Hilang Orang Yang Tersayang, Nora Ariffin Kongsi Ziarah Kubur “Satu ‘terapi’ Yang Sangat Melegakan Pasangan”

Share

Hilang orang yang tersayang, Nora Ariffin kongsi tentang ziarah kubur. Kehilangan seseorang untuk selamanya memang sangat menyedihkan. Bukannya sesuatu yang mudah untuk melupakan malah antara cara untuk mengatasi adalah dengan menziarahi pusara.

Hilang Orang Yang Tersayang, Nora Ariffin Kongsi Ziarah Kubur Satu Terapi

Seperti mana yang dikongsikan penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin yang telah kehilangan arwah suami dan anak tersayang, beliau menyatakan pengalaman yang dilalui dan turut berkongsi kisah dari insa yang senasib dengan dirinya.

Menurut Nora, apabila kehilangan orang yang tersayang perkara yang sering dilakukan adalah berdoa, sedekah tahlil, bacaan surah Yasin dan menziarahi kubur.

Ziarah Kubur Setiap Hari

“Hari ni saya nak share pengalaman yang dilalui dan berdasarkan perkongsian dari orang yang senasib dengan saya.

“Ziarah kubur tiap-tiap hari…..bercakap….. mengadu…..bercerita tentang cerita-cerita…..menangis kepada arwah…..adalah perkara biasa.

“Bukan pelik atau dianggap ‘psycho’ , depress atau murung.

“Its a one way communication tapi itu adalah satu ‘terapi’ yang sangat melegakan pasangan.

“Bukan berdosa dan salah pun, asalkan jaga batas-batas tertentu.

“Pendek kata, yang tak rasa, tak akan tahu dan faham.

“Maka jangan mengata pada orang lain. Lebih baik kita beri kata-kata baik dan sokongan.

“Pesan dan nasihat saya pada semua. Tiada apa pun yang kekal kat dunia ni.

“Apa yang kita ada adalah ‘pinjaman’ sahaja. Jangan sombong,” nasihat Nora yang begitu bermakna.

Baca Disini Juga: 

Terharu Tengku Permaisuri Norashikin Sudi Mengenakan Tudung Fazura Harga Kurang RM30

Insan Tersayang Hilang Sekelip Mata, Datuk Nora Titip Kata Semangat “Sabar, Redhakanlah Pemergian Mereka”

Pesan Nora “Jangan Keluar Rumah Bila Tak Penting, Saya Belajar Pada Kesilapan Lalu”

Semoga Nora Cekal & Tabah 

Menerusi perkongsian tersebut, Nora dibanjiri doa yang terbaik dari para pengikutnya yang juga terdiri dari rakan artis dan peminat.

dafiismailsabri – U do u kakak….ur so strong..and have always been an inspiration to many including my self ❤️

ritaazuraini – Saya pun hari2 pergi ziarah kubur arwah suami . Dah 8 bln arwah suami tinggalkan saya dan anak2 . Setiap hari saya akan berckp dan berbual di kubur arwah suami mcm2 benda saya share dgn arwah suami ..rasa tenang sgt bila dh luahkan kpd arwah suami .

puannurulhuda – Setuju..sy everyday g kubur arwah suami..dh jadi 1 terapi bt sy..bahagia sgt dpt melawat hari2 walaupun alam dh berbeza.. 🥰

amilliqah – Ya betui kadang blh ziarah kubur tu rasa macam terubat rindu….hya yg mengalami ja yg tau camna perasaan tu..

Sumber / Sumber Foto : Instagram Nora Ariffin

SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:

Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/

Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/

Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/

Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/

Untuk pertanyaan hubungi : 0196328758

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanitaMW

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Norhayati Suboh