Hikmah Doa, Pak Wan Dibenarkan Pulang “Semoga Allah SWT Membalas Jasa Baik Anda Semua!”

Share

Alhamdulillah hikmah doa dari semua, Alif Satar melalui entri di Instagram memberitahu datuknya telah dibenarkan pulang.

Selepas beberapa hari berada di hospital Pak Wan akhirnya dibenarkan pulang selepas rawatan Covid-19.

Hikmah Doa, Terima Kasih Buat Semua

Datuk kepada penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar yang berusia 91 tahun telah dibenarkan keluar hospital semalam. Datuknya itu telah disahkan positif Covid-19 pada 21 November lalu.

Pak Wan atau nama sebenarnya Mohamad Che Noh yang dirawat di Hospital Sungai Buloh telah boleh pulang kerumah.

“Itulah Pak Wan saya, Covid-19 yang selamat… 91 tahun di dalam kereta dalam perjalanan pulang!

“ALLAH ADALAH HEBAT. ALLAH BESAR. ALLAH BESAR. Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan Pak Wan.

“Semoga Allah SWT membalas jasa baik anda semua!,” tulis Alif yang percaya akan hikmah doa yang diberikan oleh semua orang ke atas datuknya.

Baca Juga Disini:

Lepas Alif Ibu, Bapa & Adik Positif Covid 19 “Doakan Isteri & Anak-Anaknya Dilindungi Jangkitan Virus”

Sedih Baca Luahan Hati Isteri Alif, Perasaannya Bercampur Baur Air Mata Peneman Setia

Alif Masih Di Hospital Melaka

Pada perkongsian itu juga Alif turut memaklumkan yang dirinya masih di Melaka.

Difahamkan, turut dirawat di Hospital Sungai Buloh ialah ibu, bapa dan adik bongsu Alif yang juga dijangkiti Covid-19 pada 23 November. Sebelum ini Alif disahkan positif Covid-19 pada 22 November dan kini masih menjalani rawatan di sebuah hospital di Melaka.

Jiran Tetangga Amat Memahami, Hulurkan Bantuan

Isteri Alif, Sha Dila Hadid 35, dan anak-anak mereka iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad ‘Ali, 1, bebas daripada virus itu dan masih dalam kuarantin di rumah selama 14 hari.

Walaupun Alif berada di Melaka namun dia berasa cukup terharu apabila jiran tetangganya sangat memahami dan membantu dalam kesusahan.

“Ni dia.. contoh #KitaJagaKita . Alhamdulillah Komuniti jiran tetangga Alif sangat supportive, memahami dan membantu dalam kesusahan..

“Alif sangat terharu. Neighbours alif tau tentang situasi keluarga alif sekarang dengan isteri dan anak-anak alif perlu kuarantin diorang semua offer bantuan, nak tolong buang sampah lah.. tolong hantar makanan lah ini baru betul #KitaJagaKita.

“THANK YOU MD COMMUNITY, YOU KNOW WHO YOU ARE Faith in humanity restored.

“p/s Harini rezeki @shadilahalid dengan anak-anak mom dad bought groceries for them and ada hamba Allah nama En Aziz dan Arsyad buat Nanas masak lemak dan our neighbour Jasmine tinggalkan depan pintu.” kongsi Alif penuh bermakna.

Sumber/Sumber Foto: Instagram Alif Satar
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Norhayati Binti Suboh