Rupanya Ahmad Aqil Akbar Zaid, 10, yang dilaporkan hilang ketika berbasikal dekat rumahnya di Persiaran 5/2, Bandar Baru Putra, Ipoh, awal pagi hari ini sebenarnya merajuk dengan maknya.
Kehilangannya diviralkan orang ramai dan syukur alhamdulillah dia ditemui selamat oleh orang awam di Kuala Kangsar.
Murid Sekolah Rendah Agama Al Hidayah di Ampang, dekat sini, itu ditemui di Taman Harmoni, Kuala Kangsar, kira-kira 50 kilometer dari rumah keluarganya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, siasatan awal polis mendapati kanak-kanak itu keluar sendiri dari rumah dengan membawa pakaiannya.
Wanita Yang Jumpa Ahmad Aqil
Sementara itu, bapa kanak-kanak itu, Zaid Mohamed Hashim, 38, berkata, dia dihubungi seorang wanita pada 2 petang yang mengaku menemui kanak-kanak lelaki menyerupai Ahmad Aqil di kawasan perumahan di Kuala Kangsar.
Ads
“Wanita itu menghubungi saya bertanyakan sama ada saya ada kehilangan anak.
“Dia kemudian mengirim gambar kanak-kanak berkenaan dan apabila melihatnya, saya pasti itu anak saya.”
Wanita itu memaklumkan dia menempatkan anak saya di rumah jiran berdekatan dan menghubungi saya untuk mendapatkan kepastian.
Ads
Menurutnya, dia dan isteri, Ainun Zaharah Ismail, 36, lega dan bersyukur anak mereka sudah ditemui.
“Dari tadi saya memang sudah tidak dapat berfikir kerana terlalu bimbang anak saya hilang.
Ads
“Dialah satu-satunya anak kami dan hati saya lega bila anak saya ditemui.”
Zaid mengucapkan terima kasih kepada penduduk dan orang ramai yang menyebarkan berita kehilangan itu di media sosial sehingga anaknya berjaya ditemui.
Dia dimaklumkan anaknya akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini.
Sebelum itu, hasil kerjasama penduduk menemukan basikal anaknya kira-kira 200 meter dari rumahnya pagi tadi sebelum dia membuat laporan kehilangan anaknya itu itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada 9.30 pagi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Adu jalan teruk terus pada Agong, panggil raja permaisuri Datin, rakyat Sabah memang best. Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Sabah bermula 3 September lalu masih berlangsung hingga kini.
Menariknya pasangan DiRaja ini sudi mencemar duli bertemu rakyat tempatan di sepanjang 900 km merentasi pelbagai dearah di Sabah tanpa sebarang protokol sebelum meneruskan kembara perjalanan ke Lawas, Sarawak dan Brunei Darussalam sebelum ke Miri untuk Kembara Kenali Borneo di negeri jiran itu pula.
Adu Jalan Teruk Terus Pada Agong
Sudah pasti ada pelbagai gelagat dirakam dan paling utama rakyat Sabah yang berpeluang menemui baginda berdua tidak melepaskan peluang merakam kenangan termasuk bersalaman dan berkongsi luahan perasaan mereka.
Apa yang menceriakan suasana, rakyat dilihat membuat aduan terus kepada Agong dan Raja Permaisuri Agong semua masalah-masalah yang dipendam mereka selama ini.
Jika sebelum ini, aduan jalanraya berlubang dibuat kepada JKR negeri dan YB yang dipilih rakyat tetapi nampaknya orang-orang di Sabah membuat aduan terus kepada Baginda berdua dan lebih menarik, Raja dan Permaisuri Agong melayan kesemua aduan termasuk Tuanku Permaisuri membuat cacatan di notanya sekaligus membuktikan keduanya berjiwa rakyat.
Malah dalam satu video lain, ada jeritan memanggil Tuanku Permaisuri sebagai Datin dan paling best dalam kembara Borneo ini, Tuanku dan Raja Permaisuri Agong begitu sporting melayannya.
Teruk sangat dah nie. Hari ini saja ada 3 laporan dari ibu bapa berbeza mengenai guru yang menampar dan suka mencubit murid. Ikuti temubual eksklusif MW jam 8.30 malam ini bersama Puan Zanariah Mohd Zabidi, berkaitan isu anak ditampar di muka oleh guru.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rumah sewa, tak semua berkemampuan untuk mendapatkan rumah sendiri. Harga rumah sekarang pun boleh dikatakan agak tinggi dan belum lagi bayaran bulanan yang perlu dilunaskan di bank.
Kalau dikira dan dicongak balik, macam tak berbaloi pula bila beli rumah, harga mahal belum lagi termasuk ‘bunga’. Rasanya sampai tua pun belum habis hutang rumah.
Tidak hairanlah ada yang rasa lebih mudah dan untung dengan tinggal di rumah sewa. Tak perlu fikir pasal bunga, hanya bayaran bulanan saja. Masing-masing ada pendapat tersendiri.
Ada orang yang tinggal di rumah sewa berpuluh tahun sampaikan ada yang cakap, ruginya sebab kalau rumah sendiri dah tentu habis bayar pinjaman di bank.
Jangan terus mengata, setiap orang ada pendapat tersendiri. Masing-masing punya pilihan. Menariknya perkongsian daripada Dzuriasikim Dzulkefli ini tentang kisah viral seorang pelakon yang sudah 32 tahun menyewa.
Saya ambil tangkap layar ini dari akaun Instagram milik seorang pelakon veteran yang memberitahu dengan jujur beliau akhirnya akan berpindah setelah 32 tahun menetap di rumah sewa.
Beliau juga ada menjawab pertanyaan dari salah seorang pengikut bila dikatakan tempoh 32 tahun itu adalah lama dan jika rumah itu dibeli pasti sudah habis dibayar.
Kata aktor itu, “Kalau bank benarkan pelakon buat pinjaman”…
.
Saya bukanlah pakar penasihat ekonomi. Jauh sekali dari bijak dalam hal hartanah.
Namun sangat suka untuk berkongsi kata-kata dari salah seorang sepupu saya…
Katanya….
“Aku sangat cemburu tengok orang yang tinggal di rumah sewa. Setiap bulan mereka hanya perlu bayar sewa rumah tanpa meminjam dengan bank. Dan tanpa perlu membayar bunga. Tidak ada hutang. Aku ada rumah dan kereta. Tapi semua ini hutang. Aku sangat takut kalau aku mati dalam keadaan berhutang dan belum habis bayar hutang aku semua ni termasuk segala bunga. Sedangkan orang yang menyewa rumah, kalau dia mati hutangnya mungkin hanya satu dua bulan sewa sahaja…”.
Barangkali kita berasa sedih apabila melihat orang susah mendapat pinjaman bank bagi membeli rumah, lalu mereka terpaksa menyewa rumah. Sedangkan apa yang menyedihkan adalah apabila ada orang yang terpaksa mengambil pinjaman yang besar untuk tinggal di rumah yang lebih besar.
Selalulah memandang dari sisi yang indah bagi setiap perkara. Segala ketentuan Allah adalah sangat sangat baik. Tidak ada satupun yang tidak baik.
Ketenangan & Kesihatan Lebih Berharga
Sebagai seorang wanita yang berusia, saya tidak hidup dengan mengumpul kekayaan dan harta. Ketenangan dan kesihatan adalah jauh lebih berharga buat saya.
Saya juga pernah menulis begini….
Segala harta yang kita ada ini hanyalah pinjaman yang tidak ubah seperti buku yang kita pinjam di perpustakaan sahaja. Apabila cukup masanya, kita perlu menghantar buku itu, nama kita akan dipadamkan. Kemudian akan dituliskan dengan nama peminjam baharu pula.
Begitu kita semua hidup di dunia dan menganggap segala yang kita ada adalah milik kita. Sedangkan semua hanyalah pinjaman semata.
Sungguh kita sangat mudah terleka dengan dunia. Sedangkan kehidupan yang satu lagi adalah lebih kekal.
Boleh jadi ada orang yang kelihatan miskin di dunia ini, akan lebih kaya di akhirat kelak.
Mingguan Wanita : Setiap orang ada pendapat tersendiri. Jangan mengutuk kalau belum diberikan rumah sendiri dan jangan rasa hebat dapat tinggal di rumah yang mewah. Sebab hidup ini sementara dan pinjaman. Nikmati kehidupan dengan tenang dan bahagia.
“Doakan Sarah, Bayi Dalam Kandungan Dipermudahkan Segalanya” begitulah doa seorang suami dan bapa. Sebelum ini penyanyi dan usahawan popular, Siti Sarah mendedahkan dia dan suami yang juga pelawak Shuib serta anak-anaknya disahkan positif Covid-19 pada 25 Julai.
Shuib Pohon Doakan Sarah & Bayi Dalam Kandungan Dipermudahkan Segala Urusan
Terbaru, Sarah dikhabarkan telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras dek kerana tahap oksigen yang semakin menurun.
Sarah yang sedang sarat hamil tujuh menaiki ambulan petang semalam bagi mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.
Malah menerusi perkongsian Shuib menerusi entri di akaun Instagramnya turut memohon orang ramai mendoakan agar kesihatan Sarah dan anak dalam kandungan dipermudahkan segala urusan.
“Assalammualaikum semua. saya mohon doakan isteri saya Siti Sarah Raisuddin.
“Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan. Allah Maha Segala-galanya,” tulis Shuib.
Malah menerusi entri yang satu perkongsian video menunjukkan Sarah sedang mencium anak-anak sebelum dibawa ke hospital begitu meruntun jiwa yang menonton.
Seperti mana yang dimaklumkan Pengurus Sarah, Nana Mohd. Rom daripada syarikat Indigital Music Sarah sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin semalam.
“Sarah sekeluarga sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin hari ini (semalam) tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan membuatkan Sarah terpaksa mendapatkan rawatan lanjut,” terang Nana.