Hilang Malu, Trend ‘Unboxing Pengantin’ Di TikTok Jadi Ikutan

Share

Mungkin sudah hilang rasa malu, demi ‘content’ dan ‘likes’ atau entah apa dalam fikiran segelintir pasangan pengantin baru, apabila trend ‘unboxing pengantin’ atau ‘unboxing by husband’ menjadi ikutan terutamanya di kalangan pengantin wanita bertudung baru-baru ini.

Kritikan Ramai

Menerusi perkongsian pengguna di laman TikTok mahupun di platform media sosial yang lain, trend yang semakin digilai ramai itu mendapat kecaman dan kritikan yang hebat daripada orang ramai.

Video yang dimuat naik itu memaparkan pengantin lelaki akan membantu membukakan tudung pengantin perempuan dengan menanggalkan setiap aksesori yang terdapat pada bahagian kepala pengantin terlebih dahulu.

Sementara itu, kedua-dua mereka masih memakai busana pengantin dan ia akan dirakam menerusi cermin oleh pengantin perempuan.

Rata-rata orang ramai yang menonton akan memberi pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Tak ada rasa malu ka rakam video seperti ini, aurat isteri perlu dijaga oleh suami,” kata Faez.

“Pengantin muda zaman sekarang ini mudah sangat terikut dengan perkara yang kurang baik, kononnya ikut trend, tapi lebih ke arah memalukan diri dan keluarga,”

ujar Wan Putri.

Dalam pada itu, seorang pengguna yang dikenali sebagai Cikgu Dell yang turut memuat naik video teguran kepada pasangan terlibat.

“Ramai orang perempuan saya tengok kurang rasa malu muat naik video rakaman ‘unboxing by husband’ di TikTok.

“Semua benda nak dirakam, kalau ada orang lain komen dan kecam, awak akan marah pula,” katanya.

Baca Lagi Di Sini:
Kerap Bermain TikTok, Suami Nekad Ikat Kaki Isteri Dengan Rantai Panjang

JODOH Jiran Depan Rumah, Rombongan Meminang Hanya Jalan 5 Langkah

Mingguan Wanita: Macam-macam hal. Boleh fikir sendiri yang mana baik dan buruk.Jangan malukan diri dan keluarga semata-mata nak mengikut trend yang boleh menjadi fitnah.

Sumber: KOSMO

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab