Hijrah Kecil Rico Rinaldi ’Tak Sangka Rezeki Terus Hilang, Customer Minta Balik Deposit’

Share

Besar ujian yang perlu dihadapi pereka terkenal, Rico Rinaldi sebaik saja membuat keputusan untuk melakukan ‘hijrah kecil’ dalam perjalanan kariernya. Bila mana, beliau menetapkan untuk mereka pakaian yang tidak lagi ‘seksi’ di mata.

Kerana, Rico mulai sedar setelah mendapat penjelasan daripada pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun berkenaan keberkatan rezeki.

Sungguhlah, pendapatan yang berkat itulah yang paling diharapkan oleh setiap orang. Biarpun bergaji sedikit, apabila rezeki itu berkat, jumlahnya akan jadi luas. Malah, kadangkala berlebih sehingga dia mampu memberikan sedekah kepada orang lain.

Jika bergaji besar dan banyak, tetapi asyik hadapi kesempitan hidup pun susah juga. Namun, setiap orang itu ujiannya tidak sama. Paling penting, adalah bagaimana takwa nya hati menerima setiap ujian yang tuhan berikan.

Hijrah Kecil Rico Rinaldi

Kalau korang nak tau, bila aku buat keputusan ni sebaik sahaja aku dapat penjelasan dari Ustazah Asma’ Harun hampir 10 orang customer mintak deposit booking balik. Fuhh satu tamparan hebat pernah aku alami.

Bayangkan satu customer kau boleh dapat paling busuk RM3500-RM5000 tu paling basic untuk baju nikah. Tapi semua minta cancel. Time hantar text dekat manager aku tentang ‘hijrah kecil’ aku, hati aku sangat kuat dan yakin. Tapi tak sangka rezeki tu terus ‘hilang’ sekelip mata..

Rezeki Berkat Allah Yang Bagi

Tapi tak, aku percaya seperti mana yang ustazah cakap, rezeki yang berkat tu bukan manusia yang bagi, tapi Allah. Rezeki berkat tu luas, dia bukan banyak tapi dia boleh bawa ke syurga.

Kau bayangkan rezeki tak berkat tu macam mana? Ok kau banyak duit, then kau beli rumah, kereta, bagi asnaf bagi sedekah tapi semua tu tak berkat. Benda yang patut jadi pahala ke alam barzah mungkin boleh jadi sebaliknya. Takut memang takut.

Aku cuba istiqomah dan aku amat mengharapkan doa dan sokongan korang. Benda ni kita tak tau kan? Bahkan kalau aku dah akad dengan customer tu pun (contoh: saya buat baju seksi awak ni tapi saya taknak tanggung dosa ya) tapi sebenarnya aku jugak yang buat baju tu..

Takpe slow slow aku belajar dan slow customer akan faham. Korang boleh tengok video pencerahan ustazah ni kat IG aku (tengok kat feed). Semoga kita semua dapat masuk syurga sama-sama ok.

Mingguan Wanita : Keberkatan rezeki tak boleh diukur dengan gaji yang besar.

Sumber/Foto : Rico Rinaldi

Follow Mingguan Wanita di Telegram, Instagram, TikTok, Twitter dan Youtube untuk mendapatkan berita terkini dan artikel menarik.

Published by
Netty Ah Hiyer