Diduga hilang tempat berteduh, tiga bulan lima beranak ini tidur dalam MPV kerana itu satu-satunya cara yang ada.
Keperitan lima beranak ini adalah salah satu kisah di kalangan masyarakat yang terjejas teruk sejak pandemic Covid-19 melanda negara.
Bukan sesuatu yang mudah meneruskan hidup dalam keadaan sekarang. Alhamdulillah, kesusahan keluarga ini telah mendapat perhatian pihak berwajib.
Hilang Tempat Berteduh
Keperitan hidup lima beranak yang hilang tempat berteduh apabila terpaksa keluar dari rumah sewa mereka dan menjadikan kenderaan pelbagai guna (MPV) sebagai tempat tidur sejak tiga bulan lepas mendapat perhatian Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).
MAINS melalui hantaran di laman Facebook memaklumkan pihaknya menziarahi keluarga Muhammad Mujahid Mohd Kamal Jalani di sebuah lokasi di Bukit Chedang, Negeri Sembilan, bagi menguruskan bantuan yang diperlukan.
Tiga Bulan Lima Beranak Ini Tidur Dalam MPV
Hantaran itu menyebut Muhammad Mujahid, 32, dan isterinya, Sayidah Suhaila Mohd Shukri, 28, sudah empat tahun bermastautin di Negeri Sembilan serta mempunyai tujuh anak.
“Difahamkan, tiga anak mereka yang berumur 7, 8 dan 9 tahun ditempatkan di sebuah asrama kebajikan, seorang berusia 5 tahun dijaga oleh ahli keluarga lain manakala tiga lagi berumur 1 dan 3 tahun termasuk bayi berusia 3 bulan tinggal bersama mereka,” menurut hantaran itu.
Mempunyai Masalah Kesihatan
MAINS juga menyatakan Muhammad Mujahid mempunyai masalah cakera teranjak atau slipped disc manakala isterinya menghidap penyakit asma yang kronik menyebabkan usaha pasangan itu dalam mencari dan meneruskan pekerjaan terganggu.
Katanya, melalui zakat MAINS, keluarga itu akan dibantu dengan penempatan rumah sewa baharu beserta bayaran deposit, bantuan kewangan kecemasan dan barangan dapur. – Bernama
Baca Juga Di Sini:
Dua Bulan Pakcik Tidur Dalam Kereta, Raya Haji Ini Direzekikan Rumah
Tidak Mampu Menyewa, Tujuh Beranak Terpaksa Berhimpit Tidur Dalam Kereta
Tidak Mampu Betulkan, 6 Beranak Tinggal Dalam Rumah Hanya Lantaikan Pasir, Berdinding Kain
Mingguan Wanita : Sedikit sebanyak bantuan yang dihulurkan dapat meringankan beban keluarga kecil ini untuk meneruskan hidup. Semoga lima beranak ini terus tabah menghadapi ujian mendatang.
Sumber : Sinar Harian/ BERNAMA
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI