Hina Pasangan TANPA Bersalah, Lama-Lama ISTERI Jadi Pendendam, Hilang HORMAT

Share

Jika setiap hari hanya cercaan dan makian yang menjadi makanan isteri, lama-kelamaan pasti dia hilang hormat pada suaminya. Lebih parah apabila kasih sayang juga semakin pudar dek kerana sikap buruk suami yang sentiasa menjadikan isteri tempat pelepas kemarahan.

Isteri adalah pendamping suami. Seeloknya jika isteri membuat kesilapan, janganlah terang-terangan memaki isteri tanpa belas. Jangan dihina isteri dengan kata-kata kesat, lama-lama isteri jadi pendendam dan keras hati.

Ikuti perkongsian, Nurul Haslinda ini dan fahami sedalamnya apa yang cuba disampaikan:

Jangan Dihina isteri dengan kata-kata kesat. Kelak buat hatinya jadi keras.

Zaman sekarang kita dapat lihat jika seorang suami ingin marah atau penat mereka akan melepaskan kemarahan mereka kepada isteri. Malah kemarahan yang dilepaskan itu berunsur kata-kata kesat dan menghina.

Malah apa yang mereka katakan itu tidak sedikit pun membuat mereka rasa bersalah dan meminta maaf jauh sekali. Isteri bila sudah biasa dimaki oleh si suami, mereka akan jadi keras hati dan berdendam.

Itu sangat bahaya kerana lama-kelamaan ia akan membuatkan si isteri hilang rasa hormat dan sayang kepada suami. Malah mereka juga akan cepat menjawab dan melawan cakap suami akibat terlalu sakit hati dengan penghinaan dan maki hamun yang sering si suami hamburkan.

Tegur Secara Berhemah, Jangan Menghina

Sebagai seorang suami, jika ada sikap isteri yang salah atau tidak baik, perlulah suami menegur dengan cara berhemah jangan sampai menghina. Kerana jika baik teguran si suami, maka isteri akan mengikut segala teguran itu.

Dan kita juga tahu dalam rumah tangga , tanggungjawab suami adalah membimbing isteri ke arah lebih baik bukan menghina dan menjadikan isteri tempat melepaskan marah.

Isteri juga manusia biasa ada hati dan perasaan. Namun jika berulang kali dihina dan dimaki tak mustahil boleh tercetusnya perceraian. Oleh itu para suami, ingatlah anda berkahwin kerana apa?

Adakah hanya ingin menjadikan si isteri tu hamba abdi ataupun tempat melepas kemarahan anda? Fikirlah yang terbaik bagi menjaga keharmonian rumahtangga anda.

Isteri Meninggalkan Keluarganya Untuk Suami

Jangan berkahwin kerana nafsu jika tak mampu menjadi iman dan ketua rumahtangga yang baik. Kesian para isteri yang terpaksa meninggalkan keluarga mereka yang jauh demi mengikut anda dan berbakti kepada anda.

Hargailah isteri anda kerana mereka adalah amanah dari Allah. Ingatlah berkahwin itu adalah kerana Allah supaya keberkatan dalam rumahtangga itu kita dapat rasai bersama.

Tegurlah isteri dengan kasih sayang demi mendapat keluarga yang harmoni dan sakinah. Ingat.. Sayangi dan hargailah isteri anda baru lah hidup dan rezeki anda diberkati…

Sumber: Nurul Haslinda

MW: Dalam kehidupan rumahtangga pentingnya sikap bertolak-ansur. Setiap kali pasangan melakukan kesalahan, cuba duduk semeja berbincang dari hati ke hati, barulah masalah dapat diselesaikan dengan baik. Hinaan, cercaan dan makian bukanlah caranya jika kita sayangkan sebuah perkahwinan.

Published by
Nur Syazwani Mehat