‘Hidap kanser, reda pergi dulu.’ Pelakon ini cipta sebuah lagu khas buat anak tunggalnya yang tersayang.
Biarpun ujian berat menimpa, pelakon Indonesia ini ternyata begitu kuat. Benarlah berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Hidap Kanser Payudara
Setiap manusia diuji, begitu juga dengan Marshanda iaitu pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia. Malah buat masa ini, dia mendedahkan bahawa dirinya telah mempersiapkan diri untuk meninggal dunia dalam keadaan yang baik.
Sesungguhnya, dia menyedari bahawa keadaan dirinya yang kini menderita kanser payudara boleh menyebabkan sesuatu perkara yang tidak dijangka berlaku iaitu kematian.
PENDEDAHAN TENTANG PENYAKIT ITU DIBUAT MARSHANDA MENERUSI SATU HANTARAN VIDEO YANG BERJUDUL ‘I HAVE BREAST TUMOR’, DI PLATFORM YOUTUBE MILIKNYA BARU-BARU INI.
Reda Pergi Dulu
Pemilik lagu popular Sejuta Cinta itu kini berada di Singapura bagi mendapatkan rawatan dilihat menitiskan air mata di saat bercerita tentang perkara itu.
Namun dia percaya bahawa apa yang dilaluinya adalah sebahagian daripada aturan Tuhan untuk dirinya.
“Saya datang ke Singapura dengan niat untuk melakukan MRI. Saya di sini untuk berjuang untuk kesihatan saya.
Ads
“Dan saya juga sudah bertanya dengan abang, iaitu bekas suami saya. Kalau mahu meninggal, disebut La Ilaha illallah, iya kan?
“Jadi, saya bersedia. Saya membawa telekung dan sejadah ke Singapura,” tuturnya bernada sebak.
Mengakui dirinya kadang kala merasai sakit di bahagian payudara, ibu kepada seorang cahaya mata itu juga memohon doa orang ramai.
“Kematian adalah sebahagian dari putaran kehidupan. Saya tak mahu anda semua khuatir, tolong doakan sahaja, bagi anda yang percayakan Tuhan tolong doakan saya.
“Bagi yang tidak percaya pula, sila berikan tenaga yang baik untuk saya,” ujarnya.
Buat Anak Tunggalnya
Namun apa yang lebih menyentuh hati dalam video tersebut, pelakon sinetron terkenal Sejuta Cinta Marshanda itu turut meninggalkan pesanan buat satu-satunya anak perempuan hasil perkahwinan dengan bekas suami Ben Kasyafani bernama Sienna, dengan harapan agar anaknya itu mendoakannya jika dia sudah tiada nanti.
Ads
“Jika Sienna menonton ini, ingat kata ibu, kita banyak bercakap beberapa hari lepas. Ibu beri kamu lagu yang ibu ciptakan. Dengarlah lagu itu.
“Lihat, ibu gembira. Dan kalau ibu pergi, ibu juga gembira jika awak mendoakan,” ujarnya.
Wanita berusia 32 tahun itu turut menitipkan ucapan terima kasih kepada bekas suami dan isteri barunya kerana menjaga anak perempuannya itu dengan baik. Dia juga mengatakan wanita itu adalah ibu tiri terbaik bagi anaknya.
Sebelum ini, Marshanda pernah disahkan menghidap masalah gangguan bipolar dan dia mengembara ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan rawatan terbaik.
Mingguan Wanita : Semoga Marshanda terus kuat melawan penyakit ini dan dia kembali sembuh seperti sediakala. Insyallah.
Sepanjang Ramadhan ini pelakon terkenal, Fazura kelihatan begitu manis sekali mengenakan tudung di kepala. Biarpun gaya tudungnya ringkas, tetap menyerlahkan wajah cantik pelakon Gol Dan Gincu ini. Terbaru, Fazura berkongsi yang dirinya menjadikan bonda Prof Dr Muhaya sebagai idolanya.
“Bulan Ramadhan ini merupakan bulan kemaafan buat saya. Kita bukanlah sempurna. Adanya kelebihan kita malah banyak pula kelemahannya.
“Menyedari hakikat ini, saya percaya penting ada nya sifat sentiasa memaafkan dalam hati supaya saya dapat hidup dalam ketenangan, kasih-sayang dan mendapat rahmat Allah yang di harapkan dalam ibadah serta apa saja yang saya lakukan.
“Saya sentiasa menjadikan bonda @profmuhaya sebagai idola dan saya harap kata nasihat nya ini dapat menjadi panduan, iktibar dan kesedaran buat saya dan kita semua.
“Ada, beri, dapat… Semoga kita ada, beri dan dapat yang baik-baik seperti yang kita harapkan. InsyaAllah. Doa saya buat semua, moga mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Amin.”
Tudung Habis Dijual Dalam 24 Jam
Itulah doa yang dituturkannya menjelang 27 Ramadhan yang lalu. Yang mana pada malam itulah umat Islam memburu Lailatul Qadar iaitu hari yang cukup istimewa buat insan yang bertemu dengannya.
Sememangnya tahun ini merupakan tahun bertuah buat Fazura. Rezeki, isteri kesayangan Fattah Amin ini juga semakin bertambah-tambah. Selepas saja melancarkan Tudung Fazura by Fazbulous, jualan tudungnya itu laris macam goreng pisang panas. Habis dijual dalam tempoh 24 jam.
Dalam video pendek Prof Dr Muhaya yang dikongsikan Fazura ini, beliau memberikan kata-kata nasihat yang cukup baik. Sila hadam pesanan yang Prof Dr Muhaya kongsikan di bawah ini ya.
Ini Cara Buang Penyakit Hati
Satu penyakit yang kena buang adalah penyakit hati. Iaitu buruk sangka, syak wasangka pada orang lain. Tabut fitnah, buat status tak baik sampai menimbulkan keraguan terhadap orang lain. Alangkah ruginya jika ia sampai memutuskan saudara.
Kena tahu, setiap kejahatan atau status yang tak baik yang sedang kita buat sebenarnya ia seakan menabur racun yang kemudiannya akan dimakan diri sendiri sampailah ke anak cucu. Sama halnya juga iabarat meletakkan paku pada pintu dan kita berjalan di atasnya.
Mencari Lailatul Qadar
Dalam pesanan yang disampaikan Pak Ary Ginanjar menyatakan ‘kita selalu ke masjid untuk solat terawih dan merasakan yang ia sudah cukup untuk bertemu dengan lailatul qadar. Tetapi sekiranya solat yang dilakukan cuma sekadar solat fizikal, iaitu dalam solat tapi masih fikirkan hal orang, marah orang. Itu belum betul-betul spiritual untuk membolehkan hati kita dekat dengan Allah.
Jadi bersihkanlah hati, bersihkan semua status yang tak baik, gambar yang yang boleh mengundang maksiat kerana kita nak rasakan betul-betul kehadiran Allah pada malam yang lailatul qadar yang kita cari itu. Yang penting di sini, kalau di bulan Ramadhan ini kita tidak berubah adakah selepas Ramadhan kita akan berubah?
Sentiasa berdoa miliki bayi perempuan. Pelakon Elfira Loy yang kini sedang sarat hamil anak kedua sememangnya berharap dikurniakan anak perempuan selepas mendapat cahaya mata sulung lelaki, Muhamad Rayyan Khalaf.
Pemilik nama sebenar Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini dalam doanya juga tidak pernah lekang memiliki anak perempuan.
Sentiasa Berdoa Miliki Bayi Perempuan
Ternyata impian Elfira untuk miliki anak perempuan untuk kehamilan kedua ini dimakbulkan Allah apabila dia berkongsi berita tersebut di Instagram. Ternyata doanya selama ini Allah dengar.
Menurutnya, jika ditanya tentang jantina anak kedua dia akan menjawab tidak kisah. Namun ahli keluarga dan rakan terdekat sememangnya tahu dirinya terlalu inginkan anak perempuan.
“Sejak Rayyan Lahir lagi, saya doa zuriat, saya nak girl tapi saya tak tahu Allah nak bagi bila. Jadi dua tahun saya doa saya nak girl. Kalau boleh tak nak tahu sampai dia keluar.
“Tapi @sarancak lah actualu buat saya macam percayalah dengan apa Allah nak bagi.
“Dia ckp, Allah kau kan baik, Allah mesti bagi kau girl, sebenarnya waktu itu saya menangis macam tulah kenapalah tak percaya je yang Allah Maha baik kalau tu yang terbaik mesti Allah bagi.
“Jadi kemudian itu, bila temujanji doktor, terus tanya doktor jantina bayi dan minta tulis pada kertas.
“Bagi pada keluarga dan kawan-kawan dulu, sebab saya masih takut,” ujarnya yang begitu inginkan anak perempuan.
“Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah”
Menerusi perkongsian di akaun rasmi Instagramnya juga, Elfira tidak mampu mengungkap dengan kata-kata apabila doanya untuk miliki bayi perempuan bakal tercapai.
Pelakon drama Tentang Bulan The Series itu sempat berkongsi momen di Instagram majlis sambutan hari lahir ke-26 adik perempuannya yang juga seorang aktres, Ezlisa Loy. Adik dan rakan-rakan Elfira turut membuat kejutan dedahkan jantina bayi yang dikandung oleh Elfira.
“Kakcik : ” You have the worst baby gender reveal’s reaction ever 😂 ” haha.
“k kakcik , k .
“i was nervous , i wasn’t ready.
“i know i should accept whether its a boy or a girl.
“but deep inside , i cannot lie.
“i’ve been praying for a girl.
“MashaAllah.
“Allah tu sangat baik dengan El
“Allah izinkan.
“Syukur , Syukur Alhamdulillah” ungkap Elfira
Pada majlis itu, Elfira dilihat seseolah masih belum bersedia untuk mendedahkan jantina anak keduanya. Namun, permintaannya itu tidak diendahkan oleh rakan-rakannya.
Akhirnya Elfira memuat naik perkongsian berkenaan jantina anak dalam kandungannya. Walaupun tidak berterus terang namun ramai yang meneka bayi yang dikandung adalah perempuan.
Mingguan Wanita: Seronoknya bakal dapat sepasang anak. Apapun kami doakan yang terbaik buat Elfira, semoga dipermudahkan segala urusan semasa proses melahirkan bayi kedua nanti.
Musim kahwin datang lagi. Menghampiri penghujung tahun 2024, pasti sudah ramai bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Persiapan perkahwinan sememangnya bukan perkara yang boleh diambil mudah kerana persiapan memerlukan jangka masa di antara 6 ke 12 bulan.
Antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh bakal suami ialah pemberian mas kahwin terhadap bakal isterinya. Pemberian mas kahwin merupakan tradisi yang melambangkan komitmen dan kesungguhan dalam sesebuah perkahwinan.
Pada hari ini, semakin ramai pasangan pengantin memilih dinar emas sebagai mas kahwin kerana faedah dan simboliknya yang luar biasa. Sabihah Gold, jenama yang terkenal dengan reka bentuk barang kemas yang anggun dan mewah, turut menawarkan koleksi dinar emas yang unik dan eksklusif untuk bakal pengantin.
Keistimewaan Koleksi Sabihah Gold untuk Bakal Pengantin
Koleksi Sabihah Gold menonjolkan keunikan yang tersendiri untuk bakal pengantin, di mana ia menggabungkan keanggunan tradisional dengan reka bentuk moden. Hasilnya, para pengantin dapat memiliki barang kemas, dinar, atau syiling emas yang mencerminkan warisan budaya sambil mengekalkan gaya kontemporari.
Sabihah Gold juga terkenal dengan kemampuan menyesuaikan perhiasan mengikut keperibadian pengantin. Setiap rekaan dihasilkan dengan sentuhan peribadi yang menjadikan setiap keping dinar lebih bermakna dan eksklusif untuk hari istimewa.
Dengan ini, para pengantin bukan sahaja mendapatkan barang kemas yang indah, tetapi juga sejenis warisan yang dapat diwarisi generasi ke generasi.
Kelebihan Menyediakan Mas Kahwin dalam Bentuk Dinar Emas
Menjadikan dinar emas sebagai mas kahwin bukan sekadar pilihan estetik, tetapi juga membawa pelbagai kelebihan yang luar biasa untuk pasangan pengantin, antaranya:
Nilai stabil: Emas merupakan aset yang tidak terkesan oleh inflasi dan sering meningkat nilai dari masa ke masa. Oleh itu, pemberian dinar emas sebagai mas kahwin bukan sahaja cantik tetapi juga bernilai sebagai pelaburan masa depan.
Simpanan jangka panjang: Emas adalah bentuk simpanan yang selamat dan mudah dicairkan. Ia boleh dijadikan aset untuk kegunaan masa depan atau sebagai sandaran kewangan ketika diperlukan.
Simbol penghargaan: Emas melambangkan kemewahan, keanggunan, dan kesungguhan dalam sesebuah perkahwinan. Ia bukan sahaja memperlihatkan penghargaan dari pengantin lelaki kepada bakal isterinya, tetapi juga sebagai tanda komitmen yang kuat.
Waris untuk generasi seterusnya: Dinar emas boleh diwarisi kepada anak cucu, menjadi simbolik kepada kekukuhan institusi perkahwinan yang bertahan lama.
Promosi Ijab & Qabul Sabihah Gold sehingga Disember 2024
Bagi pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan, Sabihah Gold menawarkan kempen Ijab & Qabul yang berlangsung sehingga Disember 2024. Dalam kempen ini, pasangan pengantin boleh mendapatkan pelbagai promosi menarik yang direka khusus untuk menjadikan hari perkahwinan mereka lebih istimewa dengan pemberian dinar emas sebagai mas kahwin.
Selain itu, Sabihah Gold turut menyediakan perkhidmatan konsultasi untuk membantu bakal pengantin memilih rekaan dinar yang paling sesuai dengan citarasa dan bajet mereka.
Menggalakkan Simpanan Emas untuk Pasangan Baharu Berkahwin
Sabihah Gold juga berusaha untuk menggalakkan pasangan yang baru berkahwin untuk membuat simpanan emas sebagai persiapan masa depan. Antara inisiatif yang diambil termasuklah:
Kempen khas untuk pasangan pengantin: Sabihah Gold kerap menganjurkan kempen yang memberikan manfaat eksklusif kepada pasangan baharu seperti diskaun dan tawaran istimewa untuk pembelian dinar emas selepas perkahwinan.
Pendidikan kewangan: Sabihah Gold juga memberi kesedaran kepada pasangan tentang kebaikan simpanan emas melalui sesi pendidikan kewangan. Ini membantu pasangan memahami potensi pelaburan emas dan bagaimana ia boleh digunakan sebagai instrumen simpanan jangka panjang yang selamat.
Insentif menarik: Untuk merangsang minat menyimpan emas, Sabihah Gold turut menawarkan insentif menarik seperti diskaun tambahan atau hadiah emas kecil untuk setiap pembelian. Ini memberi motivasi kepada pasangan untuk memulakan simpanan emas dengan langkah yang bijak.
Memilih dinar emas sebagai mas kahwin bukan sahaja memberi nilai estetika dan simbolik dalam sesebuah perkahwinan, tetapi juga menawarkan faedah kewangan yang luar biasa untuk masa depan.
Sabihah Gold, menawarkan koleksi dinar emas yang anggun dan unik, memastikan bakal pengantin mendapat mas kahwin yang bukan sahaja cantik, tetapi juga penuh makna. Ini menjadikan dinar emas bukan sekadar hiasan tetapi pelaburan jangka panjang yang bernilai tinggi.
Promosi 10.10 Yang Sukar Dilepaskan!
Sempena 10.10 akan datang, Sabihah Gold turut mengadakan potongan harga istimewa sebanyak RM10.10 per gram untuk koleksi barang kemas yang terdapat di Sabihah Gold.
Jangan lupa dapatkan promosi hebat ini yang boleh didapati di Sabihah Gold yang terletak di 19, Jalan Wangsa Delima 12, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selain itu, promosi istimewa ini juga boleh didapati melalui laman web Sabihah Gold iaitu https://www.sabihahgold.com.
Ikuti Instagram @sabihahgoldofficial serta laman web www.sabihahgold.com untuk update terkini mengenai koleksi barangan kemas dan harga emas semasa untuk dijadikan koleksi peribadi mahupun pelaburan jangka panjang.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...