macam kisah.

Set B: Dihidangkan dengan Ayam Kung Pao dengan Kacang Gajus, Claypot Seafood dengan Tauhu, Telur Hancur Gaya Cina, Sayur Goreng, Nasi Putih, buah tempatan dan Teh Cina.

Set C: Dihidangkan dengan Filet Ikan Masam Manis, Tauhu Mapo Gaya Szechuan, Telur Rebus dengan Kacang Hitam, Sayur Goreng, Nasi Putih, buah tempatan dan Teh Cina.

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi 06-766 6666 atau melalui WhatsApp di 016 9209891 atau email fbdept.rcs@royalechulan.com.

Nikmati pengalaman makan yang mengasyikkan di Han Pi Yuen, di mana tradisi bertemu dengan inovasi dan setiap hidangan adalah karya seni yang memanjakan deria rasa anda.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Saya turunkan ego saya…

Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.

Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.

Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.

Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros