“Hitung Hari Nak Bersalin.’ Isteri Terkilan, Suami Tak Sempat Tatap Wajah Anak Ketiga

Share

“Hitung hari nak bersalin.’ Isteri terkilan suami tak sempat tatap wajah anak ketiga sementelah segala persiapan telah dibuat arwah sejak awal lagi.

Janji Allah itu pasti, bila sudah tiba ajalnya, tidak akan terlambat walaupun sesaat. Namun sebagai isteri tentu sedih menerima pemergian suami secara tiba-tiba apatah lagi dalam keadaan sarat mengandung.

Artikel Berkaitan: Dua Tahun PJJ & Menanti Zuriat, Suami PERGI Sehari Selepas Tahu Bakal Bergelar AYAH

Hitung Hari Nak Bersalin

Penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu, Gelugor, Pulau Pinang, semalam, tidak sempat menatap wajah anak ketiganya yang dijangka lahir pada minggu hadapan.

Menurut, Norhanazielah Hanazi, 28, dia tidak dapat menahan kesedihan dan masih terkejut dengan kejadian yang menimpa arwah suaminya, Muhamad Eizreel Muhamad Roszaidi, 25, pada pukul 4.30 pagi semalam.

Isteri Terkilan

Wanita itu pergi ke lokasi kejadian walaupun sarat mengandung untuk melihat sendiri keadaan suaminya selepas dimaklumkan kejadian tersebut oleh rakan-rakan.

“Lagi bertambah pilu apabila anak-anak berusia lapan dan empat tahun menangis apabila diberitahu bapa mereka meninggal dunia.

“Saya pula sedang menghitung hari untuk bersalin anak ketiga kami yang dijadualkan pada 27 Julai ini. Arwah yang paling tidak sabar menanti kehadiran cahaya mata ini dan segala kelengkapan sudah siap dibeli,” katanya.

Suami Tak Sempat

Norhanazielah memberitahu, arwah suaminya menghantar pesanan WhatsApp pada pukul 2 pagi untuk bertanyakan tentang keadaannya dan anak-anak.

Cerita wanita itu, sejak kebelakangan ini, arwah mahu sentiasa berdamping dengannya dan anak-anak di rumah.

Baca Di Sini: 

Hajat Tak Kesampaian, Anak Meninggal Kemalangan Dalam Perjalanan Ziarah Jenazah Ibu

Viva Remuk Dilanggar, Pemilik Lamborghini ‘Hadiahkan’ Ibu Tunggal Kereta Myvi

Kehilangan Anak Dalam Pantang, Isteri Syafiq Sempat Kucup, Belai Anak Buat Kali Terakhir

Tatap Wajah Anak Ketiga

“Dia sanggup tidak pergi kerja semata-mata mahu membawa kami berjalan-jalan dan makan,” katanya yang memberitahu suaminya bekerja sebagai runner.

Selain Muhamad Eizreel, turut terkorban dua rakannya iaitu Muhamad Shazwan Hakim Mohd. Abdul Sani, 22, dan Ahmad Haikal Naif Ahmad Nazrul, 19.

Jenazah Muhamad Eizreel dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda di Sungai Ara.

Mingguan Wanita : Semoga Nurhanazielah tabah menerima takdir ini dan kuat membesarkan anak-anak tanpa kehadiran suami di sisi. Berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul.

Sumber : Kosmo Online

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat