Serunding halia, bawang merah dan bawang putih selalu menjadi pilihan makanan pembuka selera dan sangat elok diamalkan ketika dalam berpantang. Nak buat serunding ini, seeloknya hiris semua bahan-bahan menggunakan pisau, barulah hasilnya lebih cantik kemas dan tak hancur.
Meskipun mudah nak buat serunding ni, namun ada caranya supaya ia kekal rangup, tak lembik, tahan lama dan menjadi hasilnya.
Persiapan berpantang nanti, In shaa allah, bulan depan. Sebelum tak larat buat, Baik buat awal-awal.Semua bahan-bahan ni dihiris dengan pisau bukan guna penyagat.Sebab bila guna pisau hasilnya lagi cantik, kemas dan tak hancur.
Untuk serunding ni, saya tak letak bahan perasa, mahupun garam ya, saya suka makan macam tu je.Tabur atas nasi.
1kg Bawang Merah
1/2kg Bawang putih
1/2kg halia
1. Sebelum goreng bawang merah, tabur sikit dengan tepung beras, jangan letak air atau garam ya. Guna bawang merah ros/bawang merah kecik, jangan guna bawang merah besar.
2. Selepas hiris bawang putih, rendam kejap dgn air sahaja selama 10minit pastu bilas, kemudian tapis hingga betul-betul kering.
3. Lepas hiris halia, jemur/bagi kena angin kejap, supaya masa untuk menggoreng menjadi singkat sebab halia banyak kandungan air, saya guna halia tua, hasil lagi sedap dan cantik.
4. Ketika menggoreng minyak jangan kedekut, guna api sederhana sahaja supaya tak cepat hangus.
5. Mulakan dengan menggoreng bawang putih dahulu, kemudian bawang merah, akhir sekali halia.
6. Bila bahan-bahan goreng dah sejuk, masukkan dalam botol, dan tape kan, pastu nak simpan dalam peti sejuk pun boleh. Jangan risau dia tetap akan garing, itupun bergantung pada cara anda hiris, kalau dihiris tebal-tebal memang susah la nak garing.
7. Jika nak tambah bahan perasa dengan lada hitam yg dikisar kasar pun boleh, sebelum masuk dalam botol, tabur la dulu bahan perasa tu.
Semoga Bermanfaat, Selamat mencuba!
Mesti Baca:SERUNDING HALIA Sumpah Sedap, Buat Makan Kudap-Kudapan Rasa Garing Pedas Menyengat!
Baca Lagi Di Sini:Serunding Halia Resipi Berpantang Paling Sedap, Buang Angin, Panaskan Badan, & Lancarkan Perjalanan Darah
Artikel Menarik:Ini 25 Menu Berpantang Mudah Masak, Untuk Rujukan Mak-mak 30-an Lepas Bersalin
Mingguan Wanita: Boleh ikut tip yang dikongsikan ini jika nak buat serunding halia, bawang putih dan bawang merah seperti yang dikongsikan ini. Pastikan hiris halus guna pisau barulah hasilnya cantik, kemas dan tak hancur nanti.
Sumber: Nana Sabrina Sarsan
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.