Figura seorang bapa memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian anak-anak, seperti yang ditunjukkan oleh maestro Dato M. Nasir dalam keluarganya. Seorang bapa yang berdedikasi dan penyayang, beliau menjadi contoh teladan yang baik, mengajar anak-anak tentang nilai-nilai seperti disiplin, integriti, dan kasih sayang.
Menurut isterinya, Datin Marlia Musa sempat berkongsi tentang peranan penting suaminya, M. Nasir, dalam keluarga mereka melalui temuramah bersama Mingguan Wanita sempena sidang media Konsert Dato’ M. N45ir Cipta baru-baru ini.
Mendirikan rumahtangga pada 31 Ogos 2000, Datin Marlia Musa menafikan persepsi segelintir pihak yang mendakwa suaminya seorang yang serius dan sukar untuk didekati.
Ads
“Ramai orang sangka dia seorang yang garang, serius dan ada yang kata dia tak berbual, katanya ‘man of few words’. Tetapi tidak, kalau begitu takkan lah saya berada di dalam perkahwinan ini selama 24 tahun.
Bukan Sukar Didekati Tetapi…..
Menurut Datin Marlia Musa lagi, komposer terkenal tersebut mempunyai sikap yang prihatin dan sering mengutamakan keluarga dalam setiap hal. Tambahnya lagi, Dato M.Nasir pasti akan mengambil tahu setiap aktiviti anak-anak melalui isteri tersayang.
“Kalau saya keluar dia mesti akan tanya pergi ke mana, seronok atau tidak, buat apa atau berbual apa dengan kawan-kawan.
Sama juga bila dengan anak-anak, dia selalu nak tahu apa yang mereka buat dan bagaimana hari mereka. Ada anak yang senang untuk bercerita dan ada yang tidak, tetapi sebagai ayah dia tidak pernah melihat benda itu menghadkan komunikasinya dengan anak-anak.
Ads
Dia selalu nak tahu, bila anak berkongsi cerita. Saya rasa itu satu benda yang bagus,” ujarnya.
Figura Bapa Dalam Diri M.Nasir
Bersempena Hari Bapa, aktres berusia 55 tahun tersebut mengagumi figura seorang bapa yang ditonjolkan oleh pelantun lagu Suatu Masa itu kerana ia telah memberi kesan yang besar di dalam kehidupannya.
“Saya sendiri kehilangan bapa semasa berusia 10 tahun, kenangan dengan arwah masih ada tapi ketika membesar saya rasa kekosongan. Jadi bila saya melihat bagaimana Datuk bersama dengan keluarga, saya berasa beruntung walaupun saya tak punya bapa tapi hari ini saya lihat bagaimana seorang ayah menyayangi anak-anak.
Ads
Ini satu sisi yang orang tak nampak, tapi dalam keluarga kami tahu dia bagaimana.
Untuk info, pasangan mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 dan memiliki seorang cahaya mata perempuan. Terdahulu, M.Nasir pernah mendirikan rumah tangga bersama Junaidah dan dikurniakan lima orang anak sebelum suri hatinya itu meninggal dunia pada 1998.
Mengenai perkembangan seni Dato M. Nasir, beliau dijadual mengadakan konsert DATO’ M.N45IR CIPTA pada 10 Ogos 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil. DATO’ M.N45IR CIPTA dibawakan khas oleh Icon Entertainment yang sentiasa menyokong karyawan seni.
“Teruskan hidup jangan toleh belakang, bahagiakan diri & anak-anak moga ada sinar bahagia” begitulah komen dari salah seorang warganet di akaun Instagram isteri kepada Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Rossa Sera.
Sekali lagi, penampilan Rossa Sera atau lebih mesra dengan panggilan Sera mencuri tumpuan pengikutnya di laman Instagram apabila muncul di kaca TV menerusi Program ‘Meletop’. Berkongsi kisah di sebalik konflik rumah tangganya ternyata ramai yang bersimpati dengan dirinya.
“Teruskan Hidup Jangan Toleh Belakang”
Sewaktu bersiaran, Sera seolah memberi bayangan hubungannya dengan Shuk sebagai suami isteri bakal berakhir tidak lama lagi.
Malah Sera juga kelihatan sedih apabila dua pengacara Meletop, Nabil Ahmad dan Uyaina Arshad mengajukan soalan kepadanya.
“Saya rasa sakit kali ini sekiranya memaafkan dia.
“Saya rasa tak bahagia dan macam mana saya nak bahagiakan orang lain kalau saya ada perasaan macam itu.
“Kami dah berbincang untuk ambil keputusan apa selepas ini.
“Saya memang akan fokus kepada anak-anak sahaja dan perniagaan.
“Mengenai kami mungkin cukup sampai di sini,” ujarnya.
Kongsi Sera lagi jika sebelum ini dia mampu memaafkan kesemua kesalahan Shuk kerana berfikir mengenai anak-anak. Namun, tidak untuk kali ini.
Anak-Anak Serta Mak Ayah Punca Kekuatan Hidup
Sera juga akui kini punca kekuatannya untuk teruskan hidup dan hadapi semua terjadi adalah semata-mata kerana anak-anak serta mak ayah.
Malah dia juga enggan meletakkan kesalahan 100 peratus ke atas Shuk selain takut itu adalah ujian untuknya juga sebagai seorang suami.
Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
“Moga Ada Sinar Bahagia Pada Masa Akan Datang” Warganet
Menerusi ruangan komen di akaun Instagram Sera ramai yang memberikan kata-kata positif kepada ibu dua orang anak itu.
Sekarang ni kalau nak potong ayam yang dah beli pun ada yang kena caj kan. Jadinya, mak-mak tak perlu bazirkan duit, walaupun berapalah sangat kan. Potong sendiri kat rumah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelakon terkenal Noorkhiriah ini cukup dekat dengan kerja-kerja amal. Sebelumnya, Noorkhiriah pernah mewakafkan kenderaan pelbagai guna (MPV), jenama Hyundai miliknya sebagai van jenazah. Terbaru, dia berniat pula mahu bantu suami mencari sumbangan untuk membaik pulih tandas wanita.
Menerusi instagramnya Noorkhiriah berkongsi gambar tandas wanita di surau Al Ikhlas Palm Spring yang dah uzur keadaannya. Sebak dengan keadaan itu, dia memohon sumbangan ikhlas followernya untuk sama-sama membantu menyiapkan surau wanita yang masih memerlukan kos sekitar RM10,000.
Katanya, surau Al Ikhlas Palm Spring ini baru saja menyudahkan kerja-kerja membaik pulih tandas lelaki. Namun, kosnya masih belum mencukupi untuk membuat tandas wanita.
Kongsi Noorkhiriah yang juga isteri, Azfaizul Ahtan ini,
“Mohon maaf kalau gambar-gambar ni agak mengelikan, cuma akak nak bantu Cik Suami cari sumbangan tuk membaik pulih tandas wanita di @suraualikhlaspalmspring area umah akak.. jika ada yang sudi menyumbang seikhlas hati boleh DM akak yer.. takde paksaan taw.. cuma anggaran dalam 10k.. sebab tandas lelaki dah siap atas sumbangan orang ramai juga.. semoga Allah Membalas Kebaikan Kalian, aammen yra..”
Noorkhiriah Terkedu Kebaikan Penyumbang
Ternyata perkongsian Noorkhiriah itu mendapat maklumbalas yang baik dari kalangan followernya. Terkini, dia memuat naik berkongsi yang sumbangan yang diperlukan itu sudah hampir mencukupi.
“Sampai jammed akaun dik. MasyaAllah.. semoga Allah membalas segala kebaikan kalian.” Tulisnya di instagramnya.
Sampai terkedu Noorkhiriah dengan kebaikan para penyumbang. Malah, pesannya lagi, jika sumbangan sudah mencukupi dia memohon agar orang ramai tak lagi memberikan sumbangan padanya.
Begitulah.. jika hati bulat diniatkan keranaNya, tentu saja Allah memudahkan lorong kebaikan itu. Semoga tuhan juga membalas kebaikan dan budi baik ibu anak tiga ini.
Dicerai tebus talak, Dottie bayar balik nilai mas kahwin. Pengacara dan pelakon Dottie atau Nor Syuhaida Ab Razak, 36, bersepakat dengan suaminya untuk menamatkan perkahwinan yang dibina pada 25 Disember 2016.
Dottie dan suaminya sah bercerai talak satu dengan suaminya Mohd Haffis Abu Hassan secara tebus talak.
Dicerai Tebus Talak
Seperti mana dilaporkan mStar Online, lafaz cerai telah dibuat oleh Haffis di hadapan Hakim Syarie, Mohd Tarmizi Jaafar di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.
Khabarnya kemelut perkahwinan mereka sudah lama dan akhirnya berakhir.
“Kami sudah setuju mencapai kata sepakat hari ini. Syukur urusan dipermudahkan,” ungkap Dottie.
Dottie turut diperintahkan untuk membayar sejumlah wang kepada Haffis mengikut nilai mas kahwinnya termasuklah nilai dua bentuk cincin yang diterima. Pada masa yang sama Dottie turut menyatakan dirinya telah memfailkan permohonan cerai pada Jun lalu.
Perceraian Jalan Terbaik
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Namun jelas Dottie perceraian merupakan jalan terbaik.
“Sebagai manusia yang ada perasaan, kadang-kala saya sendiri tidak boleh menerima hakikat. Sebelum ini ambil masa untuk kumpul kekuatan memfailkan cerai.
“Pernah ada perbincangan sebelum ini, namun tidak mencapai kata sepakat.
“Bukanlah gembira, tetapi perkara dah lama kusut dan akhirnya dapat dirungkaikan,” kongsi Dottie. Untuk rekod pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata.
Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...