Hidup itu pilihan masing-masing, jadi berlapang dadalah bila prinsip kita bertentangan dengan orang lain. Tidak semestinya prinsip hidup kita wajib sama dengan orang lain. Malah jika berbeza sekali pun, cuba raikan perbezaan.
Tak perlu mak,ayah tegakkan atau mahu orang lain ikut prinsip anda iya. Ikuti perkongsian Intan Dzulkefli ini dan hadam baik-baik.
Ada orang, prinsipnya makan biar bercatu asalkan simpanan dapat empat angka setiap bulan. Ada yang berpendapat, bab makan jangan berkira, simpanan cukup 5 hingga 10 peratus gaji sudahlah.
Ada orang, prinsipnya tak wujud peluang kedua selepas pasangan curang sebab baginya curang ini pilihan. Ada yang prinsip sebaliknya, sebab baginya manusia ini sentiasa buat silap.
Ada orang, biarlah batalkan majlis kalau sudah nampak banyak red flags dari bakal pasangan. Tapi ada yang pilih, tak apa, manusia boleh berubah lalu teruskan pernikahan.
Ada orang, dia berpendapat duit hantaran perlu pihak lelaki usahakan sendiri 100 peratus sebab itu tanda kesungguhan lelaki mengahwininya. Ada yang fikir, nak hidup bersama selepas ni, jadi okay saja share 50-50 duit hantaran itu.
Sebab itu kadang kita hairan ada orang yang boleh bertahan dalam sekian-sekian keadaan sedangkan kalau ikut sesetengah orang lain, sudah lama dia pilih laluan ‘exit’.
Artikel Berkaitan:
Info lebih menarik, klik saja di sini.
Hidup Itu Pilihan
Pilihan masing-masing kan. Kadang yang buat kita kuat ini pun kerana prinsip dan pendirian kita. Bagi saya, setiap orang berbeza ‘limit’ masing-masing.
Semua orang ada caranya sendiri dalam mengemudi hidup.
Dan kita? Tak perlu ‘tegak’ dengan prinsip kita sahaja yang kononnya paling betul, bahkan cuma perlu berlapang dada apabila prinsip kita bertentangan dengan prinsip orang lain.
Prinsip orang begitu, dia yang lalui pilihannya.
Prinsip kita begini, harungilah pilihan kita sendiri.
Biarlah kita dengan cara dan hidup masing-masing. Pengakhirannya kita semua bertanggungjawab sepenuhnya atas pilihan dan keputusan yang kita pilih.
.
MW: Hormatilah cara dan prinsip hidup orang lain, jangan mengeji jika ia berbeza dengan cara hidup mak,ayah sekali pun. Renung-renungkan.
Sumber: Intan Dzulkefli
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI