Orang cakap, bila berumahtangga rezeki makin bertambah. Begitu juga bila sudah mempunyai anak. Rezeki anak-anak. Suami isteri tak perlu takut dan bimbang duit tak cukup, semua ini sudah ditentukan olehNya.

Namun, di sebalik rezeki keluarga ini, pernah tak kita merasakan duit tidak pernah cukup dan merasakan banyak duit yang dikeluarkan. Sehinggakan tidak tahu, ke mana arah duit itu digunakan.

Cuba kita selidik kembali, apa yang telah kita lakukan dalam keluarga. Baik suami, isteri mahu pun anak-anak, apakah perkataan yang kerap keluar dari mulut mereka. Mungkin kita tidak sedar dengan amalan maki memaki boleh menjadi punca rezeki kita bocor.

Bukan maki memaki orang lain semata-mata tetapi maki dalam keluarga itu sendiri pun boleh menjadi punca rezeki tersekat. Lebih lanjut tentang rezeki tersekat ini, perkongsian daripada Ibu Rose boleh dijadikan panduan untuk kita semua.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan Biar Hati Isteri Terluka ‘SEBAB’ Boleh Terhalang Rezeki Suami

MULIAKAN Mak Ayah. Itulah Kunci SYURGA Dan REZEKI Dunia Penuh Keberkatan

Info Lebih Menarik DI SINI

Ads

Rezeki Tidak Nampak

Ketahuilah rezeki kita ada yang nampak ada yang tidak nampak. Rumah tangga penuh kedamaian adalah rezeki yang kadang-kadang menjadi rezeki yang tidak nampak bagi yang tidak merasainya.

Malah, ia tidak dirasai kerana pelbagai sebab. Di antaranya, amalan kurang baik di dalam diri sendiri. Amalan sering maki memaki satu sama lain terutama di dalam keluarga.

Sakiti Keluarga

Setiap kali seorang ahli keluarga memaki seorang ahli keluarga yang lain, maka terhentilah rezeki melimpah ruah penuh berkat dari memasuki pintu rumah keluarga itu.

Sekali lagi ketahuilah bila kita menjalani hidup dengan memaki orang lain walaupun anak-anak atau suami atau isteri kita, rezeki kita banyak tersekat atau akan bocor.

Ads

Jangan hidup suka menyakiti orang lain kerana mereka itu adalah hamba Allah yang Allah kasih dan didatangkan ke dalam hidup kita untuk bersama dengan kita di dalam usaha kita mencari redha Allah.

Belajar Berkasih Sayang

Suami isteri, belajarlah berkasih sayang. Belajar semula menjadi romantis dan bercakap penuh hormat dengan pasangan, jika anda dapati diri anda sudah tidak menjaga itu semua, mulalah menjaganya.

Percayalah rumah tangga yang aman damai, menarik dan menjemput rezeki melimpah ruah.

Semuanya tidak bermula dengan orang lain, tetapi dengan diri kita sendiri.

Ads

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka” (TQS. Ar-Ra’d [13]: 11).

Perubahan hanya akan berlaku bila kita decide dan berubah dahulu.

Ibu panjatkan doa kepada Ilahi agar semua yang membaca ini diberi taufiq dan hidayah serta kemampuan besar untuk menjaga perhubungan di dalam rumah-tangga. Biarlah ia menjadi syurga kita di dunia ini.

Salam Kasih.

MW: Segalanya bermula daripada suami isteri. Bila pasangan menjaga percakapan yang baik, secara tak langsung anak-anak akan ikut. Percayalah.

Sumber: Ibu Rose

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI