Dalam setandan buah pisang, mesti ada salah satu yang tak menjadi. Itulah juga yang diberi perumpamaan pada satu keluarga. Ditakdirkan mak ayah diuji dengan dapat anak yang nakal, tak dengar kata dan menyakitkan hati.
Sedih dan makan hati bila salah seorang anak tak seperti anak-anak lain yang berjaya dan sentiasa membahagiakan diri mak ayah.
Namun, tanpa mak ayah sedar, salah seorang yang ‘tak menjadi’ inilah asbab anak-anak lain berjaya.
Apa yang dikatakan asbab tempias? Inilah yang dikongsikan oleh Amalina Nudin ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Rumah Bersepah, Tanda ‘Diserikan’ Anak Kecil, Beruntunglah! Mak Jangan Harap Bersih 24 Jam
Anak Tak Dengar Cakap Bukan DEGIL, Mak Ayah Gunalah Bahasa Mudah Bukan BEBEL
Info Lebih Menarik DI SINI
Seorang mak cik, dia bercerita pada seorang ustazah. Dia gembira cerita tentang anak-anaknya…
“Anak no 1 jadi ni…”
“Anak no 2 jadi doktor…”
“Anak no 3 jadi engineer….”
“Anak no 4 jadi Pensyarah…:”
Anak ke 6, 7 dan 8 pun sama.
Semuanya menjadilah anaknya…
Ustazah pun tanya.
“Anak No 5? Kenapa tak sebut???”
Ustazah jangan sebut, saya pantang dengar anak nombor 5 tu. Namanya pun saya tak nak sebut… banyak menyakitkan hati saya…
Suami saya tak bagi dia balik.
Dia sorang je tak menjadi mana.
Menagih dadah.
Saya dan suami tak nak mengaku dia anak kami. Sejak dulu lagi, tak pernah nak sejukkan mata kami.
Ustazah terdiam.
Kemudian berkata sesuatu yang mengubah cara fikir mak cik itu.
“Mak Cik, betul tak, kerana asbab anak ini, mak cik banyak menangis, banyak solat malam, banyak berdoa, banyak berzikir, banyak solat hajat, banyak minta orang ini dan itu doakan?”
Betul!- katanya.
“Mak Cik perlu berterima kasih pada anak no 5 itu…”
Kenapa Ustazah?
“Mak Cik perlu berterima kasih pada dialah paling banyak, asbab dialah anak-anak yang lain berjaya. Asbab dialah yang banyak membuatkan mak cik berdoa, membuatkan mak cik banyak menangis… sehingga, mak cik berada di landasan yang betul, ia jadi asbab anak-anak lain semuanya berjaya…Mak Cik terluka, jadi semakin dekat dengan Allah…”
Mak Cik terdiam.
Tunjukkan Kasih Sayang
Betullah Ustazah.
Kalau bukan sebab anak yang ini, diuji dengan dia yang sangat teruk, mak cik mungkin tidaklah dalam keadaan sentiasa berdoa dan berharap pada Allah.
Boleh jadi anak lain yang berjaya, adalah asbab anak itu. Asbab mak cik selalu menangis, doakan anak-anak. Sehingga tempias doa itu dapat pada anak yang lain. Kesian dia…
Akhirnya mak cik itu ajak anak dia balik.
Dia peluk, dia tunjukkan kasih sayang.
“Ustazah, apabila saya beri dia kasih sayang, dia berubah. Dah mulai dekat dengan masjid, banyak berkawan dengan orang masjid…”
“Walaupun masih ada lagi guna ‘benda’ tu sebab dah ketagih kan, susah nak tinggal, tapi nampak dah dia berbeza…”
Kisah diolah dari ceramah ustazah Asma Harun
DIA Lebih Mengetahui
‘Sesuatu’ sangat cerita ni!
Boleh jadi kita suka sesuatu, ia tak baik untuk kita. Maka Allah tangguhkan.
Boleh jadi kita tak sukakan sesuatu, namun Allah tahu ia lebih baik bagi kita.
Kita banyak tak tahu.
Allah Maha Mengetahui.
Rupanya, yang kita tak suka, yang buat kita banyak mengalir air mata, yang membuat kita banyak berdoa… itulah lebih baik untuk kita, berbanding kita sering dapat, apa yang kita mahukan, sepantasnya.
Banyak kali, jalan keberdekatan kita dengan Tuhan, melalui asbab terluka dan sedihnya kita.
Mingguan Wanita : Anak yang ‘tak menjadi’ itulah akan jadi harapan mak ayah bila tua kelak.
Sumber: Amalina Nudin
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita