Homemade IKAN REBUS Hanya Gaul Dengan Garam , Simpan Dalam Freezer Tahan Berminggu!

Share

Memang ada benarnya, Ikan Rebus sebaiknya kita buat sendiri di rumah, buat banyak-banyak simpan dalam freezer boleh tahan berminggu-minggu.Bila nak makan tinggal goreng je. Bukan apa, ikan rebus yang dibeli boleh diragui tahap kebersihan dan halalnya. Buat sendiri lebih puas hati.

Ada pelbagai cara untuk buat ikan rebus. Namun cara yang dikongsikan oleh Puan Nor Azua Amlan ini tak letak asam pun, hanya gaul dengan garam.Malah walaupun nama ikan rebus, hakikatnya ia perlu dikukus.

Berikut perkongsian tersebut;

HOMEMADE IKAN REBUS. Bila pegi pasar, akak pasti akan beli ikan kembong untuk buat ikan rebus. Masa akak beli ikan kembong ni tadi, sempat akak berbual dengan orang yang jual ikan tu.

Orang Melayu kita. Orang tu kata… Kalau boleh elakkan dan JANGAN beli yang ada jual dalam RAGA ROTAN kat pasar-pasar tu. Sebab dia sendiri dah tengok cara orang-orang kat situ buat.Tempat dia kotor dan menjijikkan. Dengan perut dan najis ikan yang tak dibuang, cara basuh, main siram jer dengan air.

Kalau sesiapa pegi tengak kat tempat orang tu buat, pasti tak akan beli dah sampai bila-bila. Lagi elok buat sendiri. Buat banyak-banyak, lepas tu simpan dalam frezer.Tahan berminggu-minggu. Nak makan/goreng ambil jer.

Yang ni akak buat sendiri Homemade habis akak buang segala isi perut dan insang ikan kembong ni. Dalam perut dia bersih dah.Ikan rebus ni sedap dimakan masa lepas goreng. Dan makan panas-panas. Akak kadang-kadang ikan rebus ni akak goreng dulu, lepas tu akak buat sambal.

Nama menu yang dalam gambar ni IKAN REBUS. Orang Perak panggil IKAN REBUS. Lain negeri, lain gelaran dia. Ikan ni sebenarnya DI KUKUS. Tak tahu dari mana boleh dapat nama IKAN REBUS. Yang akak buat ni memang tak letak asam. Ikan ni hanya gaul dengan garam semata.

Cara Membuat:

Akak buat ni ikan dia dalam 18 ekor, garam dalam 3 sudu. Gaul-gaul, susun dalam loyang rapat-rapat, perap selama 45 minit dan kukus selama 1 jam (1 jam ni sebab akak buat banyak. Kalau buat sikit, janganlah kukus sampai 1 jam… Agak-agak jerlah masa dia untuk berapa ekor yang kita nak kukus).

 

Org Perak memang panggil IKAN REBUS. Walaupun cara pembuatan dia dikukus. Macam suami akak asal orang Gombak, dia orang tak biasa makan.Mula-mula suami rasa pelik dengan menu ni dan sekarang, suami akak pulak yang suka makan.

Setiap kali gi pasar dia suruh beli ikan kembong atau 2kg. Buat banyak-banyak dan simpan dalam frezer. Nak goreng, keluarkan awal-awal mana yang perlu sahaja, biarkan pada suhu bilik, JANGAN direndam, bila dah lembut, terus goreng. JANGAN DI BASUH pulak. Sebab sebelum kita kukus ikan ni, kita dah bersihkan siap-siap. Lagipun kalau kita basuh sebelum goreng, takut ikan ni akan meletup-letup.

Info Ekstra!

  • Ikan DI KUKUS ye. BUKAN DI REBUS, Letak air dalam periuklah, letak asam kepinglah, letak gula nisanlah.BUKAN…BUKAN…BUKAN ye
  • Ni cara akak, cara orang lain akak tak tahu.Nama dia je IKAN REBUS. Dan ikan ni DIKUKUS. Jangan salah faham.Yang tak biasa mungkin akan kata PELIK.Tapi nilah hakikatnya, akak belajar dengan arwah ayah akak, seorang Peniaga Ikan dari rumah ke rumah. Alah…orang kata akak ni anak Taukeh Ikan secara kecil-kecilan.

IKAN REBUS ni biasa kalau kat pasar, orang jual dalam bakul rotan.
IKAN REBUS ni biasa orang Cina yang buat.
IKAN REBUS biasa dijual sekali dengan isi perut dan najis. Eeeeee… kotorrr.

Nak lebih bersih, buat je sendiri banyak-banyak, simpan dalam frezer, nak makan, keluarkan banyak mana yang perlu. GORENG.

Kalau buat banyak-banyak, asingkan siap-siap Ikan Rebus ni dalam plastik.
Keluarkan Ikan Rebus mana yang perlu sahaja. Selebihnya simpan semula dalam frezer.
Sebelum nak goreng, kalau Ikan Rebus tu masih keras beku, lembutkan pada suhu bilik (kalau ada yang tak tahu apa tu SUHU BILIK.

Contoh :- Nak goreng pukul 12 tengahhari, keluarkan ikan dalam pukul 10 pagi. Letak ikan dalam bekas yang sesuai. Biar ais ikan tu cair sendiri.JANGAN direndam Ikan Rebus dengan air.
Bila Ikan Rebus dah lembut, buang kepala dan ekor dan terus goreng. JANGAN gaul dengan serbuk kunyit pulak tau.

Cara-Cara nak simpan Ikan Rebus:

  1. Dalam bekas, akak alas dengan plastik.Susun ikan rebus.

2. Alas lagi dengan plastik.Susun lagi ikan rebus. Buat sampai habis, layer by layer.


3. Simpan ikan rebus ni dalam freezer, kalau nak goreng, angkat je lapisan plastik tu.
Lembutkan ikan pada suhu bilik, lepas tu baru goreng.

Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba.

Mesti Baca:Buat Sendiri JERUK IKAN MASIN Tenggiri Makan Tanpa Waswas, Dijamin Halal & Bersih!
Baca Lagi Di Sini:Resipi IKAN LENGAT GORENG Garing, Lauk Legend Nikmat Tak Terkata!
Artikel Menarik:Cara Buat Pekasam Ikan Tamban, Lepas Seminggu Dah Boleh Makan!

Mingguan Wanita: Menarik juga buat ikan rebus ni. Mudah dan sedap. Malah terjamin bersih dan halal bila kita buat sendiri. Buat banyak-banyak boleh simpan dalam freezer, bila nak makan tinggal goreng je. Senang!

Sumber:Nor Azua Amlan

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab