Hilang 3 Hari, Kucing Bawa Balik Nota Pesanan ‘Tuntut’ Hutang Ikan Kembung!

Share

Memang risau bila kucing yang dibela, dijaga bagaikan anak sendiri hilang dari pandangan mata. Pula tu jenis yang tak biasa berada di luar rumah, memang cukup bimbang dengan keselamatan dan makan minumnya.

Selepas menghilang selama tiga hari, seekor kucing di Thailand akhirnya pulang kepada pemiliknya dengan sekeping nota pada leher.

Hilang 3 Hari, Kucing Bawa Balik Nota Pesanan ‘Tuntut’ Hutang Ikan Kembung!

Tuntut ‘Hutang’ Ikan Kembung

Nota tersebut dalam bahasa Thailand oleh seorang lelaki yang ‘menuntut’ hutang tiga ekor ikan kembong.

Dipercayai nota itu daripada seorang peniaga ikan yang memberikan kucing itu makan sepanjang kehilangan ia daripada rumah.

“Kucing anda mengambil ikan kembung di kedai saya.

“Saya berikannya tiga ekor ikan,” tulis nota itu sambil disertakan bersama nombor telefon lelaki berkenaan.

Foto kucing berkenaan yang dikongsikan seorang pemilik Facebook Chang Kuak, menjadi tular dan rata-rata warganet merasa terhibur dengannya.

Ada warganet yang berpendapat, kucing itu pasti menyesal dengan tindakannya yang suka merayau sampai tidak balik rumah, dan ada juga yang memuji kebaikkan peniaga ikan berkenaan.

Baca di sini:
Air Rebusan RUMPUT PENDUL, Berkesan Rawat KUCING Sakit Parvo, Selsema Atau Demam
“Guard Jumpa Dalam Semak, Tengah Gigil Takut, Terima Kasih Tuhan Temukan Balik Anak Saya,” Rita Rudaini

MW: Mungkin nota pesanan ‘tuntut’ hutang ini hanya sekadar gurauan. Kebarangkalian, peniaga ikan tersebut hanya ingin memastikan kucing tersebut selamat dan telah kembali kepada pemilik, tanpa perlu risau kucing tersebut dalam keadaan kelaparan.

Sumber: Era fm, kompas

Published by
Suhaidah Abd Wahab