
Isi Kandungan
ToggleApabila anak mula dijangkiti selesema dan batuk, kita sebagai mak pasti risau dengan tahap kesihatan dan keadaan anak.Jika boleh segala cara nak dilakukan demi anak tersayang, asalkan mereka cepat sembuh dan kembali aktif seperti biasa.
Melalui perkongsian Anja Azura,beliau berkongsi cara semulajadi membuat ‘honey patch’ untuk mengatasi masalah anak yang menghidapi batuk dan selsema.Menurut beliau, cara ini sesuai untuk peringkat bayi mahupun kanak-kanak.
Berikut perkongsian beliau;
Bahan-Bahan:
2 sudu Tepung gandum yang telah diayak
1 sudu besar Madu asli
1 sudu kecil Minyak zaitun atau minyak kelapa dara
1 helai Kain lampin yang dipotong kecil
Pita pelekat
Cara Membuat:
1.Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
2.Campurkan tepung gandum dengan sesudu madu dan sedikit minyak zaitun/kelapa dara.
3.Gaul sebati sehingga adunan tidak melekat pada tangan. Namun, jika melekat boleh tambahkan lagi madu mengikut kesesuaian.
4.Setelah adunan sebati, bulatkan dan letak diatas kain napkin yang telah dipotong segiempat kecil.
5.Ambil sehelai lagi kain napkin dah tutup sebatian adunan tadi.
6.Lekatkan pada bahagian belakang badan dengan pita pelekat.
Siap! Selamat mencuba.

Info Ekstra!
AMARAN! Jangan lekatkan dibahagian jantung dan berdekatan jantung.
Pakai sebelum waktu tidur malam dan dibiarkan sehingga 3-8jam.
Bagi anak yang batuk berkahak bila buka dan pecahkan adunan, akan ada lendir dalam adunan tersebut.
Sumber: Anja Azura
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak BAWAH Tujuh Tahun Perangainya LAIN Macam, Kelak Sikap Itulah DIRINDUI

Isi Kandungan
ToggleAnak berusia 2 hingga tujuh tahun memang lain macam perangainya. Mak, ayah ada anak umur dua hingga tujuh tahun? Macam mana perangai mereka, menguji kesabaran bukan?
Mula-mula minta makan nasi, bila disua pinggan, mahu disuap pula. Bila mak,ayah tak nak suap, dia mengamuk lalu terbalikkan pinggan. Memang panaslah hati, memang marahlah habuannya.
Sebenarnya itulah sifat mereka dalam usia ini untuk melindungi diri mereka. Walaupun menguji kesabaran tetapi ia bermakna anak mak,ayah menjadi anak-anak yang normal dan suatu hari kelak sikap mereka ini akan sangat dirindui mak,ayah.
Ikuti perkongsian Dr Taufiq Razif ini dan hadam baik-baik.
Kenapa nak marah anak sangat?
Memang anak umur bawah 7 tahun ini sangat Egocentric 😡
– Dia tak suka berkongsi
– Asyik nak menang
– Tak suka mengalah
– Susah dengar kata
– Nak ikut cakap dia saja
Penangannya Lain Macam
Memang anak yang tengah Egocentric ini dia punya penangan lain macam. Biasanya perangai ni muncul di umur 2 tahun. Masa umur inilah mak-mak dah mula,
– Stres
– Kepenatan
– Tak cukup tidur
– Emosi turun naik
Tetapi tahu tak sifat Egocentric anak ini sebenarnya,
– Baik untuk dia
– Fitrah seorang anak
– Dicipta khas untuk anak-anak
Baca Juga Di Sini:
Anak Cepat Meragam Sebab Tak Faham Lagi. Mak Jangan Terikut Mengamuk Sama
Kalau Tetiba Rasa Nak Mengamuk Pada Anak, Mak-mak Boleh Guna Teknik 4-7-8 Ini
Info Lebih Menarik, Klik Saja Di Sini.
Kenapa Anak Kita Lain Macam?
– Kerana untuk melindungi anak kita sendiri!
Daripada siapa?
– Daripada mak ayahnya sendiri
Biar betul 😱
Yaaa. Bayangkan tanpa sifat Egocentric ni :
– Anak-anak akan jadi patuh pada semua arahan
– Bila kita suruh diam anak akan diam
– Bila kita suruh anak berhenti bermain dia akan berhenti bermain
– Bila kita suruh anak senyap, dia berhenti bercakap

Bila anak-anak ikut kita sangat maka perkembangan anak kita akan ROSAK 😫
Untuk otak anak berkembang sempurna, anak kita perlu :
– Berlari
– Memanjat
– Melompat
– Bercakap
– Menangis
– Eksperimen sini, sana
– Explore sini, sana
Maka bersabarlah sedikit wahai mak-mak semua. Akan sampai masanya anak-anak kita semua akan,
– Berhenti memanjat
– Berhenti menangis
– Berhenti bergaduh
– Berhenti bising
Masa tu barulah kita tahu bahawa perangai anak yang membuatkan kita mengucap panjang setiap hari itu rupa-rupanya adalah sifat anak-anak yang kita paling rindu dan ianya juga adalah sifat anak yang paling mereka perlu
Terima kasih. Silakan share jika ianya bermanfaat untuk mak ayah yang lain. Silakan juga klik link ni untuk belajar ilmu parenting percuma setiap hari 👉 t.me/NotaTaufiqRazif
Taufiq Razif
Your Parenting Author
MW: Biar pun sikap anak-anak dalam usia begini menguji kesabaran, cuba bertenang dan gunakan langkah yang betul bagi menegur kesilapannya. Walaupun agak susahm tapi insyallah ianya lebih berkesan.
Sumber: Dr Taufiq Razif
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hebatnya Kuasa Panggilan ‘SAYANG’ Dekat Anak Usia 6 Tahun, Ayah Ini Buktikan Dalam Masa Sebulan

Isi Kandungan
TogglePercaya tak dengan satu panggilan yang baik-baik untuk anak kecil, mak ayah akan rasa bahagia dengan kesan panggilan baik lagi manis itu kelak. Inilah bak kata Khairul Hakimin Muhammad, Bapa Viral Kebangsaan yang sedang mendalami pembacaan buku keibu bapaan, ‘Propethic Parenting For Girls’.
Betapa hebatnya kuasa memanggil di hati seseorang. Lalu, dia mencuba mengubah panggilan untuk anak perempuannya, Ain kepada SAYANG. Setiap hari dia memanggil Ain dengan panggilan itu. Selepas sebulan, kesayangannya itu menyedarkannya tentang sesuatu.
Suatu hal yang selama ini tak disedari kerana kesibukannya bekerja. Dan inilah yang membuatnya terpanggil untuk berkongsi dengan para followernya.
Tukar Reward Anak Dengan Panggilan SAYANG
“Sebabkan saya lebih sibuk berbanding orang rumah, anak saya memang banyak melekat dengan mama dia.”
“Nak tidur, nak susu, nak makan, nak tanya tentang kerja mewarna, mengeja dan belajar, semua dengan mama dia. Semua.”
“Saya hanya dapat momen ‘reward’ seperti ajak pergi kedai, pergi taman dan berjalan bersama. Itu pun jika beliau ada mood.”
Baru-baru ini saya terbaca tentang menukar panggilan nama anak-anak kepada perkataan yang penuh dengan cinta dan kasih sayang.
Jadi dalam sebulan ini saya cubalah tukar dari panggil ‘Ain kepada sayang.
Setiap kali dia panggil “abah,” saya jawab “ya sayang.”
Dan ianya berlarutan hingga ke hari ini.
Abah Selalu Tak Ada, Tapi Selalu Cakap SAYANG
Kelmarin, hari lahir beliau. Saya sengaja cakap “‘Ain sayang, ciumlah pipi abah, kan hari ini birthday ‘Ain.”
Lalu dia cakap “‘Abah, ‘Ain baru tahu abah sayang ‘Ain.”
Saya pun pandang muka dia. Dia tersengih-sengih. Budak kecil yang baru masuk 6 tahun ini masih dengan lagak kanak-kanak yang comel.
“Aik, memang abah sayang ‘Ain, ‘Ain kan anak abah.” Saya jawab lagi.
“Itulah. Abah kan sibuk, selalu tak ada. Tapi abah selalu cakap sayang, sayang, ‘Ain jadi rindu dekat abah.”
Saya terdiam. Lalu dia datang ke pipi saya dan cium. Saya membalas dengan ciuman yang sama di pipinya.
Hebatnya Kuasa Memanggil Di Hati Seseorang
Sehingga hari ini saya terfikir hebatnya kuasa memanggil di hati seseorang. Patutlah dalam agama kita pun, memanggil (atau panggilan) mesti (atau wajib) datang dalam bentuk kebaikan atau kesenangan kepada yang dipanggil. Tak boleh sebarang.
Kesannya mendalam. Memberi titik istimewa yang berbekas dalam sebuah hubungan. Lebih lagi ianya dalam bentuk keluarga.

Saya habiskan membaca ‘Propethic Parenting For Girls’ dengan gembira. Sesungguhnya, nak melawan rasa bersalah terhadap ketidakmampuan kepada sesuatu adalah dengan ilmu.
Kadang-kadang, sebab saya terlalu sibuk, saya pulang ke rumah kemudian meluahkan dengan melihat anak tidur. Esoknya beliau bangun, kami bersalam, itu sahaja. Hari ini saya bersyukur dapat belajar sesuatu tentang cara memanggil.
Sungguh, pada zaman ibu ayah kita dahulu, panggilan manja dalam bentuk kasih sayang ini sudah terbiasa. Kita sahaja yang tidak mahu sambung-sambungkan kerana canggihnya nama anak-anak.
Dan paling saya teruja ialah ada beza mendidik yang lelaki dengan perempuan. Supaya kasih sayang yang terluah kepada mereka itu menjadikan mereka ini jejaka dan juga wanita hebat di luar sana.
Kawan-kawan,
Keluarga ini anugerah. Tak dapat kita nak beli di mana-mana pasar atau kedai. Ianya pemberian dari Tuhan. Jaga, simpan, pelihara, didik dan asuh supaya ia kekal jadi hadiah yang diberi baik-baik kepada kita.
Begitulah.
Semoga selepas ini mak ayah akan memanggil anak-anak dengan panggilan yang baik-baik. ‘Sayang’, ‘comel’ ‘manja’.. Ini antara contoh. Selebihnya, terpulang pada mak ayah mahu pilih panggilan yang mana.
Sumber/Foto : Khairul Hakimin Muhammad
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan Tak Nak Cantik, Slim! Cuma Ada Keterbatasan Bila Mak-Mak Utamakan Keluarga

Isi Kandungan
ToggleSememangnya bukan tak nak cantik, tampil slim, cuma akan ada keterbatasan bila mak-mak utamakan keluarga melebihi dirinya.
Begitulah mak-mak, sebelum memenuhi kehendaknya dia penuhi dulu keperluan dan kehendak keluarga terutamanya anak-anak dan suami. Hal berkaitan dengan dirinya jatuh nombor dua dan dianggap tidak penting.
Kongsi Puan Farizal Radzali ini dan khas buat bacaan wanita yang bergelar mak-mak.
Bukan Tak Nak Cantik, Slim!
Mak-mak ini bukannya tak nak cantik, malah bukan tak nak diet, bukan tak nak slim melim macam anak dara. Cuma ada keterbatasan tanpa disedari.
Nak diet. Waktu makan dia tak makan, nak diet kan. Tapi dia tak sedar, masa masak, dia rasa. Tawar pulak, lepas tambah garam, rasa lagi. Eh, sedap pula. Nak-nak pulak kuah laksa atau kuah yang dia suka, mahu semangkuk dia kaut untuk ‘rasa’ saja.
Kalau ada orang lain ambil merasa sesudu saja pun, dia boleh pergi tambah ganti lain lagi sesenduk, untuk rasa saja. Bukan makan.
Masa anak kecil, dia suap makan. Dua suap anak dia, sesuap masuk mulut dia. Memanglah tak banyak tapi dia makan.
Bila anak sudah pandai suap sendiri, kalau nasi anak tak habis, dia sayang sangat. Dia tolong perabih. Susah cari rezeki sekarang ni weh.
Itu dia tak makan betul-betul.
Cuma Ada Keterbatasan Bila Mak-Mak Utamakan Keluarga
Bila sampai bab exercise pulak, dia memang hendak exercise, bukan tak nak. Bangun awal pagi, hendak joging kononnya, tup tup teringat nasi sejuk banyak dalam rice cooker. Goreng nasilah dulu. Lepas goreng nasi, bancuh air, anak dah bangun. Minta itu minta ini, time joging lepas sudahnya.
Berjalan pun satu exercise kan? Tapi kalau nak ikut exercise berjalan kaki ni, rasanya para mak lah yang berjalan paling banyak. Ke dapur, ke bilik sendiri, bilik anak, bilik air, halaman, tengok pokok bunga dia, sidai kain, banyaklah perjalanan mak-mak dalam sehari. Tak cukup berjalan, dia berlari pun ada, bila kejar anak dia, bila kejar kucing ambil ikan dia. Kononnya dah bersenam la tu kan.
Tahu tak, bersenam memang elok untuk badan. Tapi bersenam pun ada syaratnya. Senaman, perlu dengan hati yang tenang, fikiran yang nyaman. Bukan dengan macam-macam dalam kepala, nak masak apa, nak buat itu, nak buat ini. Tenang setenang-tenangnya.
Baca Juga Di Sini :
Mak Pesan, “Pintu Rezeki Luas Bila TAK BERKIRA, Bersedekah Pada Keluarga, Adik Beradik”
Isteri, Nampak Lembut Tapi Dalamannya Cukup LUAR BIASA, Berkorban Demi Keluarga, Hargailah
Selepas Kahwin, Suami Kena PIKUL AMANAH Utamakan Perbelanjaan Isteri Dan Anak Dulu
Utamakan Yang Penting
Bila keluar berjalan-jalan, bukan mak-mak ini tak teringin hendak melawa, pipi blusher, dengan eyeshadow, bibir bak delima merekah, baju match dengan tudung, baju terletak di bahu, dengan brooch cantik berklip dekat tepi bahu. Nak, mereka nak.
Tapi masa mereka habis menyiapkan anak, bukan siapkan diri. Kalau dah bersiap lawa kang pun, dekat tengah jalan, anak hendak beraklah, minum air tumpah la, baby mengamuk habis ditarik semua tudung baju bagai, sampai senget brooch ke mana, apa ke mana dah.
Dia berada di satu tempat di mana dia perlu memilih, kekemasan dirinya atau keselesaan anak-anaknya. Maka dia pilih keselesaan anak-anaknya.
Mak-Mak Perlukan Tenaga Mencukupi
Lagi satu, mak-mak ini kerjanya banyak. Dia perlukan tenaga yang secukupnya untuk buat semua kerja hariannya. Badan setiap orang tak sama. Cara diet paling mudah ialah elakkan makan atau minum bahan bergula.
Tapi ada sejenis orang yang perlukan lebih gula dari orang lain. Kalau kurang gula dalam badannya, dia mudah pening. Jadi, carilah diet cara lain. Jangan ikut cara orang lain, sebab lain badan lain ragamnya. Tak salah mencuba, tapi jika memudaratkan, hentikanlah. Cuba setakat mampu.
Lepas ini akan ada yang kata, nak seribu daya tak nak seribu dalih. Menipulah kalau kata seorang wanita berdalih untuk jadi cantik, sebab itu naluri semulajadi seorang wanita.
Tak Perlu Ikut Cara Orang
Andai kita seorang yang mampu, jangan diperlekehkan pada yang tak mampu. Kita boleh memberinya cara, dia nak ikut atau tak, dia yang tahu sebab dia yang menjaga keluarganya.
Ada yang kata tak kisah keluar tak mekap, pedulilah apa orang nak kata. Mungkin anda seorang yang sudah sedia cantik. Perasaannya tak sama dengan orang yang rasa dirinya tak cantik, walaupun cantik itu adalah sesuatu yang subjektif. Kerana namanya wanita, dia tetap sukakan kecantikan.
Biar Orang Lain Yang Sakit
Wahai mak-mak, jagalah diri kalian. Bak kata mak saya, biar ahli keluarga lain sakit, mak pasti boleh jaga semua. Tapi jangan mak yang sakit sebab tiada siapa boleh jaga semua sebagaimana seorang mak menjaga semuanya.
Saya doakan, moga semua mak-mak di luar sana, sentiasa sihat, dilindungi Allah dalam hidup dan hatinya, sentiasa kuat menangani kehidupan yang makin mencabar dan dianugerahkan kebahagiaan dunia & akhirat. Amin.
Farizal Radzali
Mingguan Wanita : Sesungguhnya besar jasa dan pengorbanan mak-mak dalam membesarkan anak-anak. Semoga syurga balasannya pada setiap penat lelah yang selama ini mak-mak curahkan.
Sumber : Puan Farizal Radzali
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.

Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI