Bidang jahitan dan kemahiran menjahit memang boleh menjadi sumber pendapatan sampingan yang lumayan. Malah mak-mak sangat jimat dan beruntung bila ada kemahiran menjahit ni. Sekurang-kurangnya boleh jahit baju anak-anak, suami dan baju sendiri. Malah baju,seluar yang koyak tak perlu hantar ke tukang jahit.
Jika nak serius dalam bidang jahitan pula dan nak belajar menjahit kena ada mesin jahit sendiri. Kena tahu pilih mesin jahit yang sesuai lebih-lebih lagi jika pertama kali beli.
“Ada tak yang dah set misi dan plan nak beli mesin jahit? Mungkin yang baru nak start belajar jahit, yang sedang mencari-cari mesin pertama, atau yang nak berjinak-jinak ambik tempahan secara serius.”
Di sini, kami nak kongsikan sedikit tips dan panduan untuk membeli dan memilih mesin jahit yang sesuai. Harap dapat membantu.
Kenalpasti berapa bajet. Survey mesin dalam lingkungan bajet yang telah ditetapkan. Tak salah untuk survey mesin baru dan tak salah juga try survey mesin 2nd hand yang berkualiti. Mesin 2nd high speed contohnya lebih baik dari mesin portable baru sebab lebih tahan lasak. Tapi pastikan warranty kedai ada sebelum beli.
Untuk apa dan berapa banyak jenis jahitan yang betul-betul perlukan. Kenalpasti guna mesin jahit untuk apa. Jahit pakaian? Jahit langsir? Atau crafting? Untuk jahit pakaian misalnya, jenis jahitan yang perlu hanya jahitan lurus. Mesin portable kebanyakkan ada 50-200 jenis jahitan, yup, sangat menarik tapi tak digunakan. Dan mesin portable yang bagus tak murah, harga boleh cecah RM1500, jadi lebih baik beli mesin high speed industri, boleh dapat dengan harga yang lebih rendah dan lebih tahan lasak.
Brand atau jenama penting, bergantung pada mesin jenis apa yang nak beli. Jika target nak beli portable, nasihat saya, beli brand kita familiar dan dah lama dalam pasaran contoh SINGER,Brother, Apple, Janome. Elakkan beli brand yang kita jarang dengar sebab kita kena fikir masalah nak cari spare part atau attachement mesin macam tapak, jarum atau lain-lain.
Tak semua kedai ada jual attachment untuk semua jenis mesin portable. Jika target nak beli mesin high speed, bagi saya, tak kisah brand apa semua ok. Mesin high speed tahan lama, lasak dan mudah diselenggara. Attachment mesin high speed sama je untuk semua jenis mesin kecuali jarum berbeza mengikut saiz (DB atau DP). Tapi jangan risau, ada jual kat mana mana kedai jahitan dan mudah dicari. Lagipun mesin portable dengan motor yang besar dan lasak harganya lebih mahal dari sesetengah mesin industri high speed.
Pastikan semasa membeli, mesin ada waranty yang sah. Dan paling penting servis selepas jualan yang kedai tawarkan. Pengalaman saya, ramai pelajar dan kawan-kawan yang beli mesin dari kedai even kedai ternama tidak memberikan servis selepas jualan yang baik.
Survey-survey dan tanya pendapat rakan-rakan/cikgu anda. Kadang-kadang lebih baik beli mesin dari personal technician dari kedai sebab personel technician memang kerja dia pergi rumah ke rumah untuk servis mesin.
Lastly, pilih mesin mengikut keselesaan. Jika ada target untuk aktif dalam bidang jahitan untuk tempoh yang lama, beli mesin yang dapat bertahan untuk tempoh yang lama. Bagi saya, portable vs high speed industri, high speed industri lebih bagus. Dan, mesin high speed still ada nilai dijual 2nd berbanding portable. Tapi, jika rasa jahitan hanya hobi sesekali nak menjahit, portable pun ok.
Harap tips yang diberi sedikit sebanyak dapat membantu memilih mesin pertama anda dengan baik. Tips-tips yang diberi adalah berdasarkan pengalaman peribadi sepanjang terlibat dengan dunia jahitan. Lain orang lain pendapat. Pilih mana yang terbaik untuk anda.
Selamat berjaya.
Baca Lagi Di Sini:
Rupanya Bila Beli Kain ‘Cotton’, PENTING Basuh Dulu Sebelum Hantar Jahit!
Makeover Bilik Baju Jadi Ruang Menjahit, Meja Lipat Mudahkan Potong Kain
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang berhasrat mahu beli mesin jahit, boleh ikut tip yang dikongsikan ini.
Sumber: Pusat Latihan Smart Skill