Asyik beli yang dah siap, apa kata kali ini mak-mak yang gemar sangat makan tom yam buat sendiri pes tom yam.
Oang kata kalau buat lagi puas hati dan selamat, sebab kita nampak apa bahan-bahannya. Dan kelebihan buat sendiri ni, nanti boleh buat duit. Untung ke tidak?
Haaa.. resepi dan cara yang Puan Shamliah Ibrahim buat ini, mak-mak boleh rujuk pada gambar yang dikongsi.
Cara Buat Pes Tom Yam
Buat siap nanti senang nak masak. Ok pes tom yam ini juga sesuai untuk:
Ads
Tom yam seafood dan ayam Nasi goreng tom yam Macaroni tom yam Dan semua jenis masakkan yang menggunakan pes tom yam.
Bahan banyak ni boleh dapat 3 botol kecil. Tetapi kalau nak buat sikit ÷ 3 setiap bahan
Buat lebih boleh simpan. Boleh juga ganti belacan dengan udang kering.
Tumis cili kisar dulu.
Ads
Sos ikan dan asam jawa, rasa tertanya kenapa tak guna limau nipis?? Boleh juga ganti dengan jus limau nipis.
Gaul sebati semua bahan.
Masak lebih kurang 45 minit ke 1 jam sehingga pecah minyak.
Api perlahan kalau tidak jenuh sental dapur terpercik minyak serata alam.
Ads
3 botol stok puasa. Kot sampai puasa lah.
Nak masak hanya perlu tambah seafood atau ayam dan sayuran tapi bahan asas tomyam jangan dilupakan serai, lengkuas, ketumbar dan daun limau purut wajib ada.
Selamat mencuba mak-mak!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap tahun biasanya setiap kali tibanya bulan puasa pasti ada jualan kuih muih yang sedap-sedap dan nampak menarik di Bazar Ramadan. Puding Roti Batik ini antara yang selalu kita nampak dan cukup meriah berwarna warni.
Rupanya mudah je jika nak buat sendiri Puding Roti Batik ni. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Hajar, menu wajib yang diniagakan setiap kali bulan puasa.
Menu wajib untuk jualan di gerai-gerai pada bulan puasa. Tiap-tiap tahun saya jual RM2 sebekas sebab hantar kat gerai. Bila tolak upah tuan kedai saya dapat RM1.40. Alhamdulillah. Dulu macam-macam lagi buat kuih tapi sekarang buat sejenis je.
Puding Roti Batik
Bahan-Bahan:
2 bungkus Agar-agar tali cap moon 30g
5 cawan Gula pasir
Esen vanila
Pewarna
3,4 keping Roti
1 tin Susu cair
2 biji Telur
Gula batu
Cara Membuat:
1.Masakkan agar-agar 1 bungkus dengan air 1.9 liter sampai betul-betul larut.
2.Bila dah larut masukkan 2 cawan gula dan gula batu beberapa biji.
3.Bila dah betul-betul larut, masukkan dalam bekas-bekas dan letak warna-warna ikut suka hati.
4.Masakkan pula agar-agar 1 bungkus lagi dengan air 1.9 liter sampai betul-betul larut.
5.Bila dah larut masukkan gula 3 cawan dan gula batu beberapa biji.
6.Bila dah betul-betul larut, blendkan roti, telur dan susu cair, masukkan
ke dalam periuk agar-agar tadi.
7.Masukkan esen vanila, sedikit garam dan biarkan mendidih.
8.Letak dalam bekas-bekas acuan.
9.Bila suam-suam potong agar-agar berwarna tadi dan masukkan ke dalam bekas agar-agar yang ada susu tadi.
10.Biarkan keras dan sedia dimakan.
Selamat Mencuba!
Tip Ekstra!
Resepi ni untuk agar-agar tali yang 30g. Kalau yang sikit tengok ada di plastik sukatan air. So gula kena anggar-anggar berapa. Yang warna-warna pulak tu boleh letak untuk 3 kali buat agar-agar yang letak susu dan roti tu.
Kalau tak mahu membazir beli agar-agar pack kecik untuk warna-warna so gula pun kena agak-agak la berapa.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Sambal tempoyak udang sangat mudah dimasak. Bahan yang digunakan pun tak banya dan ringkas saja. Sesiapa saja boleh memasaknya termasuk anak dara yang masih belasan tahun. Yang penting, ramuan utamanya wajib ada; TEMPOYAK!
Masak Sambal Atau Makan Mentah
Biasanya, kalau suka durian mesti akan suka tempoyak. Namun ada juga yang tak suka kerana tempoyak iaitu isi durian yang diperam lebih menyengat baunya.
Selain dimakan mentah sebagai pencecah atau dimakan bersama budu, tempoyak memang boleh dimasak menjadi pelbagai hidangan yang cukup enak. Bak kata orang, bau tempoyak pun dah boleh buat kecur liur. Belum makan lagi. Aromanya yang unik mampu membangkitkan selera hingga ramai yang menggemarinya.
Sekarang musim durian sedang melanda negara. Ada yang ambil peluang untuk membeli durian khas untuk dibuat tempoyak yang boleh disimpan lama. Setahun pun sedap lagi kalau betul cara penyediaannya.
Sambal Sedap Pedas Berdegung!
Selain masak lemak tempoyak, ia juga sedap dibuat sambal goreng tempoyak. Boleh gunakan bilis, udang atau pun sotong. Terpulang pada selera anda sendiri.
Kali ini dikongsikan resipi Sambal Goreng Tempoyak Udang. Selamat mencuba!
Sambal Goreng Tempoyak Udang
Bahan-bahan
300-350 gram tempoyak
1kg udang putih laut – udang ini manis rasanya
20-30 biji cili padi merah (nak pedas boleh tambah, nak kurang pedas, kurangkan cili padi dan tambah lebih cili merah besar)
5 batang cili besar merah
1 helai daun kunyit – racik
1 keping asam gelugur
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan gula
Minyak masak
Cara Memasak:
Bersihkan udang, buang kulit. Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang. Jangan sampai garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Kisar cili padi dan cili besar, tuang ke dalam satu mangkuk. Kemudian masukkan tempoyak. Gaul sebati. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit.
Panaskan minyak (boleh guna minyak gorengan udang tadi), tumis campuran tempoyak dan cili tadi. Masukkan hirisan daun kunyit dan asam gelugur. Kacau hingga terbit minyak.
Masukkan pula udang yang sudah digoreng tadi. Sentiasa dikacau agar tidak melekat bahagian bawahnya.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih panas.
Anda boleh juga gunakan ikan bilis jika suka. Terpulang pada diri masing-masing. Selamat mencuba!
Bila badan mulai lesu, perut sebu, buncit dan angin dalam badan, minum jamu halia madu setiap hari antara yang mak-mak boleh diamalkan bagi mengatasi masalah ini. Menurut perkongsian oleh Cik Pooja, jamu ini beliau amalkan bagi menurunkan berat badan secara semulajadi. Selepas berpantang selama 2 bulan, baru amalkan minum jamu ini. Apa yang penting ia bergantung pada usaha yang konsisten dalam mengamalkan jamu ini.
Antara kelebihan lain Jamu Halia Madu ini ialah:
Pembuangan dan pencernaan tak lawas
Atasi masalah angin dalam badan
Atasi masalah perut sebu
Atasi masalah perut buncit
Turunkan berat badan secara semulajadi
Bahan-Bahan:
2 inci Halia Tua
2 biji limau nipis @ 1biji lemon
3 cawan air
1/2 cawan madu
Cara Membuat:
1.Ukur pakai jari kita takat 2 ruas jari telunjuk yea.
2.Potong membulat macam ini.
3.Selepas itu masukkan dalam periuk dan isikan 3 cawan air. Renehkan sampai air yang 3 cawan tadi berbaki 2 cawan. Biarkan suam.
4.Setelah itu, masukkan dalam blender dan tambahkan dengan 1/2 cawan Madu.Kisar sampai halus.
Siap!
Isi dalam botol elok-elok dan simpan dalam peti.
Cara Penggunaan:
Minum 3 sudu besar, 2 kali sehari pagi dan malam. Sukatan yang dibuat ni mampu bertahan dalam 2,3 hari je.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...