“Hijab Adalah Pilihan Saya, Luahan Rasa Cinta Pada Tuhan..”, Mizz Nina

Share

Bukan mudah untuk istiqomah setelah memilih mengenakan hijab.Apatah lagi jika sebelum ini, pernah terleka dan terlibat dalam bidang seni yang penuh cabarannya. Sungguh pantas masa berlalu, tanpa sedar 2019 merupakan tahun ke-6 Hajjah Shazrina Tan Sri Azman, 38 atau lebih dikenali Mizz Nina, memakai hijab menjadi muslimah sejati.

Ramai mengetahui bahawa selepas berhijrah Mizz Nina telah meninggalkan kerjaya nyanyiannya yang ketika itu sedang berada di kemuncak. Mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, pada Julai 2011, kehidupan Mizz Nina kini lebih banyak kepada menyertai misi kemanusiaan.

Bangga Identiti Muslim

Kerap kali ke negara-negara bergolak atas misi kemanusiaan, Mizz Nina atau mesra disapa Nina telah berhijab sepenuhnya kira-kira enam tahun lepas dan kekal istiqomah hingga sekarang. Mizz Nina mengakui, wanita yang berusaha gigih memakai hijab bukanlah satu perkara yang mudah. Namun semuanya, dilakukan demi mendapat keredhaanSang Pencipta sekaligus berbangga dengan identiti muslim seperti dirinya.

Kisah penghijrahannya kerap kali dijadikan insipirasi masyarakat diluar sana kerana begitu memberi motivasi. Bersempena dengan World Hijab Day, Nina telah berkongsi sedikit mengenai kehidupannya sepanjang enam tahun berhijab di Instagram WoldHijabDay dan telah di muat naik kembali olehnya.

Bertudung Atas Pilihan Sendiri

Menurut Mizz Nina lagi, berhijrah memakai tudung merupakan atas pilihan dirinya sendiri.Ia merupakan cara dirinya dalam menzahirkan rasa cinta dan ketaatan pada yang Maha Esa.Dia juga turut ingin berkongsi rasa bahagia mengenakan hijab kepada semua wanita di dunia.Baginya, semua wanita harus bangga mengenakan hijab kerana ia adalah identiti seorang wanita Muslim.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Mizz Nina itu, rata-rata memberikan komen positif di akaun Instagramnya. Rata-rata mengakui bahawa kapsyen yang menceritakan serba sedikit mengenai kisah hijrahnya sangat mengispirasikan ramai.

MW: Alhamdulillah, kagum dengan penghijrahan Mizz Nina ini, berusaha menjadi muslimah sejati. Semoga Mizz Nina kekal istiqomah dengan penghijrahan beliau.

Sumber: officialmizznina, oh my media

Published by
Suhaidah Abd Wahab