Hiburan

Hisyam Hamid Sah Bercerai – “Jalan Terbaik Adalah Dengan Tidak Lagi Menjadi Suami Isteri”

Share

Hisyam Hamid sah bercerai, “jalan terbaik adalah dengan tidak lagi menjadi suami isteri.” Spekulasi tentang status rumah tangga pelakon Hisham Hamid akhirnya terjawab apabila jejaka kacak ini membuka mulut mengenai desas desus keretakan rumah tangganya dengan isteri, Rosmawati Hanafi.

Hisyam Hamid Sah Bercerai

Memetik Oh Bulan, Hisyam bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh perceraian mereka. Hisyam atau nama sebenarnya Hazmi Hisyam Abdull Hamid, berkata dia dan Rosmawati sudah sah bercerai namun enggan mendedahkan tarikhnya.

“Buat masa ini kami selesa berkawan baik. Lebih daripada itu saya tak pasti, masa yang akan tentukan.

“Jalan Terbaik Adalah Dengan Tidak Lagi Menjadi Suami Isteri”

“Saya tak nak sebab satu titik hitam yang berlaku, musnahkan segalanya. Masing-masing dah minta maaf. Buat masa ini, jalan terbaik adalah dengan tidak lagi menjadi suami isteri.”

 

Hisyam yang berusia 39 tahun mengakui dia dan bekas isterinya ingin melupakan perkara yang terjadi selain mahu meneruskan kehidupan masing-masing.

“Dia adalah ibu kepada anak-anak saya. Hampir 20 tahun kami bersama, sepanjang 20 tahun itu tak semua negatif dan banyak perkara baik yang berlaku.

“Itu adalah pengorbanan besar yang paling besar bagi seorang wanita melahirkan anak-anak.”

Sebelum ini Hisham mengambil keputusan untuk tidak mengulas lanjut berhubung isu rumah tangganya. Tindakan ini dilakukan kerana banyak perkara yang perlu dipertimbangkan terutama anak-anak.

Untuk rekod, Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Mel pada 2006 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15.

Sumber: Oh Bulan dan Instagram Hisyam Hamid

Baca juga artikel lain: Irma Hasmie Sah Bercerai 6 Bulan Lalu, Rakan Baik Kongsi Status Terkini

Jovian Mandagie, Nina Ismail sah bercerai Ogos lalu

Bella Astillah Nekad Bercerai, Sudah Banyak Peluang Diberi Kepada Aliff Sebelum Ini

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Memang aku dah gila mak..hitam dah mak hidup aku..” – Kamariah Md Yatim
Ditinggalkan suami tanpa sesen kerana tidak cantik. Ibu anak 8 ini hampir mer4cun anak-anaknya sendiri kerana ketiadaan duit untuk membeli makanan.
Nantikan Vodcast Sembang Wanita Xtra Bersama Usahawan Daun Pandan pada 15 Mei 2024,8pm.

 

 

 

 

 

 

Published by
Has