Hidup ini pilihan masing-masing. Nak gembira, sedih, bahagia dan sebagainya bergantung pada diri kita sendiri. Malah, setiap orang juga mempunyai cara kehidupan yang berbeza. Ditakdirkan dia seorang yang kaya, ada yang kurang kemampuan, tidak kurang juga yang sentiasa ‘happy go lucky’ dan ada yang diberi dugaan.
Sebagai hambanya, kita hendaklah bersyukur. Tak perlu mendongak ke langit dan merasakan diri sentiasa hebat. Sebaliknya, sentiasalah memandang ke bawah melihat ada orang yang lagi susah daripada kita.
Jangan sesekali rasa rendah diri dan bandingkan cara kita dengan orng lain. Masing-masing sudah ditetapkan rezeki dan terilah seadanya.
Begitu juga ingatan dan perkongsian daripada Kartini Sulaiman ini, paling penting adalah bersyukur.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mak Ayah Bukanlah Sempurna Tapi Cara Didikannya Jadikan Kita ‘Manusia’ Berguna
BILA Jadi Baik, Tak Perlu Sibuk Burukkan Orang Sebaliknya Bersyukur Allah Bagi Hidayah
Info Lebih Menarik DI SINI
Kalau kita rasa hidup kita susah, sentiasa lihat orang lebih susah.
Ada orang langsung tak ada duit, tak dapat makan, tak ada tempat tinggal, tempat bergantung dan tak ada pekerjaan. Langsung. Kalau kita masih ada salah satu, maksudnya hidup kita tak susah mana pun.
Kalau kita rasa kita derita, sentiasa tengok orang yang lebih derita.
Ada orang suami/isteri dibunuh depan mata, ada yang diperkosa tanpa rela, anak dipisahkan dari mak ayah, suami kaki pukul duduk goyang kaki, penagih, isteri cari nafkah uruskan semua urusan rumah tangga. Ada yang kena tinggal suami/isteri tanpa berita.
Kalau kita malam-malam tidur masih ada suami/isteri anak-anak dengan kita, suami masih sediakan barang dapur, bayar bil itu ini, walaupun tak bagi duit belanja, anak-anak nak apa-apa masih dapat belikan, maksudnya hidup kita tak de la derita.
Jika kita rasa kita pandai, berilmu, wara’, paling banyak amal, sentiasa lihat ada orang yang lebih dari kita.
Tak adalah kita jadi manusia yang “tahu semua” “betul semua”. Kita akan sentiasa berusaha nak baiki jadi hamba yang lebih baik.
Kalau kita rasa orang jahat sebab aniaya kita, cuba kita koreksi diri kita.
Mungkin dulu-dulu kita pun pernah buat kat orang lain. Sebab tu Allah uji perkara yang sama. Untunglah Allah balas di dunia. Sekurang-kurangnya di akhirat nanti kita dah settle part tu.
Hidup ini pilihan.
Kalau pilih ikut apa yang Allah suruh, tinggalkan apa yang Allah larang, hidup akan jadi lebih mudah.
Tapi kita selalu nak ikut kepala kita sendiri, sentiasa paksa Allah makbulkan doa ikut cara kita. Sebab tu kita takkan pernah puas dengan apa yang kita ada.
Nak bahagia, nak happy, sentiasa koreksi diri, bersyukur dengan apa yang kita ada dan apa yang kita tiada.
MW: Setiap orang ada ujian masing-masing, jangan mengeluh atau merasakan diri kita sahaja yang diuji. Semua tak sama. Bersyukurlah dengan apa yang ada.
Sumber: Kartini Sulaiman
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita