
Badan berpeluh, jangan basuh muka..nanti tumbuh panau.
Kadang-kadang, kita tak sedar ada panau yang datang menyinggah kat muka. Bagi anda yang bernasib baik, panau ada kat belakang atau anggota badan yang tidak dapat dilihat.
Begitu juga anak-anak, panau mungkin mudah diperoleh pada anak-anak, lebih-lebih lagi pada anak yang aktif. Sebab itu, orang tua cakap, kalau badan berpeluh, jangan basuh muka, panau cepat melekat.
Satu hal pula untuk merawatnya. Kalau dibiarkan,makin banyak pula panau akan tumbuh. Sekarang, tak perlu risau, ada cara yang mudah untuk mak-mak rawat panau yang melekat di muka atau mana-mana anggota badan. Cuba cara ini.
Buah Pinang
Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.
Daun Kesum Dan Minyak Tanah
Campurkan segenggam daun kesum dengan minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan setiap hari.

Halia
Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Basuh dengan air bersih. Amalkan selalu.
Bawang Putih Dan Halia
Tumbuk dua ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.
Lengkuas
Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Sangka… Hanya Guna Kata-kata, Ibu Ayah Ini Mampu Pujuk Anak Solat Tepat Pada Waktunya

Isi Kandungan
ToggleMak ayah tak boleh sesekali pandang mudah soal nak pujuk anak solat dari umurnya kecil sebab inilah akan jadi ‘pendinding diri’ bila dia melangkah masuk remaja dan membina rumah tangga dewasa kelak.
Haaa… cerita bab solat ini, mak ayah tak boleh ajar anak solat mudah-mudah sebab beribadat pada Allah pun kena biasakan anak buat tepat pada waktunya. Kelak dia buat apa pun akan lebih disiplin dan tidak akan melewatkan segala hal dalam hidupnya.
Macam mana nak didik, baca pekongsian ini….
Pujuk Anak Solat
Solat adalah amalan pertama yang dihisab di akhirat nanti, bukan puasa, haji, zakat atau infak yang kita buat. Jadi jika puasa tetapi tidak solat, sia-sia juga. Solat tidak ada fidyah atau tebusan tetapi puasa boleh ditebus dengan fidyah. Jadi macam mana nak ajar anak solat agar ikut waktunya, tidak melambat-lambatkan malah dengar azan terus boleh bangkit untuk solat?
Ok, sebenarnya untuk suntik aura positif ini dalam diri anak-anak tak payah, anda boleh baca perkongsian dari Puan Ainizal Abdul Latif ini, agak ‘lembut’ tetapi in shaa Allah anak akan bertindak.
Kelmarin suami menasihati anak gadis saya yang lewat solat asar. Sudah di penghujung waktu. Memandang kan usianya sudah melebihi 10 tahun dan sudah menjengah baligh, pendekatan memarahinya dengan membentak- bentak mungkin tidak sesuai rasanya pada kami untuk di aplikasikan.
Tanggung jawab Seorang Ayah
Saya serahkan tugas menasihati anak perempuan ini kepada papanya.
Papanya bertanya, “Kenapa lewat sangat baru solat kakak..”
Dia menjawab dan mencari alasan untuk mempertahankan diri, ” Kakak tertidur tadi. Dah terjaga, tapi lepas tu tak sedar dan terlelap semula. Itu yang jadi lewat sangat..”
Papanya tidak fokus kepada alasannya, sebaliknya terus menyambung,
“Kakak, papa ada satu cerita yang papa nak ‘share’. Ada seorang bapa ni, dia dikurniakan seorang anak perempuan yang cantik. Sampai masa cukup umurnya, datang satu keluarga datang mahu meminang anak perempuannya.
Ketika keluarga tu menyatakan hasrat mahu meminang anak perempuannya, bapanya terdiam dan termenung seketika. Tidak lama kemudian, bapa nya mengambil keputusan untuk menolak pinangan tersebut.”
“Kenapa dia tolak pinangan tu papa? Bapanya kenal ke dengan lelaki yang meminang anaknya itu.”
Tanyanya laju dan berminat mahu tahu cerita seterusnya.
Papanya pantas menjawab, “Tidak. Bapanya tidak kenal langsung dengan lelaki itu. Ketika ditanya oleh pihak lelaki mengapa pinangan nya di tolak, bapa perempuan itu terus menjawab,
Sekiranya anak perempuan ku ini seorang yang menjaga solatnya, tidak pernah lalai dan solat diawal waktu, sentiasa menjaga auratnya, faham dengan Al Quran, maka sekarang juga aku terima pinangan ini. Namun, sekarang dia masih lagi berusaha menyempurnakan ibadahnya.
Dalam keadaan nya yang begini, aku risau bagaimanalah keadaan suaminya kelak. Kerana aku percaya pada janji Allah, bahawa perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jika dia sudah mampu menjaga semua ibadahnya dengan baik, aku yakin, Allah akan mengurniakan lelaki yang menjaga ibadahnya juga.”
Jadi kakak, jika kita mahukan yang terbaik, kita mesti lakukan yang terbaik juga.”
Saya lihat, mukanya sedikit berubah. Mungkin dia bermonolog, “Aku baru 12 tahun, dah kenapa nak cerita pasal jodoh yang baik…”

Lantas saya mencelah,
“Doa untuk dikurniakan pasangan yang baik bukan nanti apabila sudah sampai masa mahu berkahwin. Sebaliknya bermula apabila kita sudah menanggung dosa sendiri.
Sesungguhnya ayat Allah ini sungguh memberi motivasi untuk beribadah dengan sempurna dan Allah menjanjikan balasan dengan pasangan yang sama dan sefikrah dalam hal ibadah.”
An-Nur : 26
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
Dia mula termenung dan kelihatan lebih tersentuh apabila di ‘hidangkan’ dengan dalil daripada Allah. Saya terus menyambung lagi.
Betapa pentingnya menjaga solat dan memiliki kerurunan yang menjaga solat sehinggakan Allah merakamkan doa Nabi Ibrahim di dalam Al Quran sehibgga hari Qiyamat nanti.
Ibrahim : 40 :
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
Jadi untuk mendapat jodoh dan keturunan yang baik, segalanya bermula dengan memperbaiki diri dan amalan kita terlebih dahulu.”
Bermula hari itu, sekiranya ingin mengingati anak dara ini bersegera dengan solat, bukan lagi menyuruh-nyuruhnya solat, sebaliknya ungkapan :
“Kakak, lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik…”
Menjadi motivasi paling ampuh yang papanya gunakan untuk menyegerakannya untuk bersolat.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bentuk Keyakinan Diri Anak Dengan Agama

Isi Kandungan
ToggleKeyakinan diri penting bagi diri seseorang. Dengan keyakinan diri yang kuat, membolehkan seseorang itu menunjukkan potensi diri yang sebenar. Keyakinan ini terbentuk sejak dari awal usia anak.
Panduan
Justeru peranan ibu ayah dalam perkara ini amat penting. Galakan serta kasih sayang yang diberikan amat membantu anak-anak membina keyakinan dalam diri. Walau bagaimanapun, perkara pertama yang harus dilakukan adalah menyediakan serta memberikan penjelasan tentang pegangan dan panduan yang harus memandu hidup anak.
Ini kerana, dengan mengenali asal usul dan peranan mereka dalam kehidupan bukan sahaja membantu anak untuk bertindak malah memberikannya arah dalam menentukan kehidupan.
Walaupun usia anak masih kecil, namun mesej yang ingin disampaikan dalam mendidik mereka harus konsisten. Sedari kecil minda anak menyerap begitu banyak maklumat yang seterusnya akan dikembangkan setelah dewasa dan menjadi makna dalam diri mereka.

Jalan Kehidupan
Peranan kita di awal usia ini adalah memberikan input-input serta maklumat-maklumat yang baik agar sewaktu dia sudah mampu membina sebuah makna, makna tersebut selari dan sejajar dengan shariat dan hakikat hidup beragama. Mengapa perkara ini penting?
Hal ini kerana, agama adalah jalan kehidupan. Ia bukan hanya ritual yang harus diamalkan malah ia adalah panduan untuk mencapai kebahagian hakiki di akhirat. Hakikat kehidupan manusia yang diberikan kehidupan di dunia adalah untuk menyempurnakan janji yang diucapkan dihadapan Allah SWT harus diperjelaskan kepada anak. Agar kehidupan mereka sejajar dengan perlaksanaan ini.
Tahap
Cara penjelasannya adalah mengikut tahap. Jika anak berada dalam fasa pertama kehidupannya, apa yang sering ibu ayah sebut, lazimi dan tunjukkan melalui tingkah laku mereka adalah ladang informasi terbesar buat mereka. Kemudian disusuli dengan penerangan ringkas yang diberikan sedikit demi sedikit.
Analogi bagi menerangkan perkara yang kompleks amat membantu. Anak-anak kecil kita amat suka bercerita dan mendengar cerita, jadi, jadikanlah kekuatan ini sebagai pendekatan utama dalam penyampaian kita.
Anak harus jelas, Allah bukan hanya di tikar sembahyang malah Allah adalah tempat kita bergantung dan berharap dalam setiap perkara. Dia bukan sahaja dirujuk sewaktu kita dalam kesusahan malah tempat kita menyatakan syukur dan kegembiraan. Dalam apa jua perkara kita harus berharap hanya kepada-Nya kerana kita adalah hamba-Nya dan pengakhiran yang diharapkan adalah pertemuan dengan-Nya
Sayang Allah
Bagaimana perkara ini membantu membina keyakinan dalam diri anak? Ia terjadi apabila anak jelas mengetahui bahawa kehidupannya di dunia adalah sebagai hamba Allah dan dia hanya harus mengharapkan Allah sayang dan suka kepadanya bukan orang lain dan bukan juga perkara lain. Orang dan perkara lain yang ada dalam kehidupannya adalah perkara yang harus diuruskan dengan baik sebagaimana yang Allah kehendaki.
Dengan pengetahuan bahawa ada jalan yang harus diikuti dan adanya Allah yang sentiasa menerima keadaan hamba-Nya tanpa syarat maka di sini anak tidak sekali-kali akan menumpukan perhatiannya kepada perkara yang sia-sia.
Bahkan perkara-perkara ini tidak menjejaskan jati diri dan keyakinannya dalam menempuh kehidupan. Malah dia akan terkesan jika melakukan perkara yang menyalahi syariat kerana pada kefahamannya Allah tidak suka dan segera memperbaikinya. Malah dengan mengetahui Allah menyukai hamba-Nya yang berusaha memperbaiki kesilapannya maka keyakinan dirinya akan cepat kembali.

Perhatian Serius
Perkara ini harus diberikan perhatian serius dalam mendidik anak-anak. Mereka harus mengetahui bahawa ada jalan yang harus diikuti dalam menelusuri kehidupan mereka sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya.
Di sinilah sumber keyakinan yang sebenar. Keyakinan yang didasarkan dengan kekuatan ini akan lebih lama bertahan daripada keyakinan yang didasarkan oleh sumber luaran dan persekitaran.
Realiti Dunia
Justeru, segmen pendidikan tauhid ini harus terlebih dahulu diberikan agar dalaman dan cara pandangnya terbentuk lebih dahulu sebelum dia berhadapan dengan realiti dunianya yang begitu mencabar. Ini bagi menyediakan jati diri yang jitu sebagai seorang Muslim yang mampu berhadapan dengan dunia yang penuh cabaran.
Rakan penjaga yang dihormati, dahulukan perkara perlu didahulukan dalam mendidik anak-anak. Agar dia tidak tersasar daripada jalan syariat dan mampu memahami hakikat yang penting dalam dirinya dan kehidupannya. Jati diri sebagai seorang Muslim yang mempunyai tujuan kehidupan ini harus menjadi pegangan yang kuat dalam dirinya kerana ini jugalah sumber keyakinan hakiki. Wallahuallam.
Artikel ini dikongsikan oleh Dr. Nurul Asiah Fasehah bt. Muhammad, Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia, juga penulis tetap ruangan PERMATA HATI di dalam Majalah MINGGUAN WANITA.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya Doa Ini Rasulullah SAW Baca Sebaik Solat Dhuha, Bagi Rezeki Mengalir Lancar

Isi Kandungan
ToggleRamai di antara kita, melakukan solat sunat dhuha dengan pengharapan agar Allah memberikan rezeki kepada kita sebanyak-banyaknya.
Rupanya ada doa, yang Rasulullah SAW baca sebaik baginda rasul selesai melakukan solat sunat dhuha. Amalan inilah yang kelak memastikan rezeki mengalir lancar.
Inilah yang dikongsikan oleh Puan Pidah Buyar yang membetulkan perkaitan solat dhuha, rezeki dan diri kita sebagai penerima rezeki.
Inilah Doa Yang Rasulullah SAW Baca Sebaik Selesai Solat Dhuha
Solat Dhuha selalu dikaitkan dengan urusan rezeki, kebanyakan dari kita setelah solat Dhuha doa minta kelancaran rezeki.
Itu yang sering dilakukan…
Tapi tahukah anda apa doa Rasulullah SAW setelah solat Dhuha?
Apa doanya?
Dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, ia berkata bahawa Rasulullah SAW selesai solat Dhuha, baginda mengucapkan:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَتُبْ عَلَيَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمِ
ALLOHUMMAGHFIR-LII WA TUB ‘ALAYYA, INNAKA ANTAT TAWWABUR ROHIIM..
(Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang) – sampai beliau membacanya seratus kali.
(HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 619)
Doa ini dibaca seratus kali setiap solat dhuha.

Baca : Sujud Terakhir Amalkan Baca Surah At-Taubah Ayat 128-129, Rezeki Masuk Tak Putus
Bukan Rezeki Tidak Datang…
Mengapa doa Rasulullah SAW tiada berkaitan dengan rezeki?
Kata orang solat Dhuha untuk memperlancar rezeki.
Jadi begini…
Bukan rezeki yang tidak datang tapi dosa-dosa kita yang menghalangi rezeki itu masuk.
Kalau dosa-dosanya sudah diampuni, Insya Allah rezeki mengalir lancar kerana penyumbatnya, penghalangnya (dosa) sudah tidak ada.
Doanya dibaca 100x, Pagi kan kita sibuk kerja, banyak urusan, kalau harus baca 100x sambil duduk di tempat solat mungkin tiada kesempatan, jadi bagaimana??

Doanya boleh dibaca sambil membuat kerja, kerja sambil dalam hati baca doa.
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya”
(HR. Muslim no. 1893).
Ilmu Harus Diamalkan Agar Menghasilkan manfaat.
Dan Ilmu Harus Disebarluaskan Agar Menjadi Tabungan Kebajikan.
Ilmu itu tidak dinamakan ilmu selagi mana ia tidak diamalkan.
Rujuk sini untuk panduan solat dhuha
Sumber/Foto : Pidah Buyar
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI