Honda HRV pula rosak selepas dua minggu pakai, 4 bulan kereta di pusat servis masalah belum ditemui. Nampaknya, isu pembuatan kereta yang gagal mengesan kerosakan sekali lagi menghujani media sosial.
Jika sebelum ini Bezza keluaran Perodua yang didakwa gula berada di enjin kereta, kali ini ialah melibatkan jenama Honda pula. Luahan seorang wanita, Noriya Mamat di facebooknya yang sudah empat bulan tertanya-tanya masalah dialami kenderaan baru dibelinya, Honda HRV. Keterujaannya memandu HRV hanya dirasai dua minggu saja dan semasa servis kali pertama 1000 KM, kenderaannya rosak dan masalah itu sudah berlanjutan selama 4 bulan dan masih tidak selesai.
Honda HRV Pula Rosak Selepas 2 Minggu Pakai
Berkongsi masalahnya di media sosial,, Noriya memaklumkan, pada 26 Ogos 2023, selepas 8 bulan menunggu, dia mendapat kereta idamannya, Honda HRV 1.5 Turbo. Ketika itu dirinya sedang mengandung 8 bulan.
Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari. Selepas 2 minggu kereta diguna, pada 23 September 2023, dirinya menghantar kereta ke Pusat Servis #HONDA Gong Badak, Terengganu untuk operasi servis 1000km. Kereta dihantar pada sebelah pagi dan sebelah petang kereta sudah boleh diguna seperti biasa.
Tetapi malangnya, selepas dua hari dibawa keluar dari pusat servis, kereta miliknya mengalami beberapa kerosakan.
“Controller lampu depan tidak boleh dilaras, lampu penunjuk pada dashboard berkelip-kelip selain lampu kecemasan (emergency light) menyala.
“Saya hantar kereta semula ke pusat servis dan seminggu selepas itu kereta boleh diambil.
4 Bulan Kereta Di Pusat Servis Masalah Belum Ditemui
Malangnya, masalah yang sama berulang. Kereta sekali lagi dihantar ke pusat servis. Saya terpaksa berulang-alik ke pusat servis dalam keadaan saya sarat mengandung pada ketika itu,” katanya sambil menambah, pada Oktober 2023, masalah keretanya masih belum diketahui.
Ads
“Pusat servis maklumkan dengan alasan TIDAK DAPAT MENGESAN PUNCA MASALAH KERETA”.
Kecewa dengan apa yang berlaku selepas berbulan hal ini berlanjutan, pada Disember tahun lalu, Pusat Servis #HONDA Gong Badak mengakui masalah masih belum ditemui. Kali ini, pegawai teknikal dari pihak HQ HONDA dikatakan akan datang ke Terengganu untuk melihat masalah kereta saya.
Tambahnya lagi, pada 10 Januari lalu, dirinya dihubungi oleh HONDA HQ dan dimaklumkan bahawa masalah kereta saya tidak dapat diselesaikan.
“Setelah 4 BULAN kereta berada di pusat servis, kali ini mereka maklumkan bahawa kereta akan dibawa ke HONDA HQ Kuala Lumpur untuk dipantau lebih lanjut dan tempoh sebulan untuk mencari penyelesaian.
Ajunya, berapa lama lagi dirinya perlu menunggu?
Ads
“Setiap bulan saya perlu membayar RM1.5K untuk kereta yang tidak saya gunakan.
Mengapa pihak HONDA mengambil masa yang lama untuk kes seperti ini. Di mana khidmat lepas jualan yang terbaik yang dijanjikan HONDA?
“Pernah putus cinta tak sebab suara garau macam lelaki? Jom dengar perkongsian Nazrah, gadis bersuara unik seperti lelaki. Memang sempoi orangnya, happy go lucky sangat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hebat tak hebat wanita ini, Azlina Ina Fans dari seorang peniaga yang berniaga di tepi hutan, kini mampu membina impian memiliki sebuah kereta idaman jenama mewah dan kedai bakeri yang lebih selesa.
Akuinya perjalanan perniagaannya tidak mudah seperti dilihat. Namun usaha yang dibina sejak tahun 2014 telah pun membuahkan hasil.
Dan beliau berkongsi pesanan agar suri rumah jangan pernah berasa rendah diri dengan apa yang ada. Melangkahlah dengan cara sendiri. InsyaAllah ada kejayaan menanti.
Sebagaimana pepatah Arab yang cukup terkenal itu menyatakan ‘Man Jadda Wa Jadda’. Iaitu siapa yang berusaha, mereka itulah yang akan mendapat hasilnya.
Begitulah kisah suri rumah bernama Azlina ini. Dulu, dia cuma menunggang motosikal Honda EX5 saja. Perlahan-lahan dia mampu memiliki kenderaan yang menjadi idamannya.
Malah, di media sosial Azlina mampu mengumpul sehingga lebih sejuta follower yang menggemari perkongsian resipinya.
Hadamkan perkongsian dan pesanannya untuk wanita.
Bermotor Honda EX5, Kini Naik Kereta Idaman
Hari ini (ketika status dimuatnaik pada 3 Mac 2022) hari dimana 8 tahun lepas seorang suri rumah bermodal kan RM50 memulakan perniagaan nya.
Biarlah org lain hebat dengan cara masing-masing, mak bangga dengan diri sendiri sebab melangkah sejauh ini.
Suri rumah semua..
Di atas, gambar itu lah bermula nya kegigihan mak ke mana-mana dengan motor itu. Jangan rasa rendah diri mana tahu kan kalau suatu hari kalian mampu berkereta mewah.
Dulu dari bermotor Honda EX5 sekarang mampu ada kereta idaman.
Dulu dari kedai tepi hutan nak paking pun susah.
Di sinilah bermulanya..
Satu-satunya Bakeri Muslim Di Keliling Kedai Non Muslim
Sekarang mampu ada bakery yang sempurna cantik dan indah dan paling membangga kan bakery mak itu adalah satu-satunya bakery muslim dan di kelilingi semua kedai chinese dan non muslim area tersebut.
Mak berani sahut cabaran aku surirumah yang boleh buka bakery walau dikelilingi majoriti kedai bangsa lain.
Aku boleh.
Mungkin bagi orang lain biasa-biasa tapi bagi mak nak berjaya sejauh ini perlu usaha yang sangat luar biasa. Kerana hanya yang sabar luar biasa, yang rajin luar biasa, yang cekal luar biasa yang boleh berjaya dari bawah. Dari tiada apa-apa menjadi seseorang yang bukan biasa biasa.
Jangan Berhenti Berdoa
Suri rumah semua..
Jika hari ini kita adalah seseorang yang tiada apa-apa. Suri rumah yang menggendong anak setiap masa, jangan berhenti berdoa kita jadi seseorang suatu masa akan datang.
Tapi andai kita orang yang rajin dan cekal, kuat semangat dan ingin maju ke depan. InshaAllah kita semua boleh berjaya. Terus jadi inspirasi kepada suri rumah lain.
Kkhlas dari Mak Ina ( suri rumah anak 4)
Dari tahun 2014-2022
Usia 48 Tahun Shiera Terima Menantu Sulung “Tahniah. Mak Pengantin Berseri-Seri” begitulah antara komen yang diberikan oleh warganet apabila Sharifah Shahirah atau Shiera berkongsi kisah gembira menerusi hantaran foto di Instagram apabila menerima menantu sulung.
Pengacara dan penyampai radio popular itu menerima menantu pertama selepas anak sulungnya, Allisya Tahir,25, selamat diijab kabul dengan lelaki pilihan dikenali Sham semalam.
Usia 48 Tahun Shiera Terima Menantu Sulung
Tuan punya badan juga berkongsi ramai yang pihak terkejut apabila dia sudah menerima menantu di usia 48 tahun selain ada kenalan yang mengalirkan air mata ketika majlis pernikahan berlangsung.
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Shiera bersyukur anak sulungnya, Allisya sudah bernikah.
Untuk rekod Allisya adalah anak Shiera hasil perkongsian hidup pada perkahwinan pertamanya dengan vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt yang berasal dari Singapura.
“Apabila Allisya minta izin untuk berkahwin, saya bersama ahli keluarga membuat persiapan untuk majlis pernikahannya. Tapi sejak semalam ramai yang terkejut apabila saya sudah menerima menantu.
“Saya bersyukur dan seronok apabila majlis pernikahan berjalan lancar. Walaupun ramai kenalan yang hadir menjangkakan saya akan menangis, tapi semua itu tak berlaku.
“Sebaliknya rakan-rakan artis yang hadir pula mengalirkan air mata dan berkongsi debaran mereka apabila perlu melepaskan anak dan menerima kehadiran menantu satu hari nanti,” kongsinya.
Anak dan menentunya juga bakal berhijrah ke Pulau Tioman untuk menguruskan perniagaan keluarga suaminya yang memiliki inap desa selain menjalankan beberapa aktiviti perkhidmatan kepada pelancong.
“Allisya memang sudah buat pilihan untuk tinggal di Pulau Tioman bagi menguruskan perniagaan kakak kepada suaminya yang mempunyai inap desa.
“Menantu saya ini memang orang pulau. Dia lahir dan dibesarkan di Kampung Salang, Pulau Tioman.
“Jadi dia sendiri pun memang memandu bot untuk bawa pelancong selain menjadi pengajar untuk aktiviti snorkeling,” sambungnya.
Selain pelajar tingkatan 5, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan sebaik sesi persekolahan bermula. Selain aplikasi whatsApp, guru juga gunakan aplikasi Telegram untuk mudahkan penghantaran kerja sekolah atau apa saja dokumen yang bersaiz besar.
Kongsi Nora’s Noraziyan ini menariknya telegram ia mempunyai fungsi folder yang memudahkan sesi pembelajaran. Yang mana, folder ini memudahkan guru-guru atau mak ayah menyimpan, menyemak kerja setiap anak atau pelajar mengikut tetapan folder yang dibuat.
Begini Cara Buat Folder Dalam Telegram
Dua hari lagi (ketika status dimuatnaik) Kelas online (PdPR) akan bermula. Mak ayah dah sedia? Cikgu-cikgu pun dah mula buat group TELEGRAM untuk memudahkan sesi pembelajaran.
Kami anak tiga ni memang banyak group sekolah kena join. Mujur telegram ada fungi FOLDER. Senang nak buat group untuk setiap anak.
Kepada yang belum tahu, Nora tunjukkan caranya. Penerangan ada pada setiap gambar.
Selamat menjadi ‘guru’ buat mak ayah. Harap mak tak jadi hijau
Nota kecil :
Harap semua guru yang masih menggunakan wasup menukarkan kepada group Telegram. Ia lebih mudah diurus dan lebih efficient.
Rujuk Gambar Cara Mudah Buat Folder
Pastikan telegram kalian sudah di update dalam versi terkini untuk setting FOLDER.
Jika tiada folder update di Google Apps.
Klik pada FOLDER untuk create folder.
FOLDER ibarat kotak besar untuk menyimpan buku.
Kalian juga boleh create CHANNEL untuk menyimpan kerja sekolah anak. Channel ibarat buku nota. Boleh simpan gambar, video, file dan lain-lain dari dalam group yang kita sertai.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...