Hilangnya seri dalam rumah tangga, bila tiada lagi gurau senda antara suami isteri. Apabila kita tidak lagi bergurau senda dengan pasangan, tidak lagi bergelak ketawa bersama, tidak lagi bermanja dengan pasangan, tidak lagi bertukar cerita dan pandangan, serta apabila kita tidak lagi berkongsi perasaan dengan pasangan, maka pada saat itulah sebenarnya seri dalam rumah tangga kita telah hilang.
Hilangnya Seri Dalam Rumah Tangga
Hubungan berubah menjadi “kau kau, aku aku” – masing-masing dengan cara hidup sendiri, meskipun tinggal di bawah satu bumbung. Walaupun tidur sekatil, kehidupan dijalani secara berasingan. Komunikasi dan kemesraan, yang seharusnya menjadi tunjang rumah tangga bahagia, semakin pudar apabila seri itu telah hilang.
Bila Tiada Lagi Gurau Senda Antara Suami Isteri
Apa Itu Seri Dalam Rumahtangga?
Seri dalam rumahtangga ialah kemanisan dan kebahagiaan yang terpancar melalui gurau senda, gelak ketawa, dan kemesraan antara suami isteri. Isteri manja dengan suami, suami pula melayan kerenah isteri – semuanya penuh dengan usik mengusik yang menghidupkan suasana bahagia.
Walaupun tanggungjawab berat dan kewajipan bertambah, ia tidak seharusnya menjadi alasan untuk kita mengabaikan usaha menjadikan rumah tangga terus berseri. Sebaliknya, kekuatan cinta dan komunikasi yang baik adalah kunci untuk memastikan hubungan kekal hidup dan indah.
Punca Pudarnya Seri Dalam Rumahtangga
Antara punca hilangnya seri adalah rasa cinta yang semakin pudar, perasaan yang dipendam terlalu lama, serta bebanan hidup yang tidak dibincangkan bersama. Ada juga yang menganggap bahawa kemesraan dan kasih sayang hanya perlu dipupuk sebelum perkahwinan, tetapi hakikatnya cinta itu perlu dijaga sepanjang perkahwinan.
Hidup berpasangan memerlukan rasa cinta, kasih, dan perhatian antara satu sama lain. Jika tiada rasa, hubungan akan menjadi hambar dan kosong.
Ads
Tanya Diri Sendiri
Lihat semula keadaan rumah tangga anda, adakah ia masih memiliki seri yang pernah ada? Jika tidak, mungkin sudah tiba masanya untuk memperbaiki apa yang kurang, demi kebahagiaan bersama.
“Sentiasalah bercinta dan menyayangi pasangan, bukan hanya sebelum berkahwin tetapi sepanjang hayat bersama.”
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
Ads
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mahasiswa dulu memang kental. Sudah terbiasa hidup susah, tapi tahu bagaimana mahu mengubah situasi sukar menjadi peluang yang membina masa depan hari ini.
Perkongsian Abdul Qayyum Hadi (Abu Syifaa’), tenaga pengajar bahasa Arab di CALSD ini boleh dijadikan panduan yang cukup baik untuk anak-anak muda. Beliau mendirikan rumah tangga ketika masih dalam pengajian.
Selepas menjadi suami, Abdul Qayyum jimat cermat uruskan wang bulanan yang ada. Untungnya, isteri juga mempunyai pengalaman dan pemikiran yang sama.
Mahasiswa Ikat Perut
Adakah situasi terkini dengan 10 tahun lepas sama? Saya tak pasti. Cuma saya teringat:
“10 tahun lepas saya dan isteri, Norfatihah Omar melangsungkan perkahwinan ketika sama-sama masih dalam pengajian. Tak terfikir pula istilah ikat perut.”
Berbekalkan pinjaman PTPTN (sekarang masih istiqamah membayarnya) + buat kerja home tuition dapatlah menyara keluarga TANPA meminta bantuan kewangan daripada keluarga (untuk tujuan makan minum).
Pada 2010 kami membeli kereta baharu VIVA, kami istiqamah membayar ansuran bulanan TANPA sangkut sehinggalah habis tempoh ansuran. Selepas habis ansuran, kami beli Alza pula. Itu sahaja kemampuan kami.
Apa yang kami lakukan?
Hanya sikap berjimat cermat jalan penyelesaiannya. Bukan jadi Haji Bakhil ye. Tapi berbelanja ikut situasi semasa. Perangai ini terbawa-bawa sehingga kini.
Sebagai contoh, kemampuan isteri saya sebagai guru kerajaan memang boleh dapat lebih daripada sekarang. Banyak benda beliau ‘tak jadi beli’ sebab memikirkan banyak perkara.
Kawan-kawannya hairan kenapa tak upgrade diri dengan peralatan dan perhiasan diri yang class class gitu. Dia tak minat.
Buku catatan dari zaman mahasiswa masih elok disimpan.
Pelajaran Dari Zaman Mahasiswa Berguna Sampai Sekarang
Saya katakan “inilah yang kita belajar masa kita susah dulu“.
Kita sangat menghargai wang dan pendapatan yang diperolehi. Jangan biarkan ianya berlalu dengan begitu sahaja.
√ Buat simpanan tetap. √ Niatkan wang simpanan akan digunakan untuk membantu saudara mara kita atau ibu bapa kita yg dalam kesusahan. √ Dan ketika berbelanja, fikirkan apakah sesuatu barang tu keperluan atau kehendak. √ Jangan sertai mana-mana aktiviti scam. √ Berdoalah agar kita tidak terjebak dengan perkara itu.
Kita banyak mengorbankan diri kerana mahu nampak gah di sisi orang lain. Tapi diri merana. Jadilah diri sendiri.
Banyak benda lagi yang boleh dipelajari dalam hidup ini. Berjalan atas kehendak Ilahi, pasti hidup akan diredhai.
Catatan Isteri Bila Baca Perkongsian Semula Suami
Ini tulis isterinya, Norfatihah Omar, “Kumpul duit beli barang baby last minit. 30 july baby dah lahir. Bila tengok catatan ni rasa berair dan menitis air mata. Suka duka masam manis ado blako..alhamdulillah.“
MW : Jadi anak-anak muda, andai ketika ini anda merasai sukarnya menuntut ilmu di jalan Allah. Maka, kentalkan hati dan emosi. Kerana pelajaran waktu susah inilah, kelak jadikan anda seorang yang hebat.
Sekali sekala, kalau keluar makan atau terjumpa barang kesukaan suami, tak salahpun belanja suami untuk gembirakan dia.
Selalunya, isteri mengharapkan suami gembirakan hatinya. Tapi bagaimana pun nak gembirakan hati suami. Mungkin inilah salah satu caranya, jangan berkira untuk belanja suami. Percayalah, dengan cara ini boleh membuatkan rezeki isteri bertambah-tambah.
Antara perkongsian daripada Nor Zaleha Hasan Basri ini untuk isteri yang nak rasa rezeki berlebih-lebih, cubalah amalan ini.
Khas untuk Isteri yang nak rasa rezeki terlebih-lebih (Dengan Izin Allah Taala)
Jangan berkira-kira dengan suami. Meskipun yang layak Isteri menerima belanja dari suami.
Jangan berkira dengan mak ayah atau mak ayah mertua. Ikram mereka seikhlasnya walaupun dalam kocek tinggal berapa keping je.
Jangan berkira dengan anak-anak. Gembira mereka, rezeki kita Insya Allah akan hadir lebih & lebih lagi.
Jangan berkira dengan adik beradik pun. Biarpun adik beradik gajinya lebih dari kita.
Jangan berkira dengan saudara mara dekat mahupun jauh. Usaha call, usaha tanya, usaha juga ikram mereka.
Jumpa sahabat dalam kesusahan, bantulah. Tidak dari wang ringgit, cukup untuk bertanya keadaan.
Tidak semua ada wang yang banyak untuk diberi, cuma kita ada kudrat. Gunalah & infaklah kudrat tersebut kerana Allah Taala.
Ramai susah nak bangun tengan malam. Namun kalau kita cuba juga usaha, di situ sudah ada pahala berganda. Sebab nak bangun malam, nak doa untuk suami/isteri, anak anak, mak/ayah, adik beradik, saudara mara, sahabat — agar diampunkan dosa mereka dari akil baligh sehinggalah ke hari Allah Taala ambil nyawa mereka.
Cubalah.
Tak semua pun, cubalah buat salah satu.
Bila buat jangan harapkan apa apa.
Ikhlas kan sahaja & yakin Allah Taala akan pulangkan semula. Tidak di dunia, lagi banyak & kekal di akhirat sana.
Waktu sekarang, tak dibayar semula dekat dunia pun takpe dah — semua duk berkejaran kumpul saham pahala untuk nak masuk Syurga.
Kalau kita rasakan amalan kita dah cukup, dah confirm Syurga itu kita punya — abaikan je dekat atas.
Mingguan Wanita : Bila kita tak berkira, Insya Allah, rezeki sentiasa ada. Percayalah.
Nurul Syuhada timang anak keempat, tahniah diucapkan buat pemilik nama sebenar Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin yang telah selamat melahirkan anak keempatnya.
Bekas Pengacara Mingguan Wanita Talkshow dan Personaliti televisyen ini memaklumkan menerusi hantaran di Instagram dirinya berasa bersyukur selamat melalui proses bersalin.
Nurul Syuhada Timang Anak Keempat
Isteri kepada Raja Amir Shah Raja Azwa ini memaklumkan perkembangan terkininya di mana anaknya dilahirkan normal ketika usia kandungannya hampir mencecah 41 minggu.
“Terima kasih semua untuk bunga dan buah-buahan. Selepas 41 minggu di dalam perut ibu, segala pujian bagi Allah saya dilahirkan,” kongsinya.
Kegembiraan ibu kepada empat cahaya mata ini terserlah apabila menunjukkan hadiah yang diterima daripada ahli keluarga dan rakan terdekat sempena kelahiran anaknya.
Namun pada perkongsian tersebut Nurul Syuhada tidak memaklumkan jantina anak mereka.
Paling istimewa dalam masa yang sama Nurul Syuhada juga memberitahu suaminya ada bersama ketika bertarung nyawa melahirkan anak mereka.
“Tahnia ibu saya yang lalukan terbaik untuk keluarkan saya dan sudah tentu ayah saya juga ada bersama menyambut kehadiran saya dan memotong tali pusat,” tulisnya.
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...