Hijrah Ramadan, Maryam Bersyukur Terima Hidayah Lepas Jadi Model Tudung

Share

Hijrah Ramadan, Maryam bersyukur terima hidayah lepas jadi model tudung. Bergelar seorang mualaf bukanlah satu perjalanan yang mudah. Apatah lagi apabila berubah dengan mengenakan hijab. Bukan mudah untuk mengekalkan perubahan itu kerana ada separuh yang terkandas di pertengah jalan penghijrahan.

Namun pempengaruh popular Maryam You Narae yang terkenal dengan Youtube Channel mereka Durian Kim Chi berasa sangat bersyukur dek kerana Ramadan kali ini Allah telah memberi dirinya hidayah untuk berhijrah menjadi seorang Muslimah sejati.

Hijrah Ramadan, Maryam

Isteri kepada Ryzal dan ibu kepada seorang puteri comel Rina ini juga akui dirinya berhijrah kerana kerelaan hatinya sendiri.

Menyatakan kisah hijrah, Maryam pada awalnya menerima tawaran sebagai model sebuah jenama tudung untuk Ramadan ini.

“Tiba-tiba saya dapat tawaran jadi model tudung untuk bulan Ramadan dan saya berfikir mungkin Ramadan kali ini saya nak cuba bertudung secara tetap.

“Dalam satu hari 20 tudung saya pakai… saya risau sebab dulu tak selesa, panas dan tak sesuai dengan saya.

“Tapi pada hari tersebut saya cuba pakai 20 tudung pun saya suka dan sangat selesa, jadi selepas itu saya konsisten pakai tudung sampai sekarang,” ungkapnya seperti mana dipetik menerusi mStar.

Pernah Diminta Tanggalkan Tudung

Berkongsi  lanjut cabaran hijrahnya, Maryam berkongsi pengalaman dirinya pernah diminta menanggalkan tudung bagi menjalani penggambaran sebuah iklan.

“Saya dah marah mereka tapi lagi saya marah lagi mereka minta saya tipu netizen, tak bolehlah.

“Jadi saya memang tolak tawaran mereka dan tak mahu buat apa yang mereka minta selepas itu mereka diam sahaja,” luahnya.

Baca Disini : Maryam Durian Kimchi, Suami Pilih Rina “MasyaAllah Comelnya Puteri Kesayangan Genggam Erat Jari Ayahnya”

Sumber : mStar Online 

Sumber Foto : Instagram Maryam

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?

Published by
Norhayati Suboh