Fish Cake selalunya dijadikan rencah dalam mee goreng, nasi goreng, sayur goreng, makan dengan kuah yong taufu dan sebagainya. Namun setiap kali nak beli Fish Cake, pasti ada rasa ragu-ragu dengan tahap kebersihan dan status halalnya. Sebenarnya, kita boleh buat sendiri fishcake ni di rumah. Diyakini bersih dan halal bila buat sendiri, malah kosnya pula tak sampai RM20 tapi boleh dapat 7 jenis fishcake yang berbeza. Malah digoreng dan dimakan begitu sahaja pun dah sedap.
Nak tahu cara buat fish cake ni, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan
Norlaila Dlaila ini.
Sebab ramai giler yang request dengan pantas akak share resepi dan cara buat homemade fish cake. Senang kos pun tak banyak, yang penting bersih halal. Dengan kos tak sampai RM20 boleh dapat 7 jenis fishcake ni. Boleh makan satu family.
Akak halalkan ilmunya. Mana tau ada nak meniaga kan.Akak pun bukan expert pun terkial-kial nak buat. Ni pun pertama kali buat, Alhamdulillah menjadi.
Bahan-Bahan:
10 ekor Isi udang RM6
10 ekor (kecik) Sotong RM5
Ikan Dory sekeping RM6
2 ulas Bawang putih
1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi kentang
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh lada sulah
Carot
Kucai
Cili api ( kalau suka pedas)
2 biji Putih telur
3 sudu Minyak masak
BOLEH DAPATKAN KEPERLUAN BARANG BASAH DI SINI
Cara Membuat:
1. Mula-mula masukkan semua seafood dalam food prosessor.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan akhir sekali baru masukkan sayur.
3. Hasilnya begini.
4. Ni kalau nak bulat kan.
5. Ni kalau nak buat panjang.
6. Yang ni Akak lapiskan dengan fucuk dan seaweed.
7. Boleh jugak letak sayur sayuran.
8.Goreng seperti biasa sehingga keemasan.
Hasilnya.
Selamat mencuba.
Baca lagi Di sini:
Cara Buat ‘Fish Cake’ Sendiri, Terjamin Bersih, Suci & Halal, Rasa Kenyal Seperti Beli Di Kedai
Buat Sendiri Kuah Sup, Sos Hitam Yong Taufu, Puas Hati Makan!
Mingguan Wanita : Terujanya nak buat fishcake macam ni. Kos tak sampai RM20 boleh dapat 7 jenis. Paling penting diyakini bersih dan halal bila buat sendiri di rumah. Anak-anak mesti suka.
Sumber : Norlaila Dlaila
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI