Adat berumah tangga ada tikanya susah dan selebihnya senang. Tidak semua mak,ayah mampu bertahan setiap kali rumah tangga dilanda badai. Namun ada juga mampu berjanji sumpah setia sehingga ke akhir nyawa.
Sebaiknya, dalam hidup berumah tangga susah senang perlu harungi bersama, bukan bila salah seorang susah, undur diri kerana mahu tidak mahu terbeban.
Ikuti perkongsian Cikgu Nurul Haslinda ini dan hadam baik-baik ya:
Hidup berumahtangga ini, susah senang kita kena harungi sama-sama. Bukan waktu senang saja bersama dan bila susah kita undur diri.
Dalam hidup berumahtangga ini juga jangan suka berkira. Berkongsilah untuk semua namun jangan ada sebelah pihak yang ambil kesempatan.
Kadang-kadang bila Allah uji kita susah, kita akan merasa nikmat dan bahagia dalam berkeluarga.
Semua yang ada sangat cukup buat kita namun bila Allah uji kita dengan kesenangan, kita jadi lupa diri dan semua yang diberi tak pernah mencukupi buat kita.
Hargailah pasangan anda walaupun banyak kekurangannya. Sentiasa ucapkan terima kasih atas semua yang telah dia lakukan.
Allah yang jodohkan kita dengan dia walaupun pertemuan kita tidak lama dengan pasangan kita. Ada yang bercinta dengan jangka waktu yang lama namun jodoh antara mereka tidak ada.
Baca Juga Di Sini:
Apa Yang Berlaku Dalam Rumah Tangga Adalah Ujian, Allah Tak Uji Melebihi Kemampuan
Cabaran Suami Isteri Akhir Zaman, Rumahtangga Akan Diuji Sehebat-Hebat Ujian!
Fungsi Handphone DEKATKAN Hubungan JAUH, TAPI Jangan Pula Jadi PUNCA Keretakan Rumah Tangga
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Kadang-kadang Allah uji kita dengan salah seorang kita mendapat sakit malah ada yang sampai tidak boleh bangun dan urus diri.
Dari situlah akan timbul keretakan dan sebagainya. Namun jika kita kuat dan saling sayang menyayangi, insyallah yang susah kita akan rasa mudah. Walaupun setiap hari kita menangis.
Ada yang bila diuji dengan pasangan yang sakit dan susah, terus undur diri dan memilih jalan untuk berpisah kerana tidak mahu menyusahkan hidupnya menguruskan orang yang tidak sihat dan sempurna lagi.
Malah sedari awal sudah mula mencari pasangan lain untuk lepas diri.
Cuba tenung mata pasangan kita, dari awal kita kenal dia, terima dia seadanya menjadi teman hidup kita.
Dan diberikan rezeki cahaya mata penghibur hati untuk kehidupan kita. Sanggupkah kita tinggalkan mereka demi untuk tidak membebankan kehidupan kita? cuba tenung mata mereka sedalamnya. Sanggupkah?
Susah atau senang, sihat atau sakit adalah ujian dari Allah. Janganlah kita ambil jalan yang singkat untuk kita keluar dan lari dari masalah.
Selagi pasangan kita tidak memudaratkan kita seperti memukul atau melakukan perbuatan yang berbahaya serta menyakiti kita, bersabarlah. Allah uji kerana nak tengok kekuatan dalam kita mengharungi susah dan senang dalam berumahtangga bersama.
Jadi jika kita diuji, kembalilah pada Allah. Bimbinglah keluarga kita ke jalan Allah. Mungkin Allah rindu nak dengar rintihan dan doa-doa kita. Jangan ambil jalan mudah dengan meninggalkan keluarga kita demi kepentingan diri kita sahaja kelak kita akan menyesal.
#akupejuangkanser
#catatansebagaipedoman
#realitikehidupankini
MW: Bersabarlah tatkala rumah tangga diuji, sebenarnya besar hikmahnya bila mak,ayah setia dan redha dengan setiap ujian daripada Allah SWT.
Sumber: Cikgu Nurul Haslinda