Dalam hidup, ada masa kita akan merasa gembira dan ada ketikanya rasa ingin marah disebabkan oleh perkara-perkara yang tidak dijangka. Kalau tak tahu nak redakan marah, kita akan melempias perasaan itu, sekurangnya dapat melegakan hati yang tengah panas.
Bukan itu sahaja, ada pelbagai rasa yang boleh menhantui diri seseorang. Sesetengahnya rasa sedih, stres dan gelisah seperti ada sahaja yang tidak kena. Malah, setiap orang ada cara yang tersendiri untuk redakan emosi-emosi yang ada dalam diri.
Cara terbaik untuk redakan marah, hati yang gelisah dan stres dengan berzikir dan berdoa, sekurangnya ia boelh melembutkan hati yang panas membara dan resah gelisah itu.
Sebenarnya, dalam menghadapi semua itu, kita kena berbalik kepada Yang Maha Esa. Ada beberapa doa yang telah dikongsikan oleh Imam Muda Hassan Adli dalam meredakan diri daripada permasalahan ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Sujud Terakhir Amalkan Baca Surah At-Taubah Ayat 128-129, Rezeki Masuk Tak Putus
Bila MAKI Hamun Jadi Zikir Harian, Bagaimana Penghujung Hayat KITA Nanti?
Berikut adalah himpunan doa penenang hati dari Al-Quran dan hadis yang boleh diamalkan. Ianya pendek dan mudah dihafal insya Allah.
Doa Pendek Untuk Hilangkan Sedih, Stress dan Gelisah
DOA 1
اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ
(Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaamatil a’daa’.)
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari bala yang berat, menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh
(Sahih Bukhari)
DOA 2
يَ
ا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث
(Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.)
Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan
(Hadis Riwayat Tirmidzi)
DOA 3
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
(Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla)
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.”
(Sahih Ibnu Hibban)
DOA 4
للَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ
(Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.)
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
(Sahih Bukhari)
DOA 5
لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
(Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin.)
Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.
(Surah Al-Anbiya’ Ayat 87)
DOA 6
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
(Hasbunallah wa ni’mal wakil)
Maksudnya: Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami
(Surah Al-Imran Ayat 173)
Adalah lumrah bagi manusia untuk berasa ‘down’ atau merasa kecewa terhadap apa juga yang menimpa diri. Namun percayalah itu semua merupakan ujian Allah yang mahu menguji hambaNya agar kembali mengadu dan pasrah kepadaNya. Yang penting, sabar dan mintalah pertolongan Allah kerana Dialah sahaja Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Dari Salman Al-Farisi r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. Apabila seseorang mengangkat tangannya di hadapan Allah, memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong”. (Riwayat Tirmizi)
Oleh itu, marilah kita mengamalkan doa penenang hati di atas untuk meredakan perasaan sedih, marah, gelisah, stres, dan mengusir semua perkara negatif dari fikiran kita.
MW: Tidak perlulah hilang kewarasan kita dengan melakukan perkara yang tidak baik. Ubati dengan doa-doa pendek dan zikir untuk meredakan amarah itu, Mudah-mudahkan kita diberi ketenangan. Aamiin.
Sumber: Imam Muda Hassan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita