
Isi Kandungan
ToggleSeterika bagaikan satu kemestian wajib ada di setiap rumah. Namun bukan semua orang mampu untuk membeli seterika wap stim yang mahal, yang takkan hangus permukaannya. Ada yang mampu guna seterika biasa sahaja, yang kadangkala jika salah ‘setting’ boleh hangus terbakar baju. Malah menyebabkan permukaannya jadi kesat dan kasar sebab kesan hangus. Rupanya ada tip mudah untuk hilangkan kesan hangus pada permukaan seterika, hanya gunakan panadol sahaja dan ia memang berkesan.
Bahan-Bahan Diperlukan:
Panadol
Kain
Cara-Caranya:
1.Hidupkan suis ‘on’ macam nak seterika baju.
2.Patah-patahkan je panadol tu. Biarkan cair.
3.Selepas itu, gosokkan seterika panas atas panadol tersebut.
4.Buat sampai kesan hitam terbakar tersebut hilang.

Baca Lagi Di Sini:
Cara Pantas Gosok Baju Menimbun, Lapik Papan Seterika Dengan Aluminium Foil
Kaki ‘Iron Board’ Patah Sayang Nak Buang,DIY Pasang ‘Bracket’ Jimat Ruang!
Selamat Mencuba!
MW: Menarik juga tips dan petua yang dikongsikan ini. Jadi buat mak-mak yang ada masalah seterika berkerak atau mempunyai kesan terbakar bolehlah cuba yang dikongsikan ini, hanya menggunakan panadol.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tarik Buang Kulit Hijau, PETUA Masak Sayur Keladi Supaya Tak Gatal Bila Makan!

Tarik Buang Kulit Hijau, PETUA Masak Sayur Keladi Supaya Tak Gatal Bila Makan! Sayur batang keladi memang sedap apabila di masak lauk kampung seperti Asam Pedas Utara, Asam Rebus, Masak Lemak Cili Api dan sebagainya.
Namun nak siang sayur batang keladi ni ada caranya. Jika salah teknikya, tekak boleh jadi gatal-gatal bila dimasak kuah nanti.
Baca perkongsian daripada Kakak Jual Tujuh Laksa ini sebagai rujukan;
Petua nak masak sayuq keladi tak jadi gatai senang ja. Petua ni aku dapat masa tahun pertama aku berniaga Nasi Ulam & Sayur Keladi Asam Pedas Utara.
Makcik di market bagi petua. Makcik tu memang dok juai keladi di market. Petua dia ;
1. Kena tarik buang kulit hijau yang ada dekat batang keladi tu. Walaupun perniaga keladi dah tarik dekat kita siap-siap. Tapi masa dok basuh tu, tarik mana yang perniaga keladi tu terlepas pandang. Masa handle keladi pakai sarung tangan or plastik ok.
Kalau tak pakai nanti tangan jadi gatai.
2. Basuh bersih dan toskan. Tonyoh-tonyoh sikit keladi tu masa basuh tau.
3. Masak ayaq buh asam keping 3-4 keping dan buh garam kasaq sikit. Masak ayaq tu sampai mendidih.
4. Masuk batang keladi. Masak sampai empuk/lembut. Masa masak tu ampa balik-balik kan bagi semua bahagian keladi kena ayaq rebusan tu. Masak la sampai keladi lembut/empuk. Toskan. Buang ayaq rebusan dia. Siap. Confirm batang keladi ampa takkan gatai.
Pastu tahan ayaq, blend bahan nak buat asam pedas rebuih naik sampai mendidih dan masuk batang keladi yang kita dh siap tos tadi.
Aku guna cara ni ja, memang keladi aku masak tak jadi gatai lepaih dah siap masak. Sebelum juai, kami akan rasa kuah dan ambik keladi yang kecik untuk gigit dan rasa.
Memang tak gatai dah. Terima kasih pada ilmu yang makcik tu turunkan.
Semoga Bermanfaat!Selamat Mencuba.

Mesti Baca:Peniaga Sedekah Resipi Air Balang Keladi Aiskrim Vanilla Untuk 40 Liter!
Baca Lagi Di Sini:PETUA UWAN Hilangkan Getah Keladi, Masa REBUS Perah Limau Kasturi & Letak Asam Keping!
Artikel Menarik:‘Mulut Melecur’, Hati-Hati Buat Mak Ada ANAK KECIL, Bahaya Getah POKOK KELADI!
Mingguan Wanita: Begini rupanyan nak siang batang keladi. Pastikan buang dulu kulit hijau yang ada pada batangnya, barulah tak gatal bila masak nanti.
Sumber:Kakak Jual Tujuh Laksa
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
TRIK Langsir Eyelet Nampak Lebih Kemas Cantik Tersusun, Buat Macam Ni!

Isi Kandungan
ToggleJika di rumah mak-mak menggunakan langsir jenis ‘eyelet’ ada triknya untuk pastikan ia lebih kemas tergantung dan elok cantik tersusun.Hanya menggunakan ‘Air Conditioning pipe insultor’ sahaja.Mudah sangat caranya dan paip ini boleh beli di shopee je.
Bukan apa kalau kita gantung langsir seperti biasa, selalunya ia nampak tak kemas tersusun dan serabut berterabur. Jadi mak-mak boleh cuba cara ni pula.
Artikel Popular: Cuma Guna Cawan Plastik, Langsir Eyelet Jadi Elok Tersusun Tak Gelembung
Bahan Diperlukan:
‘Air Conditioning pipe insultor’ secukupnya
Gunting
Tali tape/ pembaris
Artikel Menarik: FORMULA Cara Kiraan Jahit Tali Pengikat Langsir, Barulah Elok Kemas Tergantung!
Cara Membuat:
1.Potongkan paip sama rata, anggaran dalam 5 inci.
2.Masukkan langsir dalam batang rod, kemudian selitkan paip diantara eyelet langsir tersebut secara berselang seli.
3.Kemaskan dan boleh gantung seperti biasa.
4.Hasilnya langsir memang nampak lebih kemas tergantung dan cantik tersusun.
Siap! Selamat Mencuba!
Mingguan Wanita: Boleh cuba trik mudah untuk pastikan langsir eyelet ini nampak lebih kemas tersusun. Mudah je ikut cara ni.
Mesti Baca: Cara JIMAT Ganti Lubang Penyangkuk Langsir Patah, Tak Perlu Beli Baru Pun!
Baca Di Sini: Tukang Jahit Ni Ajar Cara Mudah Nak Tebuk Lubang Langsir, Tak Perlu Hantar Kedai Lagi

Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
PETI AIS Kurang Sejuk, Baiki Sendiri Tukar Termostat Pencairbeku Modal RM12!

Isi Kandungan
ToggleSebenarnya kita boleh baiki Peti Ais yang kurang sejuk sendiri di rumah. Rupanya dengan menukar Termostat Pencairbeku dengan modal RM12, Peti Ais kembali berfungsi elok, sejuk dan beku. Memang jimat banyak duit bila buat sendiri berbanding hantar baiki di kedai.
Ikut panduan baiki peti ais tak sejuk, seperti yang dikongsikan oleh Jannatun Naim ini.
Pernah tak tiba-tiba peti sejuk kat atas beku, tapi kat bawah tak sejuk pun. Takpun atas bawah kurang sejuk? Jadi saya nak kongsi sikit. Selalunya yang jadi masalah ialah termostat atau sensor pencairbeku (defrost) yang rosak.
Jadi saya nak tunjuk kat mana dan cara nak tukar benda ini. Sensor ni saya beli online, sebab kedai tak buka masa PKP ni. Modal lebih kurang RM12 benda ni.
Peralatan Diperlukan:
Pemutar skru philip
Pengikat kabel (cable tie)
Termostat pencairbeku
Selotip hitam
Pengering rambut (pilihan)
Sebelum memulakan projek baiki peti ais, pastikan tutup dahulu suis peti sejuk. Risau peti ais tak beku, orang lain yang kaku nanti.
1. Buka Penutup Di Bahagian Atas Peti Sejuk
Kalau bukak cover bahagian atas peti sejuk, macam ni rupa dia, semua dah frozen, sebab tu bawah tak sejuk.
2. Tunggu Ais Mencair
Tunggu ais tu mencair sendiri. Saya tak kuasa nak tunggu, jadi guna hair dryer pon boleh nak bagi cepat cair. Tadah bekas. Senang nak buang ais yang cair tu.
3. Keluarkan Sensor
Ok, bila dah cair perasan tak benda tiub warna pink tu, haaa tu la sensor tu. Potong cable tie tu, tarik keluar sensor tu.
Ok ni keadaan sensor tu. Yang bawah tu, baru punya.
4. Gantikan Sensor
Ok macam ni.Potong wayar pada tiub asal sambung ke sensor baru.
5. Kemaskan
Akhir sekali, letakkan sensor pada posisi asal dengan menghalakan bahagian besi sensor ke bawah. Ikat wayar dengan kemas menggunakan pengikat wayar supaya tidak bergerak-gerak.Kemaskan guna heat shrink tube (warna hijau tu), kalau takda boleh guna selotip hitam (electrical takpe) pon tak apa.
Pasang semula penutup peti ais dan siap.
Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba!

Mesti Baca:‘Nak Jimat Elektrik, Off Peti Sejuk Waktu Malam.’ Sanggup Bagi Anak Makanan Basi
Baca Lagi Di Sini:Pintu Peti Sejuk Tak Rapat, Tukar Sendiri Getahnya Jimat RM100 Tak Perlu Upah!
Artikel Menarik:10 Barang Ini Sebenarnya Tak Perlu Simpan Dalam Peti Sejuk
Mingguan Wanita: Jadi jika ada masalah peti ais tak berapa nak sejuk tu, boleh cuba baiki sendiri di rumah. Tukar Termostat Pencairbeku je, modal baru RM12, memang lebih jimat berbanding hantar kedai baiki.
Sumber: Jannatun Naim
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI