HORMATI PERASAAN Anak, Anak Juga Akan Turut Belajar Menghormati Diri Kita. K-drama Dr Cha yang memulakan tayangan di Netflix bermula pertengahan April lalu sebanyak 16 episod dan baru sahaja tamat kisahnya baru-baru ini.Banyak pengajaran yang dikongsikan peranan sebagai wanita, isteri dan ibu dalam drama bersiri ini.
Antara ‘scene’ yang cukup menyentuh hati dan terkesan ialah ketika Dr Cha berjumpa dengan anak luar nikah suaminya sendiri. Cukup matang meletakkan rasional dan utamakan perasaan. Secara tidak langsung ia juga memberi panduan untuk anak remaja dalam menangani masalah yang melibatkan mak ayah mahupun orang dewasa.
Baca ulasan dan perkongsian menarik daripada Puan Nazia Suhaimiini sebagai rujukan;
Tadi Dr Rozanizam Zakaria up status. Ada remaja tanya
“Macam mana saya nak handle stres disebabkan ibu bapa bergaduh di rumah?”. Kalau tuan puan nak jawab apa?
Sebelum saya bagi jawapan, sebenarnya saya teringat bibit-bibit drama Dr. Cha.
Bila Dr. Cha tahu suami dia ada skandal sampai dapat anak (sebaya dengan anak remaja perempuannya) dia memang sedih yang amat. Sampai terduduk menangis dekat tangga hospital.
Sebab remaja tersebut sebenarnya kawan baik anaknya sendiri. Mereka pernah bertentang mata dan makan semeja sebelum Dr. Cha tahu hal sebenar.
Ini bagusnya Dr. Cha, dia seorang wanita yang berpelajaran. Dia meletakkan rasional dan utamakan perasaan.
Ads
Berbual Dari Hati
Apa Dr. Cha buat?
Dia ajak anak remaja dia keluar makan. Mereka berbual dari hati ke hati. Bonding yang rapat tercipta sejak kecil buatkan Dr. Cha mudah untuk merapati anak remajanya.
Dan surprisingly, Dr. Cha kata dia minta maaf sebab anak remaja dia terbeban dengan isu ayah dia ada perempuan simpanan dan anak luar nikah.
Dia tak minta semua ni terjadi dan Dr. Cha minta supaya anak dia tak fikir pasal hal-hal orang dewasa. Dr. Cha mahu anak dia fokus belajar dan masuk universiti.
Hormat Perasaan Anak
Walaupun ini sekadar drama Korea, nilai yang saya nampak disini ialah BILA KITA MENGHORMATI PERASAAN ANAK, anak juga akan turut belajar menghormati diri kita.
Selepas berada dalam hubungan yang caca-marba, akhirnya anak Dr. Cha sendiri minta ibu dia buat keputusan. Kalau bercerai pun tak kisah sebab dah tak sanggup tengok ibu dia sedih gini.
Ads
Sebelum habis episod, Dr. Cha terserempak dengan anak luar nikah suami dia (dalam gambar ni).
Dia kata, minta maaf sebab remaja macam kamu terpaksa hadap hal orang dewasa seperti ini. Dan Dr. Cha minta dia maafkan dan hormat ibunya walaupun tindakan ibu dia salah. Menangis member dibuatnya.
Tak Perlu Fikir Hal Orang Dewasa
Berbalik pada persoalan Dr. Nizam tadi, pesan saya buat adik-adik remaja yang selalu berhadapan pergaduhan ibu ayah, tak perlu fikir tentang hal orang dewasa.
Kamu masih sangat muda. Utamakan keseronokan belajar dan berkawan. Sukses akademi atau sukan. Enjoy the journey dan capai kejayaan.
Dunia remaja sekejap cuma.
Ads
Hal dewasa sangat merumitkan. Jangan bebankan diri fikir bukan-bukan. Cari kawan yang betul buat teman. Jumpa kaunselor jika itu yang diperlukan. Cari lorong yang betul untuk sokongan. Ramai sebenarnya sedia hulur bantuan.
Fuhh.
Nampaknya, kena tonton lebih banyak K-Drama gamaknya. Baru ada point nak tulis panjang-panjang dekat Facebook
Waktu hamil ibu bukan saja perlu jaga makan. Emosi dan kerohanian juga perlu dipertingkatkan agar bayi yang dikandungkan boleh membesar dalam perut dengan tenang dan sihat emosinya. Pesanan yang dikongsikan oleh Puan Tohirah Sufi, Pengasas Rumah Anak Yatim & Miskin Dynasti ini boleh dijadikan panduan buat ibu yang sedang hamil.
Ada jiran datang nak hantar anak tuisyen di rumah saya. Dan dia tanya, waktu mengajar baby tak meragam ke. Saya kata kalau meragam-ragam kecil tu biasalah nak susu. Tapi Alhamdulillah tak terganggu saya nak mengajar. Jiran tanya, saya amalkan apa semasa mengandung.
6 Tip Yang Diamalkan Ketika Mengandung/Selepas Melahirkan/Sepanjang Membesarkan Anak
1. Amal Bacaan Ruqyah
Dari sebelum mengandung amalkan bacaan Ruqyah (semasa mengandung lagi perlu baca, moga Allah lindungi kandungan)
2. Zikir Nama Allah
Ya Badi’ Ya Jamil (Semoga Allah anugerahkan kecantikan dan keindahan anak).
Ya Latiff Ya Nur Ya Hadi (Semoga Allah memberi cahaya keimanan, petunjukNya dan kelembutan).
Ya Kholiq Ya Bari’ Ya Musowwir (Allah Yang Maha Pencipta dan membentuk rupa)
Ya Halim Ya Hamid (Semoga Allah menjadikn anak seorang yang penyantun dan memiliki sifat baik dan terpuji)
Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Salam (Moga Allah jaga, amankan dan sejahterakan anak)
3.Selepas Dilahirkan
Dalam masa yang sama, anak yang dah lahir, setiap kali kita mandikan, pakaikan pakaian, susukan, bacalah:
Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma faqqiha fid din, wa’alimha fit takwil (untuk anak perempuan). Maknanya: Ya Allah, jadikanlah anakku seorang yang faqih dalam agama dan seorang yang bijak dalam ilmu takwil. Aameen..
4. Sambil Usap Rambut Dan Kepala, Bacalah
Sambil-sambil usap rambut dan kepala anak, baca juga surah Al Fatihah, surah Toha, Al Insyirah untuk anak lembut hatinya.
5. Bacakan Doa Ketenangan
Bacakan juga surah Yassin untuk ketenangannya, surah al Nahl (anak yang berdisiplin), At Taubah, Yusof, Al Luqman. Moga jiwa anak terpelihara, cantik akhlak dan mendengar kata.
6. Meriahkan Susu Ibu Dengan Surah Al Hujurat
InshaAllah, meriahkan susu ibu dengan amalan surah al Hujurat.
Sedikit perkongsian dari hamba Allah yang kerdil. Semoga dimanfaatkan bersama.
Keputusan ujian peperiksaan UPSR baru sahaja diumumkan. Ada anak yang mendapat keputusan cemerlang dan ada yang mendapat keputusan sebaliknya. Buat mak ayah, usahlah kecewa tak kiralah apa pun keputusan yang anak perolehi, berapa A pun yang anak dapat, hargailah kerana itu adalah hasil usaha mereka.
Perjalanan ‘kehidupan’ anak-anak ini, masih jauh. Anak yang kurang cemerlang dalam akademik, tak semestinya corot dalam sahsiah akhlaknya. Paling penting mak ayah jangan putus berdoa agar anak-anak berjaya baik di dunia dan akhirat.
Tadi aku solat maghrib kat sebuah stesyen minyak. Sorang-sorang. Masuk rakaat kedua ada suara perlahan baca Allahuakbar jadikan aku imam. Habis sembahyang aku tengok rupanya sorang budak mungkin tingkatan 1 atau tingkatan 2 sembahyang belakang aku.
Lepas tu aku duduk kat kerusi luar pakai kasut. Tengah-tengah pakai kasut budak yang jadi makmum datang kat aku. Dia kata best la abang jadi imam, lepas tu dia salam aku.
Tiba-tiba dia hulur kacang rebus kat aku. Rupanya dia kata dia jual kacang rebus kat kedai makan kat kawasan situ.
‘Bang ambillah’ dia kata. Aku tanya ‘berapa ringgit dik?
Dia kata ‘takpe bang hari ni saya belanja sebab saya happy sangat, adik saya dapat 3A UPSR, jadi saya nak bagi kat abang sebungkus la..Alhamdulillah bang..’sambil tersenyum. Lepas tu dia hilang dengan bakul merah dia.
Allah, Allah. Aku belajar sesuatu malam ni.
Ada anak yang dilahirkan pandai. Ramai mak ayah suka kerana akademiknya pandai.
Ada anak yang dilahirkan biasa-biasa, akademik biasa-biasa tapi rajin solat, rajin baca Al-Quran, rajin doakan mak ayah dunia dan akhirat.
Setiap anak ada level mereka masing-masing.
Berapapun A yang mereka dapat, hargailah kerana itu adalah usaha mereka. Peluk mereka, senyum pada mereka, bagi kata-kata semangat pada mereka. Insyaallah, satu hari nanti bila mereka matang, mereka inilah yang akan jadi anak yang membahagiakan kita, dunia dan akhirat. Percayalah.
Semoga bermanfaat.
MW: Ada benarnya. Tak kiralah berapa pun jumlah A yang anak dapat, hargailah usaha dan penat lelah mereka. Kurang cemerlang dalam bidang akademik, tidak semestinya corot dalam akhlak sahsiah mereka. Setiap anak adalah permata yang berharga, ada nilainya yang tersendiri.
Memang dah banyak sangat kes anak masuk barang mainan kecil dalam mulut, telinga dan hidung. Sepatutnya sebagai mak ayah, anda kena peka dan bijak memilih mainan yang berkualiti yang boleh membantu meningkatkan pemikiran kreatif dan imaginasi anak-anak. Tetapi jangan pula sampai mengundang masalah!
Jadi untuk mengelakkan daripada berlaku kejadian pelik-pelik, mak ayah boleh rujuk perkongsian Dr Ezairy M.Sallih ini…
Bahaya alat mainan kecil kepada anak-anak!
Kenapa Doktor ini menulis tentang bahaya alat-alat serta barang permainan kecil kepada anak-anak kita? Apa bahayanya kepada mereka?
Sebagai doktor yang bertugas di bidang telinga, hidung dan tekak, memang banyak kes-kes seperti ini yang Doktor terpaksa hadapi. Kes bayi termasuk alat mainan di telinga bukanlah suatu yang jarang untuk ditemui. Banyak sebenarnya.
Bukan itu sahaja, bahkan alat permainan seperti ini juga boleh termasuk ke rongga seperti hidung. Perkara seperti inilah sebenarnya yang paling perlu ditakuti. Mengapa?
Apabila objek masuk ke rongga hidung, ia amat berisiko untuk tersedut dan seterusnya masuk saluran pernafasan. Apa yang lebih merisaukan ialah ia juga boleh sampai ke paru-paru. Nyawa pesakit boleh terancam!
Adakah setakat itu sahaja? Haa… Objek seperti duit syiling dan bateri juga perlu diberi perhatian. Bukanlah suatu perkara yang jarang ditemui di kalangan anak-anak yang dirujuk ke hospital kerana tertelan duit syiling. Dan Ia bukanlah suatu tugasan yang mudah untuk ditangani dan dirawat.
Pesakit perlu ‘ditidur dan dibius’ bagi melalui prosedur di bilik bedah, semata-mata untuk mengeluarkan objek yang tertelan!
Sebagai ibu bapa yang prihatin, tolonglah pesan dan beritahu anak-anak berulang kali. “Kalau jumpa duit syiling, kalau jumpa barang-barang kecil, beri kepada ayah dan ibu.” Pesan selalu kepada mereka, InshaaAllah mereka akan terbiasa. Nampak macam perkara remeh bukan, tetapi ini amat penting untuk ‘dibudayakan’ dalam institusi keluarga di rumah kita.
Langkah bijak dan perlu untuk ibu bapa :
✅ Sentiasa letakkan duit syling di suatu bekas khas yang tidak dapat dicapai oleh anak. Atas meja atau dalam almari contohnya.
✅ Berhati-hati dalam membeli alatan permainan untuk anak-anak. Elakkan terlalu kecil yang berisiko untuk masuk ke rongga hidung, telinga dan hidung.
✅ Perhatikan pergerakan anak terutama ketika bermain-main di dalam rumah bersama alatan permainan. Anak kecil memang cenderung untuk masukkan apa-apa objek ke dalam mulut.
✅ Elak letak bateri-bateri kecil merata-rata, terutama bersaiz kecil seperti bateri jam. Sangat bahaya jika ia masuk ke rongga hidung atau tertelan!
✅ Hati-hati bagi ibu yang memakai tudung ‘berbatu-batu’ yang cantik itu. Kadang kala ia tertcabut tanpa disedari dan diambil oleh anak kecil.
Semoga pesanan kali ini mampu memberi kesedaran buat kita semua. Sama-sama kita berpesan… marilah kita saling beringat. Anda dijemput untuk kongsi tulisan ini jika anda rasa ia amat berharga.
Selamat beramal!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...