Allahu, sebaknya bila mengenangkan kejamnya seorang anak apabila tergamak membunuh mak kandungnya dengan tangannya sendiri.Lebih memilukan, darjat seorang ibu yang selayaknya berada ditempat yang mulia dan tertinggi, berakhir ditempat yang hina, kotor malah menjijikan.
Misteri kehilangan seorang wanita sejak 19 September lalu terjawab selepas mayatnya ditemui di dalam tangki najis belakang rumahnya di Sungai Burung, Balik Pulau, petang semalam.
Disembunyikan Dalam Tangki Najis
Mangsa Faridah Mat Hashim, 63, dipercayai dibunuh anak kandungnya pada Rabu lalu sebelum mayat wanita malang berkenaan disembunyikan di dalam tangki najis rumah mereka.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A A Anbalagan berkata, mayat mangsa yang tenggelam di dalam tangki sedalam 1.2 meter itu ditemui menantunya pada 2 petang sebelum menghubungi polis.
“Polis dengan bantuan pihak bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa dan mengesan satu kesan kelar di bahagian hadapan lehernya, selain turut menemui pisau di dalam tangki itu.
Ads
“Siasatan awal polis percaya mangsa dibunuh anak lelakinya berusia 29 tahun selepas dia kini didapati menghilangkan diri sejak kehilangan ibunya.
“Satu laporan polis dibuat pada Jumaat lalu memaklumkan kehilangan mangsa sebelum mayatnya ditemui hari ini,” katanya.
Mempunyai Rekod Jenayah
Menurutnya, suspek kini diburu polis dan dia turut mempunyai rekod jenayah membabitkan kes mencederakan saudaranya sendiri.
Ads
Katanya, rumah itu didiami suspek bersama ibunya dan seorang adik perempuannya.
“Adik suspek memberitahu polis bahawa dia ada melihat ibunya menunaikan solat Subuh pada pagi 19 September itu sebelum hilang sejak itu sehingga mayatnya ditemui, hari ini.
“Suspek dipercayai suka berkhayal dengan menghidu petrol. Lelaki itu kini diburu polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Ads
Laporan terkini, suspek berjaya ditahan pihak polis.Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan, berkata suspek berusia 29 tahun itu ditahan di Balik Pulau dengan lelaki terbabit dijangka direman, esok.
“Ya, kita sudah berjaya menahan suspek kes terbabit.
“Siasatan masih dijalankan dan saya akan beri makluman lanjut kemudian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah buat keluarga wanita ini, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Semoga pelaku, menerima hukuman dan pembalasan yang setimpal.
Hijabista sebagai satu-satunya jenama majalah dan digital di Malaysia yang menjadi rujukan lengkap fesyen, gaya hidup dan kecantikan untuk fashionista bertudung membawakan rancangan realiti Ratu Hijabista.
Rancangan realiti ini membuka peluang kepada semua wanita berhijab tanpa mengira status untuk mencuba nasib dan sekaligus mempertaruhkan bakat, rupa dan personaliti menarik untuk dinobatkan sebagai juara di penghujung pencarian.
Peserta mestilah berumur antara 21 tahun hingga 30 tahun pada tahun 2020. Tarikh ujibakat secara atas talian akan bermula dari 1 Jun – 14 Jun 2020.
Langkah-langkah penyertaan adalah seperti berikut:
1.Muat naik video pengenalan diri anda di Instagram. 2.Tag Majalah Hijabista @hijabistamag dan hashtag #majalahhijabista #ratuhijabista #safihijabista #sayasayangsaya. Pastikan akaun Instagram anda berada dalam mod terbuka. 3.Isi borang secara atas talian di www.hijabista.com.my/ratuhijabista bagi melengkapkan penyertaan anda.
Program realiti Ratu Hijabista akan bersiaran selama sejam setiap minggu untuk lapan episod setiap Rabu bermula 12 Ogos 2020 jam 9 malam di saluran Astro Prima.
Pemenang Ratu Hijabista akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000, tiara dan berpeluang menjadi penghias kulit majalah Hijabista keluaran Januari 2021.
.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nak tutup bau yang busuk, tetapi kesannya baju jadi kuning dan tidak tanggal jika dibasuh. Ini boleh mengganggu penampilan anda juga walau kononnya ketiak tidak lagi berbau. Bagaimana cara untuk bersihkannya? Anda boleh cuba lapan cara ini untuk hilangkan kesan deodorant…
1. Alkohol
Sapu sedikit alkohol di bahagian yang kotor. Jika kesan kotoran degil, anda boleh sapukan dulu dan rendamkan kain tersebut sementara waktu dan bilas.
2. Cuka
Campurkan cuka dan air suam dalam jumlah yang sama dan sapu di baju yang kotor. Rendam kain dalam larutan selama beberapa jam. Bilas dengan air sejuk dan lihat kotoran pasti pudar.
3. Pantyhose (sarung kaki yang nipis)
Cara ini sangat membantu menghilangkan kesan kuning deodorant di baju. Hanya gosok perlahan-lahan dan kotoran akan hilang. Geseran sarung kaki dengan kain baju membantu untuk menyingkirkan kotoran lebih cepat. Ok, lepas ni anda boleh cari stokin yang jenis nipis tu, ya!
4. Baking soda dan air
Untuk menghilangkan noda dan kuning ketiak di baju anda boleh gunakan campuran baking soda dan air. Taburkan di bahagian baju yang kotor dan bilas.
5. Aspirin
Petua ini hanya boleh digunakan untuk baju warna putih sahaja. Larutkan dua tablet aspirin dalam air sedikit. Tuang campuran ini pada kesan kotor dan rendam selama 2 jam. Kemudian cuci dengan air biasa diikuti dengan sabun basuh.
6. Limau Nipis
Perahkan limau nipis di tempat yang terkena deodorant dan biarkan beberapa minit, kemudian letak sabun basuh. Cuci seperti biasa.
7. Cuka Putih dan Garam
Campurkan setengah cawan cuka putih bersama setengah cawan garam di dalam sebuah besen. Letakkan pakaian ke dalam besen dan gosokkan pakaian di dalam besen tersebut selama lebih kurang 30 minit. Kemudian, bilaskan seperti biasa menggunakan sabun pilihan anda.
Jika kesannya sedikit saja, anda boleh membuat pes dengan kedua-dua bahan seperti di bawah dan gosokkan pada pakaian.
8. Sabun Mandi Ketul
Sangat berkesan, tkisahlah sabun jenama Fruitale, sabun Cap Kapak, Buruh, atau apa-apa saja. Sabun murah-murah pun boleh. Ternyata, memang berkesan!
Gosokkan saja ketulan sabun ini pada baju dan gosokkan dengan berus. Bilas seperti biasa. Kalau masih belum tanggal, parutkan sedikit sabun tersebut ke dalam besen berisi air. Tambahkan sedikit baking powder atau cuka pun boleh. Rendamkan selama 1-2 jam dan bilas.
Ok, selepas ini anda tidak perlu risau nak guna deodorant jenis sembur atau sapu di ketiak. Dah tahu cara ini, anda tidak lagi risau baju rosak, kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebelum ini kisah rumah tangga pelawak dan penyampai radio Shuk Sahar menjadi bualan hangat apabila isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah atau Sera mendedahkan kecurangannya bersama wanita lain menerusi media sosial pada Sabtu lalu.
Selepas beberapa hari mendiamkan diri, Shuk akhirnya tampil mengakui kesilapannya dan menyatakan bukan sesuatu yang mudah untuk menjernihkan keadaan yang berlaku.
Shuk Akui Bukan Mudah Jernihkan Keadaan
Perkongsian menerusi sebuah hantaran video di akaun Instagramnya, Shuka atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar menerusi kapsyen yang ditulis tidak menafikan bukan mudah untuk menjernihkan semula air yang keruh, namun sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan semula keluarganya.
Pada video tersebut juga Shuk berwajah sayu sambil memeluk dua orang anak kesayangannya, Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimy, 2 tahun.
Dia dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah. Dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Shuk bersama isterinya Sera.
“Setiap orang melakukan kesalahan… dan ini adalah kesalahan dan kesilapan saya.
“Ya, bukan senang dan bukan mudah untuk menjernihkan semula air yang telah keruh.
“Apa pun saya sanggup demi dapatkan balik keluarga dan kebahagian saya,” luahnya menerusi Instagram miliknya.
Rakan Selebriti & Pengikut Instagaram Beri Kata Semangat
Bukan itu saja malah rata-rata pengikut Instagramnya termasuk rakan selebriti di ruangan komen turut memberi kata-kata semangat dan ada yang berharap Shuk benar-benar belajar daripada kesilapannya.
Malah akibat daripada pendedahan yang penuh kontroversi itu, ramai mendesak agar khidmat Shuk sebagai penyampai radio Hot FM digantung.
Dan pada Isnin lalu, Hot FM memaklumkan Shuk digantung serta merta buat sementara waktu. Pihak pengurusan stesen radio Hot FM telah mengesahkan tindakan tersebut diambil terhadap Shuk menerusi satu kenyataan media.
“Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio adalah untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman tentang isu beliau yang sedang tular di media sosial.
“Perkembangan terkini penggantungan Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas siasatan dalaman selesai,” katanya.
Kanak-kanak tercekik gula-gula kritikal, ibu bapa pilu."Fahmi sedang berjuang untuk hidup. Seorang kanak-kanak lelaki yang tercekik gula-gula Gummy, dilaporkan dalam keadaan kritikal. Air matanya...