Himpunan Segala DOA, Banyak Kelebihan Amalkan Al-Ma’thurat SELEPAS Subuh & Asar!

Share

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa bacaan ayat dan doa Al-Ma’thurat banyak kelebihannya.Himpunan ayat-ayat dan doa-doa mathurat ini mampu memberi ketenangan dalam kehidupan seharian bagi yang mengamalkannya.Ia sangat digalakkan dibaca setiap hari pada waktu pagi dan petang.

Banyak sebenarnya kelebihan apabila membaca Al-Ma’thurat seperti yang dikongsikan oleh Puan Norzi Malek ini.

Kebaikan Al-Ma’thurat yang jarang-jarang kita tahu dan menyebabkan kita jarang membacanya :

Al-Ma’thurat adalah himpunan ayat-ayat Al-quran dan ringkasan doa yang di amalkan oleh Rasulullah dan para sahabat. Disarankan untuk di amalkan serta dibaca pada setiap pagi dan petang setiap hari.

1. Terdapat di dalamnya doa untuk mengelakkan bencana, disembunyikan segala keaiban kita dan memohon dikurniakan keselamatan di mana sahaja kita berada.

2. Doa untuk perlindungan dalam menjaga diri kita dari menyekutukan Allah dengan sesuatu yang kita ketahui dan daripada sesuatu yang tidak kita ketahui.

3. Yang ini paling penting kerana menjadi kehendak zaman kita : Doa yang sangat mustajab untuk mengelakkan rasa sedih dan gelisah, rasa lemah dan malas, dijauhi daripada sifat penakut dan bakhil (kedekut) serta dijauhi daripada cengkaman hutang dan penindasan orang lain.

4. Doa untuk memohon perlindungan daripada segala kejahatan.

5. Doa untuk memohon kesihatan tubuh badan, sihatkan pendengaran dan sihatkan penglihatan.

6. Doa untuk mengelakkan daripada azab dan siksa kubur.

7. Allah akan mencukupkan apa yang kita sangat perlukan dalam urusan dunia dan akhirat.

8. Sesiapa yang membaca di waktu pagi, akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.

9. Sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.

Belilah di mana-mana kedai buku. Murah sangat. Rm2 sahaja.Sangat disarankan untuk diamalkan selepas Subuh dan selepas Asar.

Saya bersyukur dan sangat berterima kasih kepada sahabat sekolah rendah saya, Afiqah Ahmad. Beliau mengajar saya membaca Al-Ma’thurat semasa saya darjah tiga.

Walaupun saya tidaklah istiqamah membaca, namun setiap kali saya membaca Al-Ma’thurat, saya akan sentiasa ingatkan sahabat saya seorang ini.

Doa yang saya paling suka baca di dalam ini ialah :

“Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu. Hati yg penuh segar mensyukuri nikmatMu. Serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu.

Ya Allah kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna dan keyakinan yang benar-benar mantap.

Ya Allah kurniakanlah kami deen (cara hidup) yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka.

Kami mohon ya Allah, kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami ya Allah, iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa saja yang bersama-sama kami.

Ya Allah, jangan Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walau hanya sekelip mata atau kadar masa lebih singkat dari itu.”

Norzi Malek
Orang-orang biasa

Baca Lagi Di Sini:Sujud Terakhir Amalkan Baca Surah At-Taubah Ayat 128-129, Rezeki Masuk Tak Putus

Mesti Baca:Solat taubat kena buat selalu sampai hati rasa lapang.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sama-sama kita mengamalkan membaca doa-doa di dalam Al-Ma’thurat ini setiap pagi dan petang bagi merebut kebaikan yang dijanjikan.

Sumber:Norzi Malek
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab