Hidayah Mahu Ali Puteh Bayar Tunai, Kenapa Tak Jual Saja Motor Tu “Ini Bukan Sistem Barter”

Share

Hidayah mahu Ali Puteh bayar tunai, kenapa tak jual saja motor tu “ini bukan sistem barter”. Kemelut hutang Ali Puteh kepada bekas kakak iparnya, Norhidayah seperti diperintahkan oleh mahkamah masih belum menemui jalan penyelesaian.

Ini kerana balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah, 31, menolak pembayaran hutang saman berupa motosikal daripada Ali Puteh kerana berasakan ia tidak wajar.

Hidayah Mahu Ali Puteh Bayar Tunai

Memetik laporan Harian Metro, Hidayah berkata, dia menolak kerana pihak Ali ingin membayar menggunakan kenderaan iaitu motosikal dan bukan dalam bentuk wang sebagaimana diperintahkan mahkamah.

“Saya menolak cara pembayaran pihak sana (Ali) disebabkan mereka ingin membayar dengan menggunakan kenderaan seperti motosikal. Saya tidak menerimanya, hal ini kerana hutang perlu dibayar dengan wang ringgit, bukan barang atau selain daripada itu.

“Saya pun tidak menggunakan motosikal berkenaan yang ingin diberikan kepada saya seperti Yamaha RXZ, Yamaha 125Z dan Yamaha Y15. Wajarkah? Sekiranya pihak sana mengatakan semua motosikal itu masih ada nilainya, sila jual dulu dan wang itu dibayar kepada saya,” katanya.

Kenapa Tak Jual Saja Motor Tu “Ini Bukan Sistem Barter”

Menurut Hidayah, hutang antara mereka bukan seperti ‘sistem barter’ yang boleh dilangsaikan dengan membuat pertukaran barang tanpa membabitkan wang tunai.

“Persoalannya, mengapa dan kenapa pihak sana tidak mahu menjual terlebih dulu motosikal itu dan kemudian wangnya diberikan kepada saya untuk selesaikan hutang? Mengapa dan kenapa perlu memberi motosikal itu kepada saya dan saya pula yang perlu jual untuk dapatkan wang?” katanya.

Terdahulu, Hidayah menerusi hantaran di Instagram @abam_bocik meminta Ali serta kakaknya membuat pembayaran segera hutang mereka kepadanya yang lama tertunggak selepas dia menang kes saman itu pada 18 Februari tahun lalu.

Hidayah memaklumkan hingga kini Ali masih belum melunaskan bayaran hutang sebanyak RM76,000, manakala RM2,000 lagi hutang yang perlu dibayar oleh kakaknya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI:- PESANAN Peguam Buat Ali Puteh, Waris Paling Layak, Berhak Dapat Harta Adalah Balu, Anaknya

Ali Puteh Dakwa Jumpa Garam & Mengkarung Depan Rumah Lepas Hidayah Pulang, Padam Video Lepas Tular

Mahkamah Tolak Rayuan Ali, Hidayah Terima Dengan Terbuka “Terima Kasih Semua, Sentiasa mendoakan Saya & Anak”

Hidayah Kesal Akaun Media Sosial Tempatnya Cari Rezeki Digodam, Tahu Angkara Siapa

Dalam hantaran di media sosialnya itu, Hidayah juga memuat naik tangkap layar kisah Ali yang kini giat menjalankan perniagaan sambal petai dan jering berlado yang semakin maju.

Pada 8 Disember 2017, Hidayah bernikah dengan arwah Abam. Namun, Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 ketika berusia 32 tahun dan mereka memiliki seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 3.

Konflik Hidayah dan Ali tercetus selepas pelawak itu didakwa mengeluarkan kata-kata mengaibkan Hidayah di Instagram, dua tahun lalu yang memerlukan tindakan undang-undang diambil.

Menerusi laporan media sebelum ini, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan tiga ahli keluarga membayar RM60,000 kepada Hidayah yang menang kes saman itu pada Februari tahun lalu.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Poligami. Seronok bagi lelaki, derita bagi anak dan isteri. Faktanya, isteri yang dipoligamikan mudah mengalami depresi dan anak-anak alami “childhood trauma”. – Kaunselor Haji Hushim Haji Salleh.

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros