‘Honey Chicken Wings’ atau Kepak Ayam Madu memang ada penggemarnya yang tersendiri. Mudah je buat resipi ni sendiri di rumah. Lebih jimat malah rasanya lebih padu dan sedap apatah lagi jika diperap lama ramuannya. Boleh dibakar dalam oven mahupun gunakan air fryer je.
Bawang putih & halia – tumbuk pakai lesung
Brown sugar
Sos tiram
Sedikit kicap manis
Serbuk cili -taruk sebab nak bagi naik warna dan suka pedas
Honey
Garam
Cara Membuat:
1. Cuci bersih kepak ayam.
2. Campur semua bahan-bahan, gaul sebati dan perap dengan kepak ayam.Perap lagi lama lagi sedap.
3. Bakar dalam oven pun boleh. Yang ni pakai air fryer je.
Ads
Suhu : 170c /15 minit pertama Tambah masa & suhu : 180c/ 5-6 minit
MW: Kalau suka makan kepak ayam, wajib cuba resipi ni. Memang sedap dan rasanya padu apabila bakar dalam air fryer. Malah nak lebih sedap, ramuannya kena perap lama.
Bentuk apam ini bagaikan aiskrim cornetto apabila ia berbentuk kon, mempunyai lapisan berwarna warni dan lapisan coklat pada bahagian atasnya. Petang-petang ni, mak-mak bolehlah sediakan apam yang cantik ini sebagai hidangan minum petang untuk keluarga. Anak-anak mesti suka dengan bentuk menarik dan rasanya yang sedap.
Berikut merupakan resipi oleh Na Lee sebagai rujukan;
Bahan-Bahan:
4 biji telur gred A*
1 sudu ovelete*
1 cawan gula halus (saya guna cawan matrik)*
Sedikit Esen vanila*
3 cawan tepung gandum (diayak)
3/4 cawan air aiskrim soda
Pewarna ikut suka
Coklat masakan (apa-apa brand pun tak apa)
Cara Membuat:
1. Putar bahan-bahan yang bertanda * sehingga gebu dan likat (speed max lebih kurang 7,8 minit).
2.Masukkan tepung gandum berselang seli dengan aiskrim soda.
3.Kemudian bahagikan 3 bahagian dan letak warna kegemaran anda.
4.Masukkan ke dalam piping bag & paipkan ke dalam acuan kon. Paipkan warna satu persatu. Lebih kurang 3/4 kon sahaja sebab nanti lepas masak apam akan naik.
5.Kemudian kukus dengan api sederhana selama 15 minit hingga 20minit (pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu).
6.Sementara itu panaskan coklat masak guna kaedah double boil. Kemudian curahkan coklat masakan diatas apam yang telah masak dan taburkan gula warna/kekacang.
Info Ekstra!
Untuk buat kon boleh gunakan kertas pembungkus nasi dan staplerkan.Kertas dipotong bentuk segitiga & bentukkan jadi kon.
Pastikan apam sejuk dahulu baru boleh letak toping coklat.
Selamat Mencuba!Kongsikan resipi Wajib ini kepada penggemar apam!
Sekali pandang nampak macam kek batik, tapi sebenarnya ia merupakan Puding Biskut Marie yang sedap lagi kaw! Jika selalu kita makan biskut batik, teksturnya keras namun jika buat puding ini rasanya seperti kek batik namun teksturnya lebih lembut!Orang tua mahupun kanak-kanak pun lebih mudah nak makan bila teksturnya lembut.
Mak-mak boleh cuba buat puding biskut marie ini seperti yang dikongsikan oleh Nur Haziqah menerusi group Masak Apa Hari Ni (MAHN);
“Ini bukan kek batik , tapi puding biskut marie.Rasa macam kek batik cuma tekstur puding.Resepi ni saya dapat dari group ni juga ( sorry tak ingat nama ) cuma saya olah ikut citarasa sebab nak dapatkan rasa lebih kaw gituu.”
RESEPI PUDING BISKUT MARIE :
Bahan-Bahan:
Biskut marie original
10gm Serbuk agar-agar (saya guna cap bunga raya)
2 1/2 cawan air
1 cawan Susu Segar / susu cair
1/2 cawan susu pekat (kalau nak manis jadikan 1/4 cawan)
1/2 cawan tepung kastard
1 biji telur
120gm butter (nak guna marjerin pun boleh)
3 sudu besar serbuk koko
12 sudu besar milo
Cara Membuat:
1.Blend susu segar, susu pekat , telur dan tepung kastard sehingga sebati.
2.Bancuh serbuk koko dan milo bersama 1/2 cawan air panas.
3.Masak serbuk agar-agar dengan 2 1/2 cawan air sehingga larut. Kemudian tapis.
4.Masukkan semula adunan agar-agar ke dalam periuk bersama butter dan kacau sehingga butter cair.
5.Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi.
6.Seterusnya masukkan bancuhan serbuk koko + milo dan kacau sehingga pekat dan adunan meletup-letup menggunakan api kecil. Tutup api
7.Gris loyang dengan minyak dan lapik plastik.
8.Tuang adunan puding , nipis saja.
9.Susunkan biskut marie, kemudian tuang lagi adunan puding.
10.Ulang sampai adunan puding habis.
11.Sejukkan baru potong.
Info Ekstra!
Lapik plastik pada dasar loyang sahaja. Keliling loyang tu sapu dengan minyak. Masa nak keluarkan dari loyang sisip tepi dengan pisau lepas tu terbalikkan terus.
Selamat mencuba !
#nuhazkitchen
MW: Mak-mak kena cuba buat puding biskut marie ni di rumah, anak-anak mesti suka, lembut pun iya senang nak makan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rata-rata semua orang suka makan bendi, malah ia menjadi sayuran yang wajib ada untuk masakan kari. Walau bagaimanapun ada juga yang suka goreng bendi untuk gandingkan dengan hidangan lain.
Namun, yang selalu menjadi masalah bila goreng bendi, mesti akan jadi ‘berlendir’. Terus putus selera nak makan bila jadi macam ini.
Ada pelbagai tip dan petua yang diberikan untuk berlendir bila goreng bendi. Mungkin ada yang menjadi dan ada juga yang tetap sama kejadiannya.
Perkongsian daripada Mohd Romzie ini boleh mak-mak jadikan rujukan terutamanya masak goreng bendi. Walaupun nampak simple tapi rasanya mahuy bertambah nasi nanti.
Paling penting Mohd Romzie siap bagi tip untuk pastikan bendi tidak berlendir dan nampak segar walaupun digoreng.
Kali ini, abang kongsikan resipi buat ‘Bendi Goreng Bilis’ yang nampak segar dan tak berlendir.
Ada tipnya bagaimana nak kurangkan lendir bendi bila buat masakan bendi jenis bergoreng macam ni.
Resipi ‘Bendi Goreng Bilis’
Bahan-bahannya:
Bendi
1 keping tauhu putih
Ikan bilis (segenggam)
6 ulas bawang putih
1 biji cili merah
Garam
Cara Membuat:
1. Ini bahan-bahan yang abang telah sediakan.
Segengamikan bilis di cuci bersih.
Tauhu potong dadu.
Bawang putih potong kasar atau diketuk
Cili merah potong serong nipis.
2. 6 TIP Untuk GORENG BENDI Supaya TAK BERLENDIR Semasa Digoreng
a) Basuh bendi dahulu sebelum potong. Untuk kekalkan kesegaran bendi masukkan 1 sudu garam dan rendam sekejap.
b) Toskan dan biarkan kering. Kalau nak cepat, boleh saja keringkan dengan tisu dapur. Jangan di potong lagi bendi tu.
c) Jangan goreng dengan bawang besar untuk elakkan berlendir.
d) Masa nak masukkan bendi dalam kuali baru dipotong. Kalau potong awal buatkan bendi itu berlendir lebih.
e) Masa masukkan bendi dalam kuali, baru dibesarkan api, jadi goreng dalam keadaan api sedikit besar.
f) Jangan dimasukkan sedikit pun air dalam bendi yang di goreng itu sebab bendi tu sendiri akan berlendir. Kalau di tambah air menyebabkan lendir tu makin banyak.
3. Jom kita mulakan memasak. Panas minyak dalam kuali.
4. Masukkan bilis dan goreng sehingga keperangan.
5. Bila ikan bilis dah keperangan masukkan tauhu basah yang dipotong dadu.
6. Apabila tauhu sudah keperangan baru masukkan bawang putih. Tumis sampai bahan-bahan ini garing sedikit. Masa ini masukkan sedikit garam atau perasa. Garam jangan lebih kerana bilis itu dah masin.
7. Masukkan bendi yang dah di potong dan cili merah, baru di besarkan api. Gaul bendi hingga sebati dengan bahan tadi. Terlupa pula abang nak ambil gambar masa masukkan cili merah.
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...