Hijrah & istiqamah, Zizi jaga maruah suami serta keluarga. Sejak berhijrah dan kemudian mendirikan rumah tangga, penyanyi yang berasal dari Sabah, Zizi Kirana terus istiqamah.
Sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk seorang wanita mengekalkan imej Islamik apatah lagi terdedah dalam dunia seni.
Paling membanggakan sewaktu bersua wajah dengannya di sidang media pelancaran konsert Faztival Fazura Zizi mengakui enggan menyanyikan lagu-lagu lama yang mempunyai lirik kurang bersesuaian dengan imejnya yang berhijab.
Bukan itu saja Zizi juga bertuah kerana penganjur tidak pernah memintanya menyanyi lagu-lagu lama yang dikatakan agak ‘daring’.
“Alhamdulillah mereka sendiri faham dan memudahkan kerja saya. Jadi saya tak perlu jelaskan kepada mereka kenapa saya tidak mahu menyanyi lagu-lagu lama.
“Dengan imej sebegini tak bersesuaian saya nak nyanyi lagu-lagu lama saya.
“Mesej-mesej di dalam lagu itu tidak sesuai dengan imej saya yang berhijab seperti nak ajak orang lepak mamak semua,” kongsi Zizi yang turut mengakui tidak selamanya dia akan menyanyikan lagu berentak Hip Hop dan bercadang untuk menghasilkan lagu-lagu dakwah serta lagu yang berentak ‘world music’.
Mengusik tentang suaminya, Yusuf Bahrin, Zizi menerangkan sejak berkahwin dia perlu menjaga maruah suami dan keluarga.
“Sejak bergelar isteri, bila saya melangkah keluar dari rumah saya sentiasa ingat bahawa saya keluar membawa maruah suami dan keluarga.
“Itu yang saya kena jaga. Usia juga semakin meningkat.
“Jadi saya kena pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri,” jelasnya lagi.
Baca Disini : Zizi Menyanyi Selagi Dapat Izin Suami, Imej Berhijab “Tahu Batasan, Kurangkan Aksi Tarian Lincah”
Zizi Akui Tak Sesal Dengan Perubahan Diri “Allah Lebih Mengetahui Apa Yang Berlaku”
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Mingguan Wanita : Bagusnya Zizi Kirana, terus istiqamah dalam berhijrah.
Sumber Foto : Instagram zizi_kirana